Skip to main content

Wangian Lelaki Bersaiz Kecil Kini Di Pasaran | Dashing Anytime EDT

Wangian Lelaki Bersaiz Kecil Kini Di Pasaran | Dashing Anytime EDT

Dashing Anytime EDT kini dengan bersaiz kecil untuk lelaki yang mementingkan penampilan menawan dan bergaya kini di pasaran. Tidak cukup berpakaian kemas dan mempunyai rupa paras segak sekiranya masalah bau badan menghantui diri. Pewangi lelaki bersaiz kecil seperti Dashing Anytime EDT yang bersaiz kecil dan mudah dibawa mampu membantu mengembalikan kesegaran bau badan setelah beberapa jam aktif samada bekerja, berjalan mahupun santai.

Dashing Anytime EDT, 4 wangian unik terbaru, wangian bersaiz kecil, wangian untuk travel, dashing bersaiz kecil, dashing cool, dashing ultimate kick, dashing hattrick, dashing active,
Dashing Anytime EDT

Masalah Bau Badan Boleh Menjejaskan Personaliti

Masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti seseorang serta penerimaan masyarakat. Bagi lelaki yang mementingkan personaliti untuk kelihatan segak dan bergaya seperti lelaki maskulin masalah bau badan perlu dititik beratkan.

Setiap orang mempunyai masalah bau badan yang berbeza. Ada masalah kecil dan ada juga masalah besar sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri. Tidak kira peringkat umur, lelaki di semua peringkat umur perlu menangani masalah bau badan dengan mencari jalan penyelesaian secara perubatan moden mahupun tradisional.

Selain itu pemakaian wangian yang sesuai mampu mengurangkan masalah bau badan. Masalah bau badan juga boleh menyebabkan imej personaliti kita tercemar. Lebih teruk lagi jika kita terpaksa berhadapan dengan masyarakat menerusi kerjaya kita.

Dashing Anytime EDT, 4 wangian unik terbaru, wangian bersaiz kecil, wangian untuk travel, dashing bersaiz kecil,
Dashing Anytime EDT

Wangian Lelaki Bersaiz Kecil, Bersaiz Poket, Mudah Dibawa Kemana Saja

Dashing Anytime EDT sesuai sangat dengan perkataan 'anytime'. Bila-bila saja boleh sembur saja untuk mengembalikan kesegaran wangian samada di badan ataupun pakaian. Bersaiz kecil sebesar kad nama, kad bank boleh dibawa ke mana saja dengan di letakkan ke dalam poket atau selitkan ke dalam beg.

Dashing Anytime EDT memang semua untuk semua peringkat umur dan juga sesuai untuk semua aktiviti samada ke tempat kerja, lepak bersama kawan-kawan, bercuti mahupun aktiviti lasak.

Bagi mereka yang suka bercuti atau selalu ke luar negeri sudah tentu hanya membawa barang yang penting sahaja. Jadi dengan Dashing Anytime EDT mudah di sisipkan di mana-mana slot beg dan jimat ruang.


Dashing Anytime EDT, 4 wangian unik terbaru, wangian bersaiz kecil, wangian untuk travel, dashing bersaiz kecil,
Dashing Anytime EDT Mudah dibawa ke mana saja

4 Variasi Unik Dashing Anytime EDT

Setiap orang sudah pasti mempunyai keinginan dan minat yang berbeza-beza. Ada orang suka bau ini, ada orang suka bau itu. Tak mengapa kerana Dashing Anytime EDT kini di pasaran dengan 4 variasi unik atau senang kata 4 jenis bau yang berbeza.

Dashing Anytime EDT, 4 wangian unik terbaru, wangian bersaiz kecil, wangian untuk travel, dashing bersaiz kecil,
Dashing Anytime EDT | 4 Wangian Unik

Cool


Haruman yang menyegarkan hasil dari gabungan menawan Bergamor dan Galbanum dilapisi dengan wangian Amber dan Kasturi. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang 'cool' secara semulajadi dari dalam diri.

Active


Wangian ini pula sesuai untuk jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Sentiasa berasa yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin. Haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. 

Ultimate Kick 


Wangian ini untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus Lemon, yang dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

Hattrick


Wangian Hattrick pula menyemarakkan semangat dan mendorong individu yang menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus yang diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Apa yang lebih menarik wangian ini dijual pada harga RM 7.00 bersaiz 18ml. Dashing Anytime EDT boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyoer dan farmasi di seluruh Malaysia.

Setakat ini dahulu semoga perkongsian ini membantu mengembalikan keyakinan diri dengan haruman daripada Dashing Anytime EDT yang mudah dibawa kemana saja serta boleh digunakan bila-bila sahaja.

Comments

  1. Model tu bergaya dengan haruman Dashing..

    Cakap pun tak guna..

    Terbaik la

    ReplyDelete
  2. Simple je..tak perlu ruang yang besar nak bawa ke mana2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selit saja di dalam poket atau dalam beg

      Delete
  3. So cool.. Mudah dibawa ke mana-mana..

    ReplyDelete
  4. Sample ada tak aRz??? 😀

    ReplyDelete
  5. aum, memang suka dgn lelaki yg berbau wangian dashing..haha!

    ReplyDelete
  6. Sapa terhidu baunya confirm terpikat kan...

    ReplyDelete
  7. Menarik lah saiz tu. Memang flexible sangat dan boleh dibawak ke mana sahaja :)

    ReplyDelete
  8. Stylo. Saiz kotak rokok je

    ReplyDelete
  9. Produk berguna & sesuai untuk lelaki. senang bawa bila travel.

    LiaHasty
    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  10. cool tu best juga baunya. Anak-anak dah book sorang satu.

    ReplyDelete
  11. Sekarang lebih mudah dgn Dashing Anytime EDT ni, kemana shj berbau harum.. best :)

    ReplyDelete
  12. memudahkan untuk dibawa kemana mana. letak dlm poket dah settle btw follow sini 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah ringan dan wangi...boleh belikan untuk adik abang ayah dan tersayang hehe

      Delete
  13. paling suka bau yg kaler hitam tu.. mmg sangat convenient sbb kecik boleh letak dalam poket ja..

    ReplyDelete
  14. model tu dah nampak macam Sergio Aguero..hehe

    ReplyDelete
  15. Mudah nk bawa merata-rata...

    ReplyDelete
  16. Wangi betul bau dia....dan praktikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli untuk encik suami kak marsha

      Delete
  17. makin wangi laa abg arz. ehhh! Nak 1 boleh ? nak kasi kat pakwe. kahkahkah
    hai hai. lama tak jalan sini . sihat tak ? puteri mana puteri. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah ada pakwe...hehe alhamdulillah cik puteri sihat cuma kurang sikit entri mengenai dia...insyaallah sikit masa lagi ada cerita terbaru mengenai cik puteri

      Delete
  18. Memang suka dengan bauan dashing ni. bau2 maskulin gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak dulu lagi...wangian dashing memang terkenal dengan bauan maskulin

      Delete
  19. senang benda ni senang simpan senang bawak p mana2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...