Mini Holiday | Taiping Perak

Mini, Holiday, Flemington, hotel, swimming pool, gambar cantik, arzmoha, jurugambar perkahwinan, landscape, visit malaysia, visit perak

Salam. Semoga semua sihat selalu. Masih lagi di bulan November.
Baik sekadar ingin berkongsi pengalaman percutian budget, ringkas, tempoh yang pendek. Sebenarnya ini semua atas permintaan dari Puan Isteri. Rasanya lama juga tak bercuti. Sempena Puan Isteri bakal berhadapan dengan audit, special request untuk bercuti juga walaupun tempoh pendek iaitu satu malam sahaja.


Kalau ikutkan perancangan mula, nak bercuti ke Teluk Batik. Sebab belum pernah jejakkan kaki. Tetapi agak bersyarat. Nak Hotel yang agak selesa, ada breakfast, ada swimming pool dan kedai makan berdekatan. Fuh....bukan mudah nak penuhi permintaan ini. Setelah cari dan cari dan cari dan cari....
Sebenarnya di Teluk Batik boleh dikatakan tiada hotel, yang ada adalah apartment. Tetapi kesemua yang agak memenuhi permintaan dah penuh. Apartment yang masih kosong sebenarnya mendapat komen yang agak tidak berapa cantik di laman Agoda. Sebenarnya bagus juga jika nak dapatkan review tentang hotel atau tempat yang kita ingin tuju dengan merujuk kepada laman Agoda. Tetapi aRz tidak tempah melalui Agoda.
Kembali pada tajuk perbincangan kita tadi. aRz terpaksa mengubah lokasi percutian dan terjumpa dengan sebuah hotel yang rasanya memenuhi citarasa permintaan Puan Isteri.

FLEMINGTON HOTEL, TAMAN TASIK TAIPING, PERAK


Inilah hotel yang dapat memenuhi permintaan Puan Isteri. Ada Swimming pool, bilik yang agak baik, dekat dengan kedai makan, breakfast disediakan, dan extra berhadapan dengan Taman Tasik Taiping.

Memang menarik jika dapat bilik yang berhadapan taman tasik taiping, tentulah memberikan rasa tenang melihat kehijauan. Tapi bilik pada hari ditempah hampir habis. Fuh...nasib baik masih ada kekosongan. Sebelum tu, ok tak swimming pool hotel ini? Tengok gambar yang paling atas. Menarik kan?
Visit perak, Visit Malaysia, Flemington, Hotel, Taman Tasik Taiping, Taiping, holiday, gambar cantik, arzmohdhaniffa, photography, arzmoha, nice place
| arzmohdhaniffa photography | Flemington Hotel, Taiping, Perak
Flemington Hotel Room
Baik jika bercakap tentang hotel, tidak sah jika tak tunjuk bathroomnya. :) Nama pun tidur hotel tentu hendak bathroom yang bersih kan? Jom tengok gambar dibawah.
Bathroom, Flemington, taiping, visit perak, visit malaysia, arzmoha, gambar cantik,
| arzmohdhaniffa photography | antara kelengkapan yang disediakan
Flemington, bathroom, Hotel, gambar cantik, arzmoha, visit perak, beautiful bathroom
| arzmohdhaniffa photography | Flemington hotel bathroom
gambar cantik, jurugambar, flemington hotel, visit taiping, perak, malaysia,
| arzmohdhaniffa photography | Flemington Hotel
Bagaimana? Bersih? Cantik? Baik walaubagaimanapun. Semasa check-in, karpet di bilik ini agak berbau, tetapi tidaklah terlalu kuat, mungkin belum kering sepenuhnya. Kedua aircond agak lambat untuk sejuk. 
Tetapi bila dah sejuk menjadi agak selesa. SSebenarnya ada satu aktiviti biasa bila dah sampai hotel aRz biasanya berehat dulu. Ingatnya sebelah petang nak lepak di swimming pool saja tapi....
Visit taiping, Flemington Hotel, Visit Malaysia, gambar cantik, Swimming pool, raining
Swimming pool Flemington Hotel. Hujan
Sebab masa check in hujan lebat, jadi tak boleh kemana-mana. Kalau ada yang follow di instagram aRz boleh tahu aRz ada masukkan gambar. Bercadang sebelah malam baru keluar makan, sebelum sampai di Taiping aRz dah pun menjamu selera di RnR berdekatan Bukit Merah. Jadi Nak Pi Mana malam ni?

DOLI KUEY TEOW GORENG


Doli kuey teow goreng, kedai atau restoran yang di cadangkan oleh rakan facebook aRz semasa bercuti kesini juga pada tahun lepas. Bila dah sampai sinim rasa macam kedai makan wajib untuk singgah. Pertama sekali aRz kongsikan dulu lokasi Doli restoren ini. Bagi memudahkan pembaca blog aRz boleh tengok maps dibawah.



Apa yang menarik sangat dengan Doli restoren ni? Doli ni paling famous adalah Kuey Teow Gorengnya. Pertama kali singgah kat sini, tengok ada yang bungkus lagi 2 3. Macam sedap. Bila dah rasa memang betul rasa sedap.
Doli, Kuey Teow Goreng, Sedap, gambar cantik, Menu, Taiping, Visit Malaysia
| arzmohdhaniffa photography | Doli Kuey Teow Goreng dan menu lain

Taiping, gambar cantik, Kuey Teow Goreng, awesome food, Sedap, Taman Tasik Taiping, Malaysia
| arzmohdhaniffa photography | Kuey Teow Goreng Doli

Doli, Taiping, Nasi Ayam, Chicken Rice, Awesome food, Taiping, Malaysia
| arzmohdhaniffa photography | Nasi Ayam Doli

Doli, Nasi Ayam, Chicken Rice, gambar cantik, jurugambar produk, taiping, perak, malaysia, jalan-jalan cari makan
| arzmohdhaniffa photography | Nasi Ayam Doli

Doli, Taiping, Perak, Malaysa, Awesome Food, Jalan-jalan cari makan, gambar cantik
Hadapan Kedai/Restoren Doli
Sebenarnya dua hari di Taiping, Sabtu dan ahad Cik Puteri asyik time makan. Bila bangun saja terus cakap "abah nak nasik" Kalau minta kul 2 3 pagi pening juga nak cari. Petang sebelum ke Doli memang suruh tidur dulu, tapi Cik Puteri excited sangat. Jadi sebelah malam terus tidur.

Rasa macam dah panjang entry ini. Macam biasa :) sambung part 2 kalau rajin. Sebelum tu, percutian kali ini langsung tak masuk zoo. Rasa macam dah kerap sangat masuk zoo. Cuti kali ini nak rehat-rehat saja.

Jumpa Lagi.

{ 47 comments.. read them below or add one }

Cetusan Minda Cetusan Minda 30 Nov 2014, 14:37:00
musim hujan ni pi bercuti mmg byk dok dalam je la ...
aRz MoHa aRz MoHa 30 Nov 2014, 15:51:00
betul tu. penang sekarang hujan disebelah malam
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 30 Nov 2014, 21:45:00
Wahh bestnyerr jalan2 ..Seronok lerr ..Kak Lya lum sempat lagi bawak anak2 g jalan2 jauh..Jalan2 dekat jer dulu ..Kampung pon tak sempat balik lagi Arz huhuhu..Abah diaorg cibuk manjang kalau ujung tahu huhuhu...Apapon bercuti memang seronok ...
aRz MoHa aRz MoHa 30 Nov 2014, 23:08:00
Saya pun dah lama tak bercuti. Sebab tu gi juga. Kampung tak balik lagi lagipun musim tengkujuh
Scha Nazri Scha Nazri 30 Nov 2014, 23:36:00
kuey teow dia nampak menyelerakan lah abg arz. wuuu. suka swimming pool diaa! aaaa,
aRz MoHa aRz MoHa 1 Dec 2014, 09:39:00
kuey teow nampak biasa tiada hiasan tp sedap

swimming pool nanti saya cerita lebih lanjut part2

bila part2? tunggu jela hehehe
Farrah MF Farrah MF 1 Dec 2014, 12:47:00
Seronoknya bercuti, rehatkan minda! Food kat Doli tu nampak menyelerakan.
Etuza Etuza Etuza Etuza 1 Dec 2014, 15:44:00
asalam ..aRz alamat dah salin..entry ni malam ni nak baca ya..terbaik Etuza di Pekan Kenigau biz penghantaran hadiah ya...
aRz MoHa aRz MoHa 1 Dec 2014, 15:47:00
Ini kali kedua saya ke sini. Nampak memang begitulah
aRz MoHa aRz MoHa 1 Dec 2014, 15:51:00
Selamat berjaya Cikgu Etuza
Amy J Amy J 1 Dec 2014, 19:42:00
wah, lawa lah gambar abang Arz amek. jelesnya. sobs. menarik juga ada hotel dekat dengan Taman Tasik Taiping... nnti kalau p perak, nak try la ke sana..
aRz MoHa aRz MoHa 1 Dec 2014, 19:49:00
kamera yang main peranan....

memang menarik sebelum inigatkan mahal rupanya tak mahal sangat
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 1 Dec 2014, 22:57:00
Banyak betul syarat-syaratnye tu.
Bersyukur dapat suami yang buat everything.
Kalau saya, sayalah decision maker.
Kalau bukan saya, semua benda x jalan.
Sabau je lah.
hidayu ayumie hidayu ayumie 2 Dec 2014, 07:03:00
Ayu pon nak berjalan jugak arz.. tp blm ade kesmptan lg nie.. hehehhe amboii bersyarat2 lak ye.. tula kalu g telok batik nmg xde hotel rasenye.m kbykknye chalet..
Time Traveller Time Traveller 2 Dec 2014, 07:24:00
Kalau datang ke Taiping perlukan masa sabtu dan ahad sepenuhnya.. Dengan makanan yang sedap2, mandi air sungai dan air terjun.. naik bukit larut dan tempat yg bersejarah lagi :D
Farrah MF Farrah MF 2 Dec 2014, 08:02:00
Oohhh. Gambar Cik Puteri xde ke menyelit sekelping dua? :)
aRz MoHa aRz MoHa 2 Dec 2014, 11:05:00
Isteri kan pasangannya kenalah membantu

Syarat yang susah nak penuhi
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Dec 2014, 11:05:00
anis pantang nampak kuey tiow nie.. rase nak makan n makan lagi..hahah... sejak bile tah berhantu makan nie..huhu.. tengok gambar nie pon dah terliur..hahahah..
Anizz Annisa Anizz Annisa 2 Dec 2014, 11:08:00
cantik jugak kawasan hotel nie.. boleh search lagi tempat2 menarik..hihi
aRz MoHa aRz MoHa 2 Dec 2014, 11:11:00
Bercutilah rehatkan minda. Walaupun tempat yang dekat-dekat saja
aRz MoHa aRz MoHa 2 Dec 2014, 11:53:00
betul taiping banyak tempat yang boleh dilawati.
aRz MoHa aRz MoHa 2 Dec 2014, 11:57:00
peminat kuey teow ka anizz?
aRz MoHa aRz MoHa 2 Dec 2014, 11:59:00
cantik juga kawasan ni. tapi kalau boleh tempat bilik menghadap taman tasik....
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah 2 Dec 2014, 19:34:00
musim hujan ni, nak ke mana2 pun tak best..duk umah jela, awal thn dpn baru bercuti ;)
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 3 Dec 2014, 00:07:00
Semoga Arz & wife bahagia hingga ke Jannah.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 3 Dec 2014, 00:08:00
Ayu, best tak chalet kat sana.
Walaupun kg kat Perak, saya x pernah sampai T.Batik ni.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 3 Dec 2014, 00:08:00
Taiping tu tempat lahir saya.
HB Taiping.
aRz MoHa aRz MoHa 3 Dec 2014, 10:35:00
saya pun belum sampai lagi. Dengar kahbar teluk batik memang havoc hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 3 Dec 2014, 10:35:00
owhhhh tempat lahir rupanya
aRz MoHa aRz MoHa 3 Dec 2014, 10:36:00
Betul. ramai yang lebih suka lepak di rumah musim hujan
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 3 Dec 2014, 10:53:00
Bestkan pergi bercuti..Selalu gak singgah Doli Kueteow kalau ke Taiping..
zarulfarhana zarulfarhana 3 Dec 2014, 23:17:00
hujan plak..
nnt ke Taiping nk try lah kedai Doli tue..
xpergi makan yong tai fu ka kt taiping
aRz MoHa aRz MoHa 4 Dec 2014, 12:06:00
berkali sampai tapi tak sempat cuba lagi yong tai fu sebelah balai bomba kan?
Amanina Mads Amanina Mads 4 Dec 2014, 23:54:00
lama tak pi taiping.. selalu tidoq umah sedara ja. bestnya hotel. nampak kemas
mama 3farhanah mama 3farhanah 6 Dec 2014, 04:07:00
Bestnya dapat bercuti begini walaupun sehari. Memang dapat release tension.
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 6 Dec 2014, 17:43:00
Resto doli tu, sy tgk kt jjcm.kt nyer ada buka caw kt TTDI. then sy g ke sn. Rupanya fa ttp.penat je g sn smpi sesat barat
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 7 Dec 2014, 11:38:00
Waahhh..betul ke havoc.
Ok, next on list.
Feeling excited to go :)
Eshamz Halim Eshamz Halim 10 Dec 2014, 08:09:00
Bagus gak dapat short vacation camni...dapat rest dan rilekkan minda dari kerja harian.... swimming pool yg cam best tuuu...ekekekekeke... :D
aRz MoHa aRz MoHa 10 Dec 2014, 11:48:00
umah sedara pun ada di taiping juga, tapi duk umah sedara alamat tak kuar jalan la hehe
aRz MoHa aRz MoHa 10 Dec 2014, 11:51:00
tapi di taiping dah lama.
Di TTDI tak pasti pula
aRz MoHa aRz MoHa 10 Dec 2014, 11:53:00
Betul bro eshamz, yang penting rehatkan minda.
dapat rehat di Hatyai macam bro eshamz lagi best hehe
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 12 Dec 2014, 02:35:00
rindunya nak ke Taiping... taiping memang best... makan pun best2 jugak ! seronok kan sekali sekala berholiday dengan family :)
Bunda a.k.a KN Bunda a.k.a KN 12 Dec 2014, 16:31:00
Selamat datang ke Taiping...Taiping memang best...
aRz MoHa aRz MoHa 12 Dec 2014, 20:17:00
yup taiping memang best. berapa kali saya dah ke sana tapi tak pernah jemu

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih