Pantai Penarik Yang Cantik Di Terengganu
Pantai Penarik antara pantai yang cantik terletak di kampung penarik, permaisuri, Terengganu. Setiap mata yang memandang pantai yang putih beserta laut yang membiru ini pasti akan jatuh cinta. Sekiranya anda ingin ke Kuala Terengganu dari arah Kelantan, sila pilih lalui persisir pantai untuk melihat kecantikan pantai penarik ini. Ianya juga salah satu tempat menarik di Malaysia. Sekitar pantai ini terdapat banyak kedai yang menyediakan hidangan Ikan Celup Tepung dan juga Sotong Celup Tepung.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Pantai Penarik B&W |
Salam, minggu lalu pulang ke kampung halaman isteri di terengganu dan terpaksa bersabar dengan keadaan line Umobile disana yang hanya 'gprs', mungkin ia masih baru disana. Rasa macam terputus hubungan sementara. Tetapi apapun dah kembali dan bolehlah 'update' skit blog. Seperti sebelum ini saya terangkan perjalanan dari utara ke Terengganu (Kuala Terengganu) memakan masa 8 jam.
Sebenarnya di Terengganu sekarang ini cuaca agak panas, kemarau agak teruk sehingga menyebabkan berlaku kebakaran di beberapa tempat sehingga berbau asap. Tetapi waktu sebegini agak memuaskan bila ambil gambar. Kalau tengok gambar di atas tu adalah Pantai Penarik, mmg cantik kan?
Entry kali ni nak share sedikit sebanyak gambar di Terengganu. Semoga anda semua berpuas hati :)p/s: dibenarkan untuk 'copy' gambar ini untuk diguna pakai di blog anda tanpa membuang 'watermark'. Berilah kredit untuk saya sikit :)
Bersambung.... ada lagi update
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Pantai Penarik memang menarik |
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Pantai Penarik, Terengganu |
Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Pulang ke Kampung Halaman Isteri yang berkongsi gambar Pantai Penarik yang cantik di Terengganu.