Spooky Dijangka Melintasi Berhampiran Bumi Malam Ini

Asteroid 'Spooky' Bakal Lintasi Berhampiran Bumi Malam ini

Seperti yang telah dibaca di FalakOnline lebih awal memaklumkan mengenai asteroid yang bakal melintasi Bumi pada jarak 480,000km yang akan kelihatan pada malam ini menerusi teleskop amatur dan professional.

asteroid spooky, asteroid tb145, asteroid menghampiri bumi, asteroid paling besar menghampiri bumi.
kredit FalakOnline.net

Asteroid ini dikenali dengan nama 2015 TB145 yang ditemui oleh astronomi NASA dimana asteroid ini bergerak pada kelajuan 28 kali lebih laju dari peluru iaitu 35km sesaat.

Falak Online menerangkan lagi bahawa Asteroid Spooky ini sangat istimewa kerana ianya adalah asteroid paling besar menghampiri bumi iaitu saiznya 400meter. Falak Online juga menerangkan bahawa akn terdapat asteroid yang lebih besar bakal menghampiri bumi dengan saiz 800meter tetapi dijangka pada tahun 2027.

Subhanallah ini sebahagian Kehebatan Kebesaran Maha Pencipta menjadikan alam ini. 

Bolehkah Melihat Asteroid Spooky Dengan Mata Kasar 

Untuk makluman asteroid spooky tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata kasar sebaliknya memerlukan teleskop. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Asteroid ini seperti boleh membaca lagi lebih terperinci disini Asteroid 2015 TB145 Datang Menjenguk Bumi Hujung Bulan Nanti

Jangan lupa untuk melayari laman sesawang www.angkasa.gov.my atau media sosial Facebook atau Twitter Angkasa Malaysia untuk mendapatkan berita terkini mengenai Angkasa

Comments

  1. Menarik info ni...nanti boleh lah layari website nyer..

    ReplyDelete
  2. Ohhh.. nasib baik tak boleh tengok dengan mata kasar..

    Kalau tak, nak jadi pak pacak malam ni.. heee

    ReplyDelete
  3. info yang menarik...bidang astronomi pun x ramai anak -anak muda kita ambil kan....

    ReplyDelete
  4. nama spooky.. sedap.. hehehe

    ReplyDelete
  5. nama pun dah unik... rupanya Asteroid ni ada macam2 nama ...

    ReplyDelete
  6. dengar juga kat radio semalam pasal ni.. info yang baik aRz kongsikan :)

    ReplyDelete
  7. peminat astronomi pasti teruja

    ReplyDelete
  8. Ingatkan Spooky apa.. hehehe.. Rupanya Asteroid.. Owhsem btul nama dia..

    ReplyDelete
  9. th 2016 akan ada meteor@ mendekati bumi

    ReplyDelete
  10. apakah di abad ini adalah abad kehancuran akhir zaman

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih