Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi

Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi

Reunion Sekolah merupakan suatu majlis yang sangat dinanti-nantikan selepas meninggalkan bangku sekolah. Bertemu kembali sahabat lama dan mengeratkan tali siratulrahim. Sudah tentu banyak kenangan manis dan pahit mungkin juga lucu dikongsi semula. Walaupun ada yang mengatakan reunion sekolah banyak keburukan terutama buat mereka yang telah berkahwin. Ianya bergantung pada niat kita dalam melakukan sesuatu perkara. Jika niat kita baik insyaallah segalanya akan berjalan dengan baik begitu juga sebaliknya.

Majlis resepsi Sharnaaz Ahmad Penang, bahayakan reunion sekolah, reunion sekolah di majlis resepsi, reunion sekolah kembali eratkan siratulrahim, kebiakan reunion sekolah,
Reunion sekolah dan Majlis Resepsi

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis resepsi Sharnaaz Ahmad di Pulau Pinang dan secara kebetulan menjadi reunion sekolah. Ada antara rakan sekolah yang tidak pernah bertemu sejak meninggalkan sekolah tetapi dipertemukan disini. Memang agak lama sejak 2001 hampir 16 tahun tak berjumpa. Sukar digambarkan. Ada yang sudah berubah wajah, ada yang berjambang, ada yang tiada rambut dan paling menyedihkan ada yang telah pergi meninggalkan kami. Allah lebih menyayangi mereka. Al-fatihah.

Bercakap mengenai Reunion, pernah juga merancang untuk diadakan majlis ini supaya dapat mengerat dan bertemu semua rakan-rakan tetapi tidak berhasil. Adapun sekali sebelum ini ketika perlawanan futsal bersama senior sekolah. Tetapi masa sangat-sangat singkat untuk bersembang dan sebagainya.

reunion sekolah mbs penang, reunion sekolah, methodist boy school penang 2000,
Reunion dan futsal
Mungkin ada yang berkata susahnya nak reunion. Walaubagaimanapun kita kena faham hari berganti hari ada yang sudah mendirikan rumahtangga, ada yang sudah mempunyai anak 3 4 mahupun 5. Ini bermakna komitmen semakin banyak. Ada yang bekerja 12 jam, ada yang bekerja siang ada yang bekerja malam serta bermacam-macam lagi. 

Alhamdulillah dengan sedikit waktu dapat bertemu rakan sekolah di majlis resepsi baru-baru ini. Mula terasa umur kembali ke 15 tahun. Perangai masing-masing tak berubah. Masing-masing dah berjaya dalam kerjaya tersendiri. Ada yang di bekerja di sektor awam, ada yang bekerja di sektor swasta seperti pengilangan, perbankan, ada juga berniaga sendiri dan macam-macam lagi.

Syukur melihat semuanya berjaya dalam bidang masing-masing. Hampir terlupa tidak kira apa pandangan orang terhadap reunion sekolah, reunion bersama rakan sekolah ini pastinya tiada isteri yang akan cemburu kerana di sekolah kami hanya ada pelajar LELAKI.

Jumpa lagi terima kasih kerana sudi membaca Reunion Sekolah Di Majlis Resepsi

{ 22 comments.. read them below or add one }

Lea Azleeya Lea Azleeya 14 Apr 2017, 08:13:00
Seronok juga jumpe kengkwn lama.. x pernah berkesempatan nk join reunion setakat ni... Dgr dorg bercerita jerk.
aRzMoHa aRzMoHa 14 Apr 2017, 09:40:00
Itulah bila dah berkahwin semuanya memang susah nak berjumpa duduk.sekali sembang sembang ni
aRzMoHa aRzMoHa 14 Apr 2017, 09:41:00
Kat atas kak tini hehe...

Gambar majlis resepsi kena tengok di Instagram tuannya...
aRzMoHa aRzMoHa 14 Apr 2017, 09:41:00
Best dapat jumpa kawan-kawan lepak bersama...
dear anies dear anies 14 Apr 2017, 10:32:00
ooo 1 sekolah dgn shaarnaz rupanya....
Mazni Munawar Mazni Munawar 14 Apr 2017, 12:33:00
wah 1 sekolah dgn Sharnaaz Ahmad rupanya
dulu dia masa kat sekolah macam mana? kelakar ke atau mcm lan todak? hahaha xD
...in the swim... ...in the swim... 14 Apr 2017, 13:04:00
School reunion adalah satu perjumpaan nostalgic. Elok menghadirinya supaya tidak rasa ketinggalan.
Hero Borneo Hero Borneo 14 Apr 2017, 15:33:00
saya pun teringin nak jumpa kawan-kwan sama sekoah dulu..
PeRdU cINta PeRdU cINta 14 Apr 2017, 19:07:00
Reunion nilah masa untuk kongsi macam-macam perkara..nikmat luar biasa...kalau tak dapat reunion face to face...sembang digroup wassaap pun dah berbunga2 hati.. :)
aRzMoHa aRzMoHa 15 Apr 2017, 19:41:00
Di Ig dan FB arz ada juga arz kongsikan...
Nor Marshaliza Shaidan Nor Marshaliza Shaidan 16 Apr 2017, 12:09:00
Part last tu best...macam akak pun sek semua perempuan...hihihi
zarul farhana zarul farhana 16 Apr 2017, 15:47:00
wahhhh satu sekolah ngan shanazz la..
Pha Is Pha Is 16 Apr 2017, 22:55:00
untung ler, kawan dengan retis.. hahaha
raihanah raihanah 17 Apr 2017, 09:43:00
best gi reunion, jumpa kawan2 lama
Fairuz Aqilah Fairuz Aqilah 17 Apr 2017, 15:54:00
Sekarang musim kahwin, tapi susah nak dapat kumpul ramai-ramai memandangkan masing-masing ada komitmen sendiri tak boleh berlama-lama. 😊
Amanda Suria Amanda Suria 18 Apr 2017, 07:03:00
Wahhh..satu sekolah dengan Shahnaaz rupanya...
Noriza Rahman Noriza Rahman 20 Apr 2017, 15:33:00
Baguslah isteri tak cemburu kan? sebab semua kawan lelaki...hehe
hainom OKje hainom OKje 20 Apr 2017, 22:45:00
Awak satu sekolah dgn Sharnaaz ka Arz....huiii artis tu hihi....
Tp yelah, seronok juga bila sesekali reunion ni, terkenang zaman nakal noh hihi..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih