Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi
Reunion Sekolah merupakan suatu majlis yang sangat dinanti-nantikan selepas meninggalkan bangku sekolah. Bertemu kembali sahabat lama dan mengeratkan tali siratulrahim. Sudah tentu banyak kenangan manis dan pahit mungkin juga lucu dikongsi semula. Walaupun ada yang mengatakan reunion sekolah banyak keburukan terutama buat mereka yang telah berkahwin. Ianya bergantung pada niat kita dalam melakukan sesuatu perkara. Jika niat kita baik insyaallah segalanya akan berjalan dengan baik begitu juga sebaliknya.
![]() |
Reunion sekolah dan Majlis Resepsi |
Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis resepsi Sharnaaz Ahmad di Pulau Pinang dan secara kebetulan menjadi reunion sekolah. Ada antara rakan sekolah yang tidak pernah bertemu sejak meninggalkan sekolah tetapi dipertemukan disini. Memang agak lama sejak 2001 hampir 16 tahun tak berjumpa. Sukar digambarkan. Ada yang sudah berubah wajah, ada yang berjambang, ada yang tiada rambut dan paling menyedihkan ada yang telah pergi meninggalkan kami. Allah lebih menyayangi mereka. Al-fatihah.
Bercakap mengenai Reunion, pernah juga merancang untuk diadakan majlis ini supaya dapat mengerat dan bertemu semua rakan-rakan tetapi tidak berhasil. Adapun sekali sebelum ini ketika perlawanan futsal bersama senior sekolah. Tetapi masa sangat-sangat singkat untuk bersembang dan sebagainya.
Mungkin ada yang berkata susahnya nak reunion. Walaubagaimanapun kita kena faham hari berganti hari ada yang sudah mendirikan rumahtangga, ada yang sudah mempunyai anak 3 4 mahupun 5. Ini bermakna komitmen semakin banyak. Ada yang bekerja 12 jam, ada yang bekerja siang ada yang bekerja malam serta bermacam-macam lagi.
Alhamdulillah dengan sedikit waktu dapat bertemu rakan sekolah di majlis resepsi baru-baru ini. Mula terasa umur kembali ke 15 tahun. Perangai masing-masing tak berubah. Masing-masing dah berjaya dalam kerjaya tersendiri. Ada yang di bekerja di sektor awam, ada yang bekerja di sektor swasta seperti pengilangan, perbankan, ada juga berniaga sendiri dan macam-macam lagi.
Syukur melihat semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Hampir terlupa tidak kira apa pandangan orang terhadap reunion sekolah, reunion bersama rakan sekolah ini pastinya tiada isteri yang akan cemburu kerana di sekolah kami hanya ada pelajar LELAKI.
Jumpa lagi terima kasih kerana sudi membaca Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi