Pulang Ke Kampung Halaman Sempena Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri, Pulang ke kampung, hati-hati, memandu
| arzmohdhaniffa photography | Berhati-hati pulang ke kampung halaman

Salam. Salam Ramadhan al-Mubarak. Semoga sihat selalu
Bagaimana dengan pengisian 10 Ramadhan terakhir ini? Sudah capai tujuan utama Ramadhan?
Bila tiba 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan ada yang sudah mengambil pulang ke kampung halaman untuk merasai Ramadhan yang terakhir di kampung halaman. Mana mungkin sama suasana di tempat orang dengan kampung halaman sendiri kan?
Bukanlah niat sebenar saya untuk mengajak semua bersedia untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Sebaiknya menggunakan baki Ramadhan yang ada untuk diisi sebaiknya walaupun sesaat lagi untuk memasuki Hari Raya.
Tetapi seperti yang kita sedia maklum, sedia dengar dan mungkin sedia lihat kejadian yang meragut banyak nyawa ketika pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Jadi ingin saya ingatkan kepada semua supaya 

BERHATI - HATI DI JALAN RAYA.

Ada diantara kita yang pulang awal ada juga yang masih bertugas dan pulang disaat akhir. Tidak kira bila waktu anda bertolak, dari mana ke mana, pastikan anda sentiasa berhati-hati di jalan raya. 

INGATLAH KELUARGA TERSAYANG

Insyaallah saya akan berkongsi pada entri akan datang tips memandu pulang ke kampung berdasarkan pengalaman saya yang setahun lebih kurang 3-4 kali memandu selama 8 jam untuk sampai ke destinasi saya.

JANGAN BIARKAN HARI RAYA ANDA DISAMBUT DENGAN AIRMATA

Selamat pulang ke kampung halaman dan selamat mengisi 10 hari terakhir di dalam Ramadhan.
JUMPA LAGI.

Gambar diatas : Permandangan ketika memandu pulang ke kampung halaman isteri. 8 jam pemanduan sebelum tiba ke destinasi.

{ 38 comments.. read them below or add one }

TunSha Ayunie TunSha Ayunie 24 Jul 2014, 02:26:00
dihari raya...terkenang daku kepada sidia....kampungku indah nun jauh disana.... ayah serta bondaku.....sobbsobbbsobbb....ingatlah yang tersayang... lawanyaaaa gambar yang menepek kat entri ni.... :)
Fadzi Razak Fadzi Razak 24 Jul 2014, 05:39:00
+tunsha over sangat niiiii. kahkahkah~ gambar tu dekat mane?
irrayyan irrayyan 24 Jul 2014, 06:14:00
Meh nak tlg jawab fadzi. Kat gerik. Laluan irra balik kampung shah alam-baling
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 24 Jul 2014, 10:06:00
Heheehe 8 jam tuuu ........ Mak aii penat penat ...Kak Lya dalam 3 4 jam jer sampai la kampung hehehe ......
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 24 Jul 2014, 10:06:00
Selamat Balik Kampung la yerr ..Bila start cuti Arz..
Sal Bee Yah Sal Bee Yah 24 Jul 2014, 10:07:00
selamat pulang ke kampung.. dan selamat menempuh hari-hari terakhir Ramadhan.makin kuat godaan nak raya, makin ramai yang malas nak tingkatkan ibadah. termasuk la yang taip komen ni..huhu
anajingga anajingga 24 Jul 2014, 11:21:00
semoga perjalanan kita semua didalam lindunganNya jua..Amin.berwaspada di jalan raya..
cahaya nur cahaya nur 24 Jul 2014, 11:51:00
takde kampung nak balik raya..sobs..sobs...
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jul 2014, 12:32:00
pernah sekali ja sampai dalam 6 jam. tanpa berhenti
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jul 2014, 12:34:00
Hari raya baru start cuti. Hari raya pertama masih di utara
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jul 2014, 12:39:00
Sama-sama ya. Berhati-hati tak kira samada pulang berhari raya ataupun keluar berhari raya.
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jul 2014, 12:41:00
Dulu saya pun tiada kampung. Lepas kahwin ja tumpang kampung hehe
aRz MoHa aRz MoHa 24 Jul 2014, 12:42:00
haaaa mommy irra tolong jawab kan
Amy J Amy J 24 Jul 2014, 13:14:00
wahh.. dekat mana tu? selamat pulang ke kampung halaman dan pulang semula ke rumah dengan selamat ^^,
Amy J Amy J 24 Jul 2014, 13:15:00
eh, lupa nak cakap. selamat hari raya maaf zahir batin. weee...

bro arz moha nak kad raya tak? saya nak pos kalau nak. blogger yang lain pun saya dah hantar kelmarin ^^,
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 24 Jul 2014, 13:24:00
Selamat hari Raya Arz..semoga selamat sampai ke destinasi..berhati2 memandu sebab lebuhraya timur barat tu jalan mencabar sikit..
Mimi Azirah Mimi Azirah 24 Jul 2014, 21:23:00
selamat hari raya n balik kampung dgn ati ati ye
aRz MoHa aRz MoHa 25 Jul 2014, 01:14:00
dekat mana kena tengok entry sebelum sebelum ini hehehe
aRz MoHa aRz MoHa 25 Jul 2014, 01:15:00
Selamat hari raya
Terima kasih atas kad raya. Insyaallah saya balas lepas raya
aRz MoHa aRz MoHa 25 Jul 2014, 01:15:00
Insyaallah CP kebiasaannya memang berhati-hati
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 25 Jul 2014, 09:06:00
salam. singgah jumaat kat sini..hati+ balik kampung hehe

p.s salam jumaat & selamat hari raya..salam kosong kosong ya hee ^_^
Sue Bee Sue Bee 25 Jul 2014, 13:23:00
SB tak pulang kampung..sbb kita duk kampung..hehehee..seronok tau!!..
Anizz Annisa Anizz Annisa 25 Jul 2014, 21:08:00
selamat hari raya maaf zahir batin arz dan family.. :)
aRz MoHa aRz MoHa 6 Aug 2014, 10:44:00
Selamat hari raya Cik Itah
aRz MoHa aRz MoHa 6 Aug 2014, 10:49:00
Selamat Hari Raya Anizz Maaf zahir dan Batin
Karya Mahirah Karya Mahirah 6 Aug 2014, 13:03:00
lama tak nampak arz moha.. sakan raya awk ye... =)
Anizz Annisa Anizz Annisa 6 Aug 2014, 14:10:00
arz.. update suasana hari raya plak boleh ke? suke tgk gmbr2 kat blog nie.. cantik.. :)
aRz MoHa aRz MoHa 6 Aug 2014, 16:19:00
waduh-waduh. balik kampung wife ja internet terputus, selsema demam + sakit kepala. Mungkin perubahan cuaca. sekarang dah kebali ke home sweet home baru aktif semula
aRz MoHa aRz MoHa 6 Aug 2014, 16:20:00
Insyaallah gambar tak banyak. tak sihat sikit raya kali ini.
Sobri Yaacob Sobri Yaacob 6 Aug 2014, 21:42:00
eh bro gambar ni kat haigway gerik-kupang kedah ke bro?

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih