Skip to main content

Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus Antara Nasi Kandar Paling Sedap Di Penang

Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus Antara Nasi Kandar Paling Sedap Di Penang

Kalau bercerita mengenai nasi kandar tentunya Pulau Pinang adalah syurga nasi kandar terbaik di Malaysia. Kalau nak makan nasi kandar yang sedap, sempoi dan terbaik kena tanya orang Pulau Pinang sebab di negeri ini ada bermacam-macam nasi kandar. Kali ini aRz nak kongsikan mengenai Restoren Nasi Kandar Mohamed Raffee yang terletak di Pulau Tikus. Ianya boleh dikategorikan antara nasi kandar yang paling sedap di Pulau Pinang. Jom baca lagi kalau nak tahu lebih lanjut apa menu istimewa dan lokasi sebenar....

nasi kandar raffee pulau tikus penang, nasi kandar sedap di penang, tempat makan best di penang, nasi kandar menarik di pulau pinang, restoren mohamed raffee nasi kandar, nasi kandar mohamed raffee penang,
Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus

Macam aRz kongsikan di atas tadi, kalau nak makan nasi kandar yang best, sedap atau sempoi kena tanya orang Pulau Pinang. Kadang tengok orang luar datang ke kesini asyik mencuba nasi kandar yang sama. Adakala kena cuba sesuatu yang lain yang jarang di viralkan di media sosial. Antaranya nasi kandar raffee ini. Kalau dulu sebelum berkahwin, tempat ini selalu menjadi lokasi lepak pada malam hari.

gambar nasi kandar raffee batu gantong, nasi kandar raffee sejak 1959,
Gambar warung Nasi Kandar Raffee suatu ketika dahulu di Batu Gantong | sumber

Nasi kandar Raffee juga sebenarnya sudah beroperasi sejak 1959. Gambar di atas merupakan lokasi lama di batu gantong. Entah tahun bila dikongsikan semula di Facebook milik mereka sendiri.

Setiap nasi kandar di Penang biasanya mempunyai tarikan tersendiri dan tak sama, ada yang menarik pada menu utama contoh ayam goreng, daging, telur bawang dan ada juga yang menarik dari segi kuahnya pekat atau cair. Tetapi itu kelebihan masing-masing.

Apa Menu Menarik di Nasi Kandar Mohamed Raffe Pulau Tikus?

Biasanya orang tanya apa yang menarik kat sini? Macam baru ni bawa kawan sepejabat ke sini depa (mereka) tanya soalan macam tu. Bagi aRz secara peribadi yang memang suka ayam goreng, Ya....ayam goreng yang berwarna merah mungkin diperap dengan rempah membuatkan terasa perghhhh memang best. (tengok gambar dibawah)

menu istimewa nasi kandar raffee pulau tikus, ayam goreng, nasi kandar raffee pulau tikus penang, nasi kandar mohamed raffee penang, nasi kandar sedap di penang, makan best di penang,
ayam goreng istimewa nasi kandar raffee
Sekadar nak berkongsi dengan semua terutama orang luar sebenarnya antara menu nasi kandar yang sebenar atau kebiasaan orang dulu-dulu zaman arwah abah mula memperkenalkan dengan nasi kandar ni adalah berlaukkan " daging + telur rebus " atau tambah bendi beserta kuah campur. Tapi biasalah semakin hari menu mula bertambah. aRz juga mula berubah meminati ayam goreng.

Antaranya menu yang ada macam kari ayam, ayam masak madu, kari ikan, kari daging, telur bawang, ayam goreng dan macam-macam lagi. Kalau ke sini aRz biasanya memilih ayam goreng, telur bawang, kuah campur dan jangan lupa bagitau "kuah daging sikit". Banyak nasi kandar di pulau pinang memang mempunyai kuah atau kari daging yang sedap atau penaik selera.

bungkus nasi kandar raffee, nasi kandar raffee pulau tikus penang, makan best di penang, antara nasi kandar best di penang, senarai nasi kandar best dan terbaik di penang,
Payung sikit gambar nasi kandar raffee yang dibungkus
Lupa pula nak cerita ambil lauk macam aRz pilih ( ayam goreng + telur bawang) harga terkini ( mungkin berubah dimasa akan datang) adalah RM 9. Bagi aRz berbaloi sebab ayam goreng sangat besar iaitu dari bahagian atas paha dan paha. Sebenarnya kalau ambil ayam goreng saja pun dah cukup sebab bahagian ayam dan cukup besar. 

nasi kandar raffee pulau tikus penang, nasi kandar sedap di penang, nasi kandar sejak 1959, nasi kandar pilihan orang pulau pinang,
Nasi kandar Raffee yang dibungkus

Lain orang lain rasa, lain orang lain cara. Ada yang meminati kuah kari ikan, ada yang meminati kuah kari ayam, ada juga suka kari daging. Betul tak? Tak mustahil juga ada yang suka makan di terus di warung atau kedai ada juga yang suka bungkus. Ada yang suka makan panas-panas ada yang suka tunggu sejuk dahulu tak ada hal pilih yang mana anda suka....bagi aRz kesemuanya pernah dicuba mengikut keadaan dan masa.

sebelum terlupa...Tak perlu terburu-buru Nasi kandar Raffee dibuka 24 jam....ada juga cawangan lain di Beach Street ( Lebuh Pantai ) tutup pada hari Sabtu dan Ahad...

Lokasi Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus Penang

Dari awal lagi dah sebut Pulau Tikus Penang. Cuma kali ini aRz sertakan peta dari google untuk memudahkan anda untuk mengenalpasti lokasi sebenar. Sebabnya jalan raya sekitar nasi kandar ini dah berubah kepada satu hala. Tempat letak kereta juga agak terhad pada waktu bekerja. Rancang perjalanan supaya memudahkan juga anda nanti.


Tak semestinya yang ramai orang itu sedap. Di Penang ada banyak warung atau restoren yang sedap dan lain rasa dari yang lain. Sebenarnya nasi kandar ini murah kalau tahu lauk yang sepatunya di cuba. Sekiranya bercuti ke Pulau Pinang jangan lupa mencuba Nasi Kandar Mohamed Raffee atau lebih popular panggilan nasi kandar raffee Pulau Tikus.

Ada masa aRz kongsikan lagi nasi kandar yang terbaik di Penang.

Selamat menjamu selera dan jumpa lagi.

Comments

  1. ayamnya merah menawan..mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam dia berwarna merah menawan buat teringat-ingat hehe

      Delete
  2. kat situ ada yang kata specialty dia AYAM GULAI.. siap ada ofismate yg review kata ayam gulai kat situ MELTS IN YOUR MOUTH!.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu dah tengok ayam gulai...tapi ayam goreng kemerahan memanggil manggil hahahah...

      Delete
  3. hari tu pi ada customer beratur kat depan tanya ada ayam gulai tak, dia kata ayam gulai x siap lagi tengah masak, lagi 10 minit. customer tu sanggup pi beratur kat belakang balik tunggu ayam gulai dia siap, baru buh nasi kandaq.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia aih....ni mesti selalu try ayam gulai saja ni....

      Delete
  4. Lama tak makan nasinkamdar penang di tanah penang. Sejak habis belajar dah 8 tahun. Baca rebiew ni terbau aroma larintu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya memang tak sama nasi kandar di penang dan diluar penang...walaupun ada cawangan tetap tak sama...tak tahu kenapa

      Delete
  5. Terliurnyaaa tengok. Tasabaaar nak ke Penang bulan satu nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang ke penang....banyak nasi kandar yang terbaik di penang ni

      Delete
  6. Replies
    1. memang sedap tapi tak boleh selalu hehe

      Delete
  7. Saya mula tak mahu komen. Tetapi tak tahan dengan gambar ayam tu. Masa saya muda dulu biasa duduk di tanjung (faham kan). Balek sekolah lalu kedai nasi kandaq. Terlior saja. Duit tak ada. Bau nya saja buat perut satu macam. Gambar ayam goreng dan kuah meleleh tu kurangnya cuma tidak boleh bau saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanjung mesti faham...hehehe owh tinggal sini rupanya....

      saya pun masa kecil kurang nasi kandar...sebab lebih banyak makan di rumah...

      bila dah bekerja baru banyak makan luar

      Delete
  8. Mgkn sebab akak bukan asal Penang, kurang gemar jika kuah melimpah nasi, mungkin boleh cuba jika ke sana..

    (Yg ni hello2 aRz gayanya, hu3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah sila lah....

      sampai penang call atau whatsapp kak...kalau boleh maklum awal... hehe

      Delete
    2. Nnt aRz WA akak ya, byk no terdelete, ntah naper.. ~_^

      Delete
    3. Nnt aRz WA akak ya, byk no terdelete, ntah naper.. ~_^

      Delete
  9. pak cik sy ddk kt pulau tikus. kalu sy dtg dia mmg belikan nasi kandar... tp xtau laa dari kedai mn dia beli mgkn kedai ni kot..

    ReplyDelete
  10. masuk list food hunt. tapi tataw bila boleh p

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas informasinya yang sangat penting izin shared buat belajar di rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...