Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit dan Lain-Lain

Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharat dan Bala Bencana Seperti Penyakit Wabak


Assalamualaikum. Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit Coronavirus. Perkongsian ini adalah disebabkan isu yang sedang hangat di sekeliling kita. Ada yang berkongsi mengenai Coronavirus ( 2019-nCoV) yang mana setakat ini 4 kes di Malaysia melibatkan kes import dan jumlah keseluruhan kes adalah 4474 ketika ini. Ada juga yang berkongsi mengenai pemandu mabuk.

Perkara-perkara ini sesuatu yang diluar jangkaan kita. Ianya juga sesuatu yang memudharatkan. Sekiranya kita risau dengan perkara yang memudharatkan seperti pemandu mabuk dan sebagainya maka sebelum memulakan perjalanan amalkan doa yang telah dikongsikan sebelum ini.

Klik >>> Doa Ketika Ingin Memulakan Perjalanan atau Doa Ketika Menaiki Kenderaan <<<

Doa Menghindarkan Diri Dari Wabak Penyakit Seperti Coronavirus

Islam adalah cara hidup yang lengkap. Apabila terjadinya wabak penyakit, bala dan perkara memudharatkan seperti wabak coronavirus lalu kita perlulah membenteng diri dengan doa dan langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa. 

Diantara doa yang boleh diamalkan seperti yang diajarkan oleh Nabi dan disampaikan oleh para ustaz serta Mufti WP iaitu doa menghindarkan diri daripada perkara yang memudharatkan. Virus ini berlaku dengan izin Allah jadi sebaiknya kita perlu kembali kepada Allah meminta pertolongan dariNya mudah-mudahan kita semua rakyat Malaysia terhindar dari virus dan wabak penyakit.

Doa adalah ibadah yang menghubungkan hamba dengan Allah SWT. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari wabak penyakit yang merbahaya dan menguniakan keselamatan di dunia dan di akhirat.

1. Doa 'bismillahilladzhi la yadurru....
baca doa ini 3 kali selepas subuh dan 3 kali selepas asar

doa hindar perkara memudharatkan wabak penyakit
Doa Menghindarkan Perkara-Perkara Memudharatkan 1

2. Doa elak perkara memudharatkan ' Auzdhu bikalimatillah hittamaati min sharrima kholaq'

Baca ketika waktu petang (malam)

doa elak perkara memudharatkan, doa elak wabak penyakit, coronavirus,
Doa Menghindarkan Dari Perkara memudharatkan seperti Penyakit Wabak Bala

3. Doa Memohon Keselamatan Di Dunia dan Akhirat ' Allahumma inni...
Doa memohon keselamatan didunia dan akhirat

4. Doa Hindar Penyakit Sopak Kusta Gila dan Penyakit Buruk ' allahumma inni auzubika minal barasi.... '

doa elak penyakit sopak gila kusta dan penyakit buruk, doa elak coronavirus, doa elak perkara memudharatkan,
doa berlindung penyakit sopak gila kusta penyakit buruk

Amal 4 doa ini setiap hari dan ajaklah anak-anak kita baca bersama-sama atau kalau dapat hafal itu lebih baik. Apa yang lebih baik dalam masa sama kita dapat mendidik anak-anak kita melazimi berdoa. Meletakkan Allah paling utama.

Doa yang pertama juga boleh dibaca ketika sebelum memandu kenderaan. Begitu juga apabila kita risau dengan keselamatan anak-anak kita ketika di sekolah dalam keadaan wabak sedang melanda atau risau keselamatan ketika di sekolah didik anak kita membaca doa-doa ini paling tidak doa yang pertama. Insyallah, Allah pelihara.

Mendengar keadaan wabak penyakit coronavirus dan melihat keadaan di Wuhan sendiri membuatkan saya sendiri merasa risau dengan apa yang berlaku. Tiada siapa dapat menyelamatkan kita sekiranya penyakit seperti ini melanda melainkan Allah yang memelihara kita.

Apa yang mampu kita lakukan adalah mengamalkan Langkah-Langkah Pencegahan Penyakit.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa kongsi pada keluarga dan sahabat semoga memberi manfaat pada orang lain kerana berkongsi itu percuma. Keluarga sihat hati bahagia.

Comments

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah atas perkongsian. sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. Doa.Usaha.Tawakkal.
    Moga setiap doa yang diamalkan menjadi benteng kepada diri kita dan keluarga kita.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. Semoga kita semua dilindungi dari segala marabahaya yang tak diingini, inshaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih