Disebabkan Kisah Seram..

Menyeramkan Bila Asyik Cerita Kisah Seram

Kisah seram kebiasaannya memang tidak boleh lari dari kehidupan kita terutama bangsa melayu. Dari zaman sekolah ke asrama, dari IPTA ke tempat kerja mesti ada saja cerita seram. Aku juga tidak mampu lari dari terdengar dan mendengar kisah-kisah seram ni. Cuma mungkin dengan izin Allah aku tak pernah melihat atau terkena gangguan. Bukan bercakap besar kalau boleh biarlah tak nampak langsung lagi baik sebab aku bukan jenis berani sangat. (mengaku awal-awal).

kisah seram didalam kereta, kisah seram tapi lucu, cerita seram,
Kisah seram | Casper

Kebetulan petang sebelum balik kerja, teman sepejabat berkongsi mengenai kisah seram masing-masing. Aku hanya dengar sebab tak ada cerita seram nak dikongsikan melainkan kisah orang lain. Balik rumah pun masih teringat apa yang dikongsikan. Macam-macam jenis hantu disebut, tersedaklah diorang. Tiba-tiba terlupa yang minyak kereta belum diisi, esok pagi-pagi nak gunakan kereta. Macam biasa Cik Puteri mesti nak ikut kalau abahnya keluar. Dari kecik lagi.

Dah siap apalagi bawa Cik Puteri masuk dalam kereta. Hidup enjin. Cik Puteri bila masuk dalam kereta mesti nak duduk di kerusi belakang, samada duduk atau baring. Memang dah macam tempat dia. Berbalik kepada cerita asal. Sebelum gerakkan kereta, mata aku asyik memandang cermin pandang belakang. Tengok keadaan Cik Puteri sebelum masukkan gear dan bergerak ke stesen minyak. Cik Puteri ada masa dia memang diam tak bergerak, adakala dia aktif. Risau juga kalau kereta sedang bergerak Cik Puteri dalam keadaan berdiri. Makin pandang cermin pandang belakang makin kisah petang tadi bermain di fikiran. Aku cuba alihkan fikiran ke arah lain. Teringat pula kisah sedara aku cerita kisah lama dia tetiba nampak sesuatu melalui belakang kereta. Argghhhh sudah....jangan fikir, pujuk hati aku. Masukkan gear dan tekan pedal minyak..Aikk kereta macam berat. Aku tengok lagi Cik Puteri. Tekan lagi pedal minyak kenapa berat sangat ni....Mula la cerita petang tadi bermain di tengah-tengah fikiran. Apa pula nak mengusik malam ni. Tak pernah-pernah dibuatnya. 

Aku rileks sat....Istighfar mata mula memandang ke arah dashboard (papan meter) tiba-tibaaa........
Betul orang kata...jangan asyik pandang belakang. Aku langsung tak hirau dashboard sampai tak perasan hand break tak dilepaskan....patutlah berat kereta ni. Hadoiiiii laa........sudah berbelas tahun pandu kereta....macam mana boleh lupa tak lepaskan hand break. Lain kali kalau nak memandu memang betul-betul kena fokus. Apatah lagi guna smartphone. Hati-hati cuma nak ingatkan itu ja....

Jumpa Lagi.

Previous
Next Post »

22 comments

Click here for comments
20 Jan 2016, 03:27:00 ×

haha..tak pasal2 cik puteri yg jadi mangsa..

Reply
avatar
Kakcik Nur
admin
20 Jan 2016, 07:18:00 ×

Dah agak dah...mesti brek tangan belum dilepaskan... :)

Reply
avatar
umi alya
admin
20 Jan 2016, 08:43:00 ×

Penakut juga rupanya aRz ni..

Reply
avatar
20 Jan 2016, 09:15:00 ×

hahaha.. agak dh.. bukan seram tp lawak..huhu

Reply
avatar
anajingga
admin
20 Jan 2016, 10:02:00 ×

hihi... apalah abah cik puteri ni.. macam kartun je kan haha :)

Reply
avatar
Cik Itah
admin
20 Jan 2016, 10:17:00 ×

ingat nampak hantu tadi rupanya hoho..

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
20 Jan 2016, 11:58:00 ×

HEEEEeeeeeee hehe

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
20 Jan 2016, 11:59:00 ×

haha dah lama memandu...camna boleh lupa bab handbreak

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
20 Jan 2016, 12:01:00 ×

bukan penakut cuma kekadang tu ada juga rasa seram tu :p

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
20 Jan 2016, 12:04:00 ×

hahaha...kekadang tu tengok cik puteri sampai terlupa fokus

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
20 Jan 2016, 12:25:00 ×

kalau nampak hantu lagi serammm

Reply
avatar
kisah earty
admin
20 Jan 2016, 16:57:00 ×

hahahaa...tentu pikir ade "something" yang tumpangkan..

Reply
avatar
PeRdU cINta
admin
20 Jan 2016, 17:22:00 ×

Kadang fikiran tidak tenang pun kita jadi bercelaru..hihi..

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
20 Jan 2016, 21:19:00 ×

masa tu fikir pasal cik puteri...dia suka berdiri...bahaya juga ketika memandu...takutlah kalau brek mengejut

Reply
avatar
aRz MoHa
admin
20 Jan 2016, 21:20:00 ×

hehe ada la sikit sikit

Reply
avatar
Fendi Rocka
admin
21 Jan 2016, 12:59:00 ×

rasanya kau dah lepaskan handbrek, mungkin ada benda lain yang tolong tekan handbrek balik.

Reply
avatar
Zie Has
admin
22 Jan 2016, 12:07:00 ×

hahaha handbrek pun tak lepas, seram bebeno ni :)

Reply
avatar
Dunia Zumal
admin
24 Jan 2016, 06:36:00 ×

Amboi aRz buat trick rupanya...

Reply
avatar
Zie Has
admin
25 Jan 2016, 20:26:00 ×

blogwalking ...

Reply
avatar
Sobri Mansor
admin
25 Jan 2016, 22:48:00 ×

hahahaha.... handbrake punya pasal je.

Reply
avatar
Jari Manis
admin
1 Feb 2016, 16:06:00 ×

mak aih...cam baru bawak kereta je...dah masuk gear pesal x turunkan handbreak..kah kah kah kisah seram jadi alasan...dah dgr tu jgn di ingat ke mmg arz ni penakot hahaha

Reply
avatar

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih ConversionConversion EmoticonEmoticon