Fakta Mengenai Supermoon 14 November Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Mengenai Supermoon 14 November Yang Perlu Anda Tahu

Supermoon yang berlaku semalam iaitu 14 November 2016 yang dikatakan berlaku 18 tahun sekali berlaku pada jam 7:24 pm sehingga 9:52 pm. Mungkin ramai juga telah kongsikan gambar mengenai Supermoon yang boleh dilihat di media sosial dan juga secara 'live'. Jadi entri kali ini cuma nak kongsikan fakta mengenai Supermoon yang mungkin anda belum tahu. Sekadar perkongsian.

Fakta mengenai Supermoon, fenomena supermoon, bulan penuh perigee, 14 november 2016,
arzmoha | Sumber

Gambar diatas diambil bukan ketika fenomena Supermoon. Ianya diambil dari entri yang lalu.

Fakta Supermoon 14 November 2016

Fakta yang perlu kita tahu mengenai Fenomena Bulan Penuh Supermoon 14 November 2016.

1. Perkataan SUPERMOON tidak pernah wujud dalam istilah Astronomi.

2. Istilah SUPERMOON dipopularkan oleh seorang ahli astrologi dan menjadi viral.

3. Ketika kejadian ini bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi dan dipanggil
Perigee. Kejadian ini sebenarnya dinamakan Bulan Penuh Perigee

4. Jarak Bulan ketika kejadian fenomena ini adalah 356511 km dari Bumi

5. Kejadian Perigee berlaku sekali setiap bulan pada tarikh-tarikh berbeza.

6. Bulan Penuh kali ini kelihatan sedikit lebih terang dan lebih besar berbanding sepanjang tahun.

7. Saiz bulan tetap sama samada ketika terbit mahupun ketika tegak di atas kepala sekiranya kelihatan lebih besar ianya dipanggil Moon Illusion.

8. Supermoon kali ini lebih besar dan terang sejak 1948. Ini bermakna kejadian Supermoon semalam adalah yang paling super dari biasa.

9. Supermoon seterusnya adalah pada 25 November 2034.

10. Setiap kali bulan penuh akan berlaku air pasang besar. Tetapi ketika fenomena Supermoon ianya dijangka air pasang besar yang membuatkan semua berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Syukur alhamdulillah tiada sebabrang kejadian air pasang sehingga ke darat di dengari semalam. Sama-sama kita doakan dijauhkan dari segala bencana mahupun malapetaka.

Sumber rujukan utama dan dipercayai

FALAK ONLINE

Semoga info dan fakta mengenai Supermoon ini sedikit sebanyak memberi kita pengetahuan mengenai kejadian alam semesta ini dan khasnya buat mereka yang meminati bidang ini.


Jumpa Lagi.

{ 35 comments.. read them below or add one }

aswaleyla aswaleyla 15 Nov 2016, 12:18:00
lepas ni supermoon umur lela dah 40 tahun . huhuhu
Inani Hazwani Inani Hazwani 15 Nov 2016, 12:36:00
Banyak jugak fakta supermoon ni yang Nani baru tahu :)
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 15 Nov 2016, 12:41:00
Tak nampak pun semalam.. alaaa
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 12:52:00
hujan ka semalam...samalah kita...
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 12:53:00
samalah...arz juga baru tahu...
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 12:53:00
semoga dipanjangkan umur kita untuk melihat kejadian alam yang menampakkan kekuasaan Allah
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 12:53:00
terima kasih kak suria sudi singgah sini
Unknown Unknown 15 Nov 2016, 13:28:00
Thanks info nya
Kat Brunei pun mendung dan berawan
Mmg tk jelas sngt
Mrs. A Mrs. A 15 Nov 2016, 14:38:00
Kat tempat Mrs. A hujan tak dapatlah nak tengok
dear anies dear anies 15 Nov 2016, 15:03:00
xdpt tgk smlm cuaca mendung ;-(
mek yunie mek yunie 15 Nov 2016, 15:59:00
perigee istilah scietificnya.
aizamia3 aizamia3 15 Nov 2016, 15:59:00
Semalam hujan sampai ke malam.. dan bila dah sibuk dengan rutin di rumah terus lupa pasal supermoon ni.. eemm.. takdak rezeki nak tengok walau sipi2..
PCL PCL 15 Nov 2016, 16:09:00
Eh saya dekat angkasa pun tak dapat tengok bulan semalam. Perkongsian Info bermanfaat.
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 16:28:00
tak dapat tengok juga ka PCL...hujan ya?
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 16:29:00
itulah mendung dan hujan di banyak tempat di Malaysia...Perlis Terengganu ramai dapat tengok dengan jelas
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 16:30:00
itulah tempat saya pun tak dapat tengok dengan jelas...tapi ada rakan dari Perlis dan Terengganu dapat tengok dengan jelas...
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 16:30:00
perigee bukan perigi hehehe
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 16:34:00
samalah kita...tak dapat tengok
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 16:35:00
banyak tempat dihujani rahmat
arzmoha arzmoha 15 Nov 2016, 16:35:00
semoga yang akan datang kita dapat lihat dan menghayati kejadian alam ini insyallah
Cik Nor Cik Nor 15 Nov 2016, 17:26:00
cik nor super pening mlm td..sakit kpala..hehe
MisDiarios MisDiarios 15 Nov 2016, 21:15:00
takde rezeki nak tengok supermoon semalam sebab hujann. :(
Mimin Adam Mimin Adam 15 Nov 2016, 23:10:00
MasuaAllah, subahanallah. Cantik betul supermoon ni
Amin Hakim Amin Hakim 16 Nov 2016, 01:29:00
Tengok supermoon kt fb je malam semalam.. malas nak keluar rumah tengok langit..
Nor Azimah Ali Nor Azimah Ali 16 Nov 2016, 06:23:00
Salah satu tanda yg hampir tabda-tanda kiamat besar.
Kamsiah yusoff Kamsiah yusoff 16 Nov 2016, 07:09:00
akak dah standby....bateri dslr dah fully charge,,tau2 hujan turun dari pukul 2 ptg sampai ke dinihari..alangkah kuciwanya..
Mazni Azmi Mazni Azmi 16 Nov 2016, 10:29:00
Ada lah besar sikit saiznya dari biasa. Alhamdulillah dapat lihat
Cik Itah Cik Itah 16 Nov 2016, 11:29:00
tak dapat tengok haritu..hujan lebat huhu

ps nice info..thanks for sharing!
irdagarmin irdagarmin 16 Nov 2016, 18:37:00
thanks for info..baru tahu..siyess irda tak tahu tentang ni cuma org banyak dok update fb...baru tahu tentang fenomena tu..mak aihh lama lagi 2034..masa tu hidup ke.tidak irda tu..huhu
Keyk Hu Keyk Hu 16 Nov 2016, 21:21:00
menarik. rasanya ramai tak tahu tentang fakta sebenar tentang bulan ni.
Uncle Zuan Uncle Zuan 17 Nov 2016, 11:23:00
fenomena supermoon yang luarbiasa. thanks atas info :D
Hoho Hoho 19 Nov 2016, 20:12:00
Reen tak dapat tgk supermoon.. Awan menutupi langit. Syg.. Syg..
raihanah raihanah 21 Nov 2016, 09:05:00
wah, memang bagus fakta ni. 300ribu++ jarak tu kira paling hampirlah setakat nikan

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih