Awesome Food | Jeruk Asam Boi Pulau Pinang

Fenomena, Jeruk Asam Boi, Jeruk, Asam, Boi, arzmoha, Gambar cantik
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi

Salam. Jeruk Asam Boi. Fenomena dah berlalu. Baru Nak Update.
Sebenarnya baru berpeluang mengambil gambar guna DSLR dan sedikit sentuhan Photoshop untuk warna untuk mencantikkan gambar. Sebenarnya saya sendiri pada mula langsung tidak memahami Fenomena Jeruk Asam Boi. Berasal dari mana. Siapa pencetus idea ini.

Semuanya bermula daripada mesej di group Whatsapp. Kakak saya masukkan gambar dengan tagline "Jeruk Asam Boi Sebekas RM 5". Nampak tak permainan disitu. Biar yang lain terliur, jika rasa nak rasa kena beli. Jadi saya pun kata "ok, nak satu". Bila dah rasa, rupanya nak lagi. Sedap betul, rasa masamnya, manis, masin sikit dan pedas. Wowww....

Jadi secara tidak sengaja, saya pun upload ke facebook "Jeruk Asam Boi Pulau Pinang". Tak sampai beberapa jam ada yang mesej bertanya dan sebagainya. Jadi saya pun cerita dari A-Z. Alhamdulillah sehingga hari ini berjaya membantu kakak saya jadikan Jeruk Asam Boi ini sebagai pendapatan sampingan.

Jeruk Asam Boi Sedap, Jeruk Asam Boi Pulau Pinang, Jeruk, Asamboi, Fenomena, food review
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi Pulau Pinang

Sebenarnya di Pulau Pinang, ada juga beberapa orang yang pandai mengambil peluang untuk menjadikan fenomena Jeruk Asam boi ini sebagai pendapatan sampingan. Tahniah diucapkan. Bermacam harga yang ada. Pilih yang mana suka.

Jeruk Asam Boi ini pula, Kakak saya buat 3 jenis iaitu Mempelam, Jambu Batu dan Buah Ambra. Di negeri lain saya tak pasti buah Ambra dipanggil apa. Jambu batu saya sendiri dah rasa, rasanya itu yang paling saya suka. Memang menarik. Teringin pula rasa nak tahu siapa pencets idea ini.

jeruk, jeruk asam boi, pelam, jambu, ambra, sedap, jeruk asam boi sedap
| arzmohdhaniffa photography | Jeruk Asam Boi Mesti Mari

Setakat beli dua bekas rasanya sehari dah habis. Tambahan pula makan bersama keluarga memang asyik tak terkata. Sedap, lazat....Tak tahu nak kata apa.

Jika anda berminat untuk merasainya, hubungi 011-27130797. Pulau Pinang sahaja. Untuk kawasan town insyaallah boleh dihantar terus, tetapi jika kawasan lain sebaiknya mesej terlebih dahulu.

Itu saja yang mampu saya kongsikan.

Jumpa Lagi





{ 48 comments.. read them below or add one }

Etuza Etuza Etuza Etuza 6 Nov 2014, 08:51:00
asalam..banyak juga blog buat entry asam boy..hehehe Etuza ja belum berkesempatan..jerus asam bambangan ada juga, cuma adik yang buatkan..
Hamidi SP Hamidi SP 6 Nov 2014, 09:02:00
Memang sedap kan. Kecur air liur..hehe
Norma NML Norma NML 6 Nov 2014, 10:08:00
Kalau dari Penang akak suka jeruk buah pala...sedap..:-)
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 10:14:00
Saya pun tak tahu nak terangkan mengenai asam boi. Mungkin boleh buat sedikit carian di google. Kebiasaan asam boi untuk dimakan begitu saja
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 10:16:00
Memang sedap. Kecur air liur, kalau di utara sebut "meleleh air liur"
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 10:18:00
Asam bambangan tu macam mana CIkgu Etuza cerita skit di blog
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 10:23:00
Jeruk Pak Ali ka? Sebenarnya saya kurang sikit jeruk buah pala. Tapi kalau Jeruk Buah Salak suka sangat la
Etuza Etuza Etuza Etuza 6 Nov 2014, 14:12:00
asalam..apa apa saja asal buah asam jadi nama asam boy ka broaRz..hehehe ada jambu merah dekat rumah ni..lebat buah ..boleh ka tu jadi buah jambu asam boy hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 6 Nov 2014, 15:30:00
Cikgu Etuza,rasanya boleh saja. Sebab ada yang menggunakan epal hijau...nampak sedap huhu
Nao Mei Nao Mei 6 Nov 2014, 15:47:00
Cik akak siap tukar resepi lagi...tak guna gula....lebih selesa gunakan madu...sedap dan wangi..hihi
Anizz Annisa Anizz Annisa 6 Nov 2014, 16:43:00
aduhhh terliur... anis pon ade buat jugak nie tapi jeruk biase.. tu pon sedap jugak..hihi
anajingga anajingga 6 Nov 2014, 20:44:00
hari ni saja kak ana singgah 4-5 blog pasal asam boi dengan mangga ni, tu belum IG lagi tu hehe :)
irra yyan irra yyan 6 Nov 2014, 20:50:00
Klu jeruk betul2 letak ibu gula memang kami xboleh makan.,boleh lelah lepas makan..huhuhu
aRz MoHa aRz MoHa 7 Nov 2014, 05:01:00
Owh memang takleh makan ibu gula ka apa?
aRz MoHa aRz MoHa 7 Nov 2014, 05:06:00
Apa boleh buat kak ana. Memang sedap kena share jugaklah
aRz MoHa aRz MoHa 7 Nov 2014, 05:08:00
Jeruk memang sedap rasanya hahah
Amy J Amy J 7 Nov 2014, 06:37:00
buah ambra tu buah kedondong ke?

saya xpernah pun try.. family x minat sangat dengan jeruk ni.
Jari Manis Jari Manis 7 Nov 2014, 07:46:00
BETUL...jeruk asam boi mmg meniti di bibir kwn2 di opis ni..ada yg beli buah mempelam dan cuba buat sendiri beri kwan2 makan..bak kata Arz..SEDAAPP hingga teragnkat montot (tapi yg terangkat montot tu akak yg cakap hihhi)

akak pun nk tahu sgt siapalah pencetus idea tu kan..

buah amra?..yg kulit hijau bila buah tu dh agak matang ada seperti jaringan dalam isinya tu ke..BUAH KENDONDONG rasanya
Jari Manis Jari Manis 7 Nov 2014, 07:48:00
Aha..batul cakap Arz tu Cikgu Etuza..JM pun dl lama tuggu entri buah bambangan tu..kongsi lah nanti untuk org semenanjung nih :-)
Farrah MF Farrah MF 7 Nov 2014, 17:54:00
Jeruk ni memang tengah cipta fenomena! Mana-mana nampak heheheh
aRz MoHa aRz MoHa 8 Nov 2014, 21:42:00
betul Amy j buah kedondong. jeruk biasa sy tak brapa Sgt. tapi jeruk asam boi saya tergugat
Mohd Zarin Mohd Zarin 9 Nov 2014, 00:41:00
Tiba2 up jeruk ni.. mmg terliur tengok
Hikayat Seorang Budak Hikayat Seorang Budak 9 Nov 2014, 01:59:00
terliur menengoknya. hehe. rezeki jeruk asam boi :)
aRz MoHa aRz MoHa 9 Nov 2014, 11:56:00
betul kak farrah. Sampai saya sendiri pun ketagih ni hahaha
aRz MoHa aRz MoHa 9 Nov 2014, 11:57:00
hihi. Berkongsi pada mereka yang sama-sama mencari Jeruk asam boi
aRz MoHa aRz MoHa 9 Nov 2014, 11:58:00
Bukan terliur lagi, tapi meleleh rasa
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 9 Nov 2014, 23:07:00
Tak pernah try jugak..
Tak minat asam sangat.
Sikit2 bolehlahh..
ros_reeza ros_reeza 10 Nov 2014, 19:26:00
memang sedap. dah buat dah masa balik kampung last month. buat pelam dan jambu batu.. sedapppppp!
buah ambra tu kedondong :)
aRz MoHa aRz MoHa 11 Nov 2014, 14:51:00
taklah masam sangat tapi sedap layan ja
mama 3farhanah mama 3farhanah 12 Nov 2014, 14:54:00
efek gambar tu membuatkan nampak makin sedap.
kecur air liur dah
Eraz Fadli Eraz Fadli 12 Nov 2014, 17:58:00
Rasa macam nak melilih air liur tengok nih..
Scha Nazri Scha Nazri 13 Nov 2014, 01:50:00
saya kurang sikit makan jeruk. hahah
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 11:28:00
Sedap. saya yang tak minat jeruk pun tersangkut dengan jeruk asam boi ni
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 11:31:00
meleleh air luir ya mama farhanah.
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 11:32:00
Kalau dah makan lebih melelehnya eraz fadli
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 11:47:00
Saya pun kurang. Tapi jeruk asam boi ini lain skit
Farrah MF Farrah MF 13 Nov 2014, 14:40:00
Memang kalau makan ni tak ingat! Sedar2 dah licin!
Farrah MF Farrah MF 13 Nov 2014, 14:44:00
uhh jeruk kedondong pun sedap! lagi satu akak suka jeruk buah salak...
aRz MoHa aRz MoHa 13 Nov 2014, 15:04:00
jeruk asam boi buah salak tak pernah cuba, jeruk salak pernah makan
Amanina Mads Amanina Mads 14 Nov 2014, 19:17:00
kecur liur.. kawasan mana tu arz?
Farrah MF Farrah MF 1 Dec 2014, 12:59:00
Datang intai jeruk lagi. Tetiba teringin nak gi borong jeruk kat Chowrasta ;)
aRz MoHa aRz MoHa 1 Dec 2014, 15:11:00
Saya syorkan beli Jeruk Pak Ali di Sungai Nibong...
aRz MoHa aRz MoHa 1 Dec 2014, 15:12:00
Area pulau amanina tapikalau seberang kena order banyak baru berbaloi skit nak hantar

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih