Ragam Anak-Anak Yang Mencuit Hati

Ragam Anak-Anak Bila Semakin Membesar

Ragam anak-anakbila semakin membesar. Adakala mencuit hati, adakala mendatangkan geram, adakala membawa kepada marah tetapi tetap menjadi suatu yang mencuit hati bila terkenang semula. Ia menjadi sebuah kenangan buat semua ibubapa. Perlukah marah anak bila mereka meragam? Patutkah dirungutkan? Jom aRz kongsikan.

cik puteri, ragam anak-anak, ragam anak-anak depan kamera, kids selfie,
Cik Puteri ragam depan kamera

Ragam Anak Yang Mencuit Hati

Setiap anak-anak pasti ada ragam yang tersendiri. Mungkin sesuatu yang menyentuh hati, mungkin juga boleh buat geram di hati, mungkin juga boleh mendatangkan marah tetapi lama-kelamaan atau paling tidak pun bila anak dah tidur bila terkenang kembali ianya mencuit hati. Itu perkara biasa dan orang dulu-dulu selalu kata 

"sok hang ada anak hang tau la"

Apa yang aRz ingin kongsikan kali ini adalah ragam Cik Puteri. Bila dia tidur mula terfikir nak kongsikan disini. Sebelum tu ada juga bertanyakan pendapat pada rakan blogger lain yang lebih makan garam antaranya pemilik blog Anajingga.com. Katanya lebih kurang begini.

"masa kecil memang macam-macam ragam, hadapi saja jangan berungut, nanti bila dah besar akan terkenang kenangan dimasa mereka kecil"

Sebenarnya banyak ragam Cik Puteri tetapi aRz kongsikan sikit saja. Yang lain nak orang lain pula yang kongsikan di bahagian komen nanti. Nak tahu apa ragam Cik Puteri sekarang?

1. Ragam Anak Ketika Hendak Mandi 

Ragam anak ketika mandi rasanya semua akan hadapi walaupun diwaktu masih lagi bayi. Apalagi bila dah besar. Ada suka mandi, ada yang menangis ketika mandi dan ada juga yang menangis bila dibawa keluar dari bilik air sebab suka main air. 

Cik Puteri pula semasa bayi diam saja bila mandi, seakan suka mandi...bila mula mandikan dengan air sejuk lagi suka mandi. Bila kena air suam menangis pula. CUma bila dah semakin membesar ni hampir memasuki umur 3 tahun ada ragam lain pula.

Tak mahu mandi. Cik Puteri ada waktu dan ketika susah untuk mandi contohnya jika sedang menonton televisyen, sedang bermain dengan gadjet atau sedang bermain mainan kesukaan. Kalau angkat pasti menangis, jadi kalau kita memaksa dia akan menangis. Pening juga bila tiba waktu mandi.

Tetiba terfikir, kenapa kalau dalam english movie kebiasaan kita tengok anak-anak mat saleh biasa mandi mensti ada mainan seperti itik dan sebagainya. Jadi aRz gunakan cara yang sama bawa sekali mainan dia ke tempat mandi. Hasilnya memang mudah untuk mandikan tanpa menangis. Tetapi janganlah terlalu lama pandai-pandai pujuk untuk habiskan waktu mandi.

Ada waktunya pula terlebih suka mandi. aRz ambil wudhuk pun dia nak mandi. tapi kena pandai-pandai pujuk la yerrr...

2. Ragam Ketika Hendak Tidur

Waktu bayi rasanya tak banyak ragam sangat. Memang mudah ja Cik Puteri tidur siang atau malam. CUma selepas sel-sel otak berhubung atau bila semakin membesar ini macam-macam ragam kalau tak mahu tidur.

Pernah satu hari aRz ajak tidur petang, ambil bear kesayangan dia tidur sekali dan cakap "cuba tengok ni...bear pun tidur". Pujuk punya pujuk akhirnya abah yang terlelap. Cuma bagusnya Cik Puteri dia tak akan main jauh dari abah. Tak akan masuk ke tandas kalau tak di ajak atau disuruh. Dia akan berada sekitar kawasan aRz ada saja.

Bila terjaga tengok dia masih belum tidur seronok layan cerita "robocar poli" di astro ceria. Sebaliknya yang tidur seperti gambar dibawah. Ambil gambar dan kongsikan pada mama dia. Rupanya CIk Puteri kalau waktu aRz tak ada dia akan tidur di waktu petang. Dengan syarat tutup langsir supaya suasana gelap, tutup televisyen, telefon dan sebagainya baru dia akan tidur.

ragam anak-anak, bear, toy sleeping, bila anak tak mahu tidur, creative kids, anak kreatif,
Kawan-kawan Cik Puteri sedang tidur

3. Ragam Ketika Hendak Pakai Baju

Semakin besar semakin mencabar untuk pakaikan baju. Berlari kesana kesini dahulu. Adakala nak cepat pun tak jadi cepat. Ehh tapi macam mana aRz tau susah nak bagi pakai baju anak ni?? Aippp Abah Mithali mestilah bagi pakai baju anak :p

Kena umpan dengan sesuatu barulah Cik Puteri beri kerjasama. Adakala marah juga tapi tak jalan jadi kena cari cara lain untuk anak beri kerjasama. Antaranya kena pujuk elok-elok dengan bagi mainan atau sebagainya. Bila waktu yang agak tegang pula macam tengah bersiap nak keluar jalan, bagitau siapa tak pakai baju kena tinggal. Cepat ja beri kerjasama. 

Pemilihan baju yang betul juga memudahkan anak-anak ini beri kerjasama. Sebagai contoh bila anak sukakan animasi Puteri, Frozen, atau Upin-Ipin serta sebagainya carilah baju seperti ini kerana ia satu daya penarik yang memudahkan anak-anak pakai baju dengan senang.

Anak Penyeri Rumahtangga

Anak-anak ini memang betul penyeri sesebuah rumahtangga. Tatkala kita balik rumah dengan mood yang tidak elok pandang saja wajah anak terus hilang marah. Tengok pula ragamnya bila kita balik rumah disambut depan tangga sambil berkata

"hai Abahhh...Sayang Abahhh"

Perghhh memang tersentuh hati. Perkataan Abah itu sendiri yang keluar dari mulut anak adalah sesuatu yang amat mengujakan. Jadi benarlah tatkala anak banyak ragam ketika dalam proses pembesaran dimana banyak pertanyaan, banyak bercakap, banyak bermain...layankan saja...Sebab masa akan terus berjalan dan yang tinggal hanya kenangan. Jangan lupa ambil gambar anak diwaktu kecil sebanyaknya agar menjadi kenangan di masa hadapan....

Jumpa Lagi.

{ 26 comments.. read them below or add one }

aizamia3 aizamia3 2 Sep 2015, 14:01:00
Betul tu.. bila anak membesar perangai lain pulak keluar..
Macam dak Kakak.. dia mula menampakkan sisi anak daranya.. dak Adik walau dah besar tapi nak kita mandikan.. dak Nuha perasan dialah yang paling kecik dalam rumah.. ekekeke..
yoorin melacolea yoorin melacolea 2 Sep 2015, 14:09:00
setuju dengan arz... ragam anak2 ni lucu tengok telatah diorang..kadang geram rasa nak sumbat balik dalam perut..hehehe
cikpinz cikpinz 2 Sep 2015, 15:06:00
Setuju tu..walaupun CP masih bujang tetapi 2 orang anak sedara membesar di rumah CP..memang seronok layan karenah mereka..
Tasha Aqisha Tasha Aqisha 2 Sep 2015, 15:22:00
best sebenarnya bila dapat tengok gelagat kanak-kanak yang sedang membesar ni
SalbiahM SalbiahM 2 Sep 2015, 15:37:00
seronoknya lahai...bilalah nak merasa semua ni *nangis belakang pintu*

hehe, takdelah.memang faham semua ni sebab anak sedara ramai. Tapi bila diorang takde, rindu sesangat.Kerenah diorang tu la yang sanpai bebila kita sebut-sebut.
aRz MoHa aRz MoHa 2 Sep 2015, 15:46:00
hai salbiah M insyaallah akan akan rezeki jua nanti,,,,

ragam anak sedara pun sangat mencuit hati, aRz sebelum kawin memang rapat dengan anak buah...rapat sangat sampai anak buah takmau balik rumah bila dijemput....hehe
aRz MoHa aRz MoHa 2 Sep 2015, 15:52:00
macam-macam karenah kan?
aRz MoHa aRz MoHa 2 Sep 2015, 15:53:00
walaupun depa mengamuk still rasa cute ja...letih juga layan budak-budak ni
aRz MoHa aRz MoHa 2 Sep 2015, 15:54:00
lain anak lain perangai ya
aRz MoHa aRz MoHa 2 Sep 2015, 15:55:00
haha macam mana nak sumbat balik tu
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 2 Sep 2015, 21:54:00
SETUJU ngan Arz..Alahai anak anak ni kan tang mandi tu laaa banyak ragamnya ..Macam macam peel perangai diaorang hehehe..Tapi kalau anak anak takde kan rasa bosan dan sunyi sepi la rumah kan Arz
Cik Ash Cik Ash 2 Sep 2015, 22:46:00
Walaupun xde anak lg ekin jaga ank saudara yg 5 tahun ada ragam gak lebih kurang kat ats tu
Eny Abdullah Eny Abdullah 2 Sep 2015, 22:49:00
hihihi comel je ck puteri.... yg toys susun tu pun comel ja.. kak eny pun ada baca kaanak kanak develop perkembangan otak semasa mandi, tidur, makan.. jadi mmg kena beri perhatian lebih pada waktu tu..
Ummul Azkee Ummul Azkee 3 Sep 2015, 03:04:00
ragam anak mmg macam2...ibubapa mmg kena byk bersabar kn..dan bijak memikat hati anak2..
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 3 Sep 2015, 08:02:00
hee.. part malas mandi tu mesti ikut perangai abah dia kan.. haha

bijaknya dia.. siap susun menan suruh tido.. yang dia, kemas rumah.. heeee
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 3 Sep 2015, 08:08:00
keletah anak2 ni la yg penyeri sesebuah hubungan suami isteri
anajingga anajingga 3 Sep 2015, 11:29:00
sal in shaa allah... merasa nanti tu :)
anajingga anajingga 3 Sep 2015, 11:29:00
CP seorang pak lang yang best kan :)
anajingga anajingga 3 Sep 2015, 11:32:00
wah ada kredit untuk kak ana..tq so much..alahai cik puteri yang comel...beratur kawan-kawan nak tidoq ye..cik puteri tak tido abah yang lelap... she's so adorable princess aRz..:)
izzeyda izzeyda 3 Sep 2015, 12:13:00
setiap anak ada ragam yang tersendiri.. huhuhu dah merasa laa dua orang hero yang ada tuh.. yang paling banyak akai yang kecik tuh.. memang mencabar laa dengan perangai dia yang macam2.. jenis tak makan saman..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 3 Sep 2015, 14:26:00
Assalam arz,
haaaaaaaaaaa
peberet dialog boboboy akak sekarang ni :
"Alaaaaaa, abang rindu ayah la pulak"
Sekian :P
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 7 Sep 2015, 14:12:00
kadang2 kan kalu sy geram dgn ank sedara, sy ckp: "eee pegi msk balik perut mummy. jd baby semula!" ;-)
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 8 Sep 2015, 00:40:00
amboi Cik Puteri pandai posing eh depan cam.. ehehe anak dara sorang tu =D

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih