Giveaway Puasa RM 50 by SueAKGoGeous

Giveaway Puasa RM50
Salam Ramadhan. 
Semoga semua pembaca blog saya berada dalam keadaan sihat sejahtera. 
Sempat join Giveaway Puasa RM 50 oleh Suriana Abdul Kadir.

Berminat untuk join? 


Masih lagi sempat. Jangan fikir panjang jom kita join dengan klik banner diatas.
Bermula 4 jun dan berakhir 23 Julai 2014.

Pengalaman Puasa


Suka duka dalam berpuasa sesuatu yang bukan pilihan kita. Sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan.
Seringkali kita dengar indahnya bersahur, berbuka dan bertarawih bersama keluarga. Yang jauh pulang ke kampung halaman. Kerana indahnya Ramadhan.
Tetapi tahun ini adalah tahun ke-3 berpuasa tanpa Mak tersayang dan Abah yang dah lama pergi menghadap Illahi. Siapa yang tidak rindukan air tangan seorang ibu, ketika sahur, ketika berbuka dan bersama-sama menunaikan solat tarawih. Pernah Mak bertanya selepas berbuka "sempat ka Mak tengok cucu Mak" soalan yang lebih susah dari menjawab soalan LAW. 
Akhirnya Mak menghadap Illahi tanpa sempat bertemu cucunya. 
Itulah takdir. Ada hikmah disebaliknya. 
Tetapi pemergian Mak agak susah untuk dilupakan. Syukur isteri seorang yang tabah berhadapan dengan Suami yang mendiamkan diri untuk beberapa tika.
Akhirnya berita gembira diterima. Cucu yang ditunggu. Hadir dalam keadaan misteri. 
Beberapa kali scan tapi tak dapat ketahui jantina. agak surprise. Saat kelahiran baru tahu baby girl.
Kehilangan seorang ibu diganti seorang anak perempuan. Wajah seakan Mak.
Tahun ini baby yang ditunggu itu sudah pun 1 tahun 8 bulan.
Kerinduan pada Mak tetap tidak dapat dilupakan. 'Cucu yang ditunggu' sebagai penawar kerinduan.

Puasa tahun ini tiada lagi masakan seorang Emak.Yang ada senyuman seorang Anak. Semoga Emak dan Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

BUAT MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU BAPA. 
HARGAILAH. HORMATILAH. 
PULANGLAH BERSAHUR, BERBUKA DAN BERTARAWIH BERSAMA.

{ 19 comments.. read them below or add one }

Scha Nazri Scha Nazri 4 Jul 2014, 03:11:00
Syahdunya cerita. Wuwuwu. Tabahnya awak and isteri :)

Psst: Semoga menang! Amin! :)
aisyah ambris aisyah ambris 4 Jul 2014, 05:02:00
Sedih cerita ni..seriusss..terkedu..
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 4 Jul 2014, 05:20:00
stiap yg hilang, Allah akn gntikan nya dgn yg baru tnpa kita sdari, gud luck :)
Irrayyan Irrayyan 4 Jul 2014, 06:20:00
Bro, dh boleh bikin cerpen ni.
Tak berjaya tahan air mata.
Mati itu pasti. Selalu doa mak abah ye.
Mak abah irra ajar, setiap kali baca fatihah,
Waladdoollinnnn.tambah waliwalidayya.aaminn.
Harta yg mereka boleh bawa adalah doa anak2.
Tahun ni cik akak la yg tolong masak di dapur..
Eshamz Halim Eshamz Halim 4 Jul 2014, 07:16:00
Memang syahdu cerita bro ni.... Semoga Emak dan Abah bro ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 4 Jul 2014, 07:19:00
Setiap kehilangan ada gantian... goodluck bro :)
salmiah awang salmiah awang 4 Jul 2014, 07:43:00
teringat mak saya.huhuhu...
Cikdelima merah Cikdelima merah 4 Jul 2014, 09:06:00
terharu baca..semoga tabah and gud luck
Anizz Annisa Anizz Annisa 4 Jul 2014, 13:29:00
syahdu.. tabahnya isteri arz kn.. sgt2 memahami suami.. semoga arz tabah.. yg hilang berganti walaupun xserupa.. :) btw, gud luck! :)
Suriana abdul kadir Suriana abdul kadir 4 Jul 2014, 16:13:00
Salam..
Terima kasih sudi join..
All the best ye...
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 6 Jul 2014, 05:48:00
Tetiba teringat arwah nenek & atuk huhuhuhu....
All the best Arz
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 6 Jul 2014, 08:25:00
Memang sukar bial menempuh puasa tanpa insan tersayang. CP pun sama. Rindu bapak CP. Semoga berjaya.
Nurashikin ZA a.k.a NAZECK Nurashikin ZA a.k.a NAZECK 6 Jul 2014, 12:15:00
Blogwalking from same segment.
Good luck ye.
Jemput drop url blog kat Mister Linky's saya:)
http://drshikinzainal.blogspot.com
Arol Mubin Arol Mubin 9 Jul 2014, 18:26:00
Pemergian insan yang kita sayang memang susah untuk dilupakan. Apatah lagi bila kehilangan ibu atau bapa. Memang mengambil masa sikit untuk kita menerimanya. Arol pun pernah kehilangan abang beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Apa pun, semoga berjaya! :)
Amy J Amy J 10 Jul 2014, 23:17:00
semoga arwah emak bro arz ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. kita ni semua milik ALLAH dan apa yang ada dekat dunia ni semuanya sekadar pinjaman.

tapi berdoalah moga-moga keluarga bro arz akan disatukan semula di Jannah kelak. insya-ALLAH. ^^,
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 11 Jul 2014, 23:55:00
Tak sempat lagi nak JOIN ..masih melekat kat dalam draf huhuhu..Bila la nak start mengarang citer nie..huhuhu sempat ker tdokk nie nak join ..
Karya Mahirah Karya Mahirah 15 Jul 2014, 13:52:00
eh eh... sy pun joint dr segmen sama..
aRz MoHa aRz MoHa 15 Jul 2014, 19:37:00
wow semoga berjaya jugak ya

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih