AMAL 3 TIPS INI SUPAYA SELAMAT MENAIKI KENDERAAN KETIKA PERJALANAN BALIK KAMPUNG ATAU BERCUTI

TIPS SUPAYA SELAMAT KETIKA MENAIKI KENDERAAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG | DOA NAIK KENDERAAN


Assalamualaikum. Sedikit tips supaya kita semua selemat ketika perjalanan balik kampung atau ke sesuatu tempat. Dimana kita sering mendengar kes kemalangan terutama menjelang hari perayaan dan sebagainya. Sudah semestinya kita mahukan perjalanan yang selamat supaya dapat bertemu orang yang tersayang di kampung halaman. Tiada siapa yang boleh jamin yang dia akan selamat walaupun hanya tinggal beberapa meter saja untuk sampai ke destinasi. Jadi saya kongsikan Tips Selamat Balik Kampung ketika menaiki kenderaan.

Tips selamat dalam perjalanan balik kampung menaiki kenderaan, doa naik kenderaan, tips selamat menaik kenderaan ketika balik kampung, gambar cantik, arzmoha, puncak titiwangsa,
Doa dan tips selamat dalam perjalanan balik kampung menaiki kenderaan


Tips ini dikongsikan oleh Ustaz Jafri Abu Bakar, yang mana diajarkan oleh para Ulama dengan memohon pertolongan dari Allah supaya kita selamat sampai ke destinasi ketika menaiki kenderaan. Tips ini tidak lain adalah DOA. Doa adalah senjata umat Islam. Sebagai seorang Muslim kita tidak dapat elak daripada berdoa. Doa adalah ibadah.

Nabi Shallallah ‘Alaihi Wasallam pernah berpesan kepada Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, “Idza sa’alta fas’alillah wa idza ista’anta fasta’in billah” (kalau engkau meminta, mintalah kepada Allah; kalau engkau memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah). [HR. At Tirmidzi, disebut dalam Arbain An Nawawiyah, hadits no. 19]

Tips Supaya Selamat Menaiki Kenderaan Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung | Doa Naik Kenderaan


Kita ini adalah hamba Allah. Bila sebut hamba bermakna kita lemah, kita tak punya apa-apa. Makan disebabkan ketidakdayaan kita kelemahan kita jadi hendaklah kita memohon doa supaya selamat dalam sesuatu keadaan. Dalam situasi ini kita memohon supaya selamat dalam perjalanan ketika menaiki kenderaan.

Tips 1 :

Mulakan dengan menyebut nama Allah iaitu Bismillah. Bismillah ini kita sudah diajar dari kecil lagi supaya sentiasa menyebut sebelum melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan.

Jadi ketika masuk kenderaan mulakan dengan membaca Bismillah 



bismillah, basmallah, bismillahirahmannirrahim,
bismillahirahmanirrahim

Tips 2 :

Bacalah Doa Menaik Kenderaan. 

"Maha Suci Allah yang telah mengawal semuanya ini untuk kami, pada hal sebelum ini kami tidak menguasainya, dan sesungguhnya kepada tuhan jualah kami kembali.


tips selamat ketika menaiki kenderaan, 3 doa naik kenderaan, doa naik kenderaan, Subhanallazdhi sahqorolana,
Doa Naik Kenderaan

Tips 3 : 

Bacalah doa dibawah ini. Untuk doa ini kita diajarkan supaya membaca sebanyak 7x dengan tanpa ada gangguan. 

Sekianya ada gangguan contoh anak datang pada kita, atau bunyi telefon. Berhenti baca dulu uruskan apa yang sepatutnya dahulu kemudian ulang baca 7x tanpa ada gangguan. Insyaallah selamat sampai ke destinasi melainkan mati.

Kalau tidak silap ianya dipanggil doa pelindung bencana atau kejahatan. (Jika saya silap boleh perbetul di bahagian komen di bawah ya)

doa elak bencana kemudharatan, doa elak dari bencana, bismillahilladzi la yadhurru,
Doa perlindung dari bencana atau kejahatan

Tips 4 :

Tips 4 ini adalah tips tambahan. Ustaz Jafri ajarkan supaya membaca doa ini sekiranya kita hendak berhenti di sesuatu tempat atau RnR ( rawat dan rehat) untuk berehat. Baca sebelum keluar dari kenderaan untuk elak dari sebarang gangguan atau musibah yang tidak dijangka.

doa elak gangguan, doa elak pandangan jahat, auzdhubikalimatillah,
Semoga perkongsian ini membantu kita semua supaya selamat sampai ke destinasi sempena cuti perayaan atau ingin bercuti. Mudah saja nak hafal semua doa ini. Caranya adalah dengan mebaca setiap hari insyaallah dipermudahkan Allah untuk menghafal doa ini.

Seleas itu ajarkan pula pada anak-anak, sahabat handai, kawan, komunit dan sebagainya. Kongsikan saja.


Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi dan amal TIPS SUPAYA SELAMAT KETIKA MENAIKI KENDERAAN DALAM PERJALANAN BALIK KAMPUNG 

Comments

  1. insya allah akan dipraktikkan sbb lps ni nk blk kampung salam aidil adha!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah dengan pelindunganNya selamat kita semua dalam perjalanan hingga sampai ke destinasi.

    Terima kasih atas perkongsian ni :)

    ...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete
  4. doa adalah senjata kita umat ISlam.. Semoga semua kita di lindungiNya dari segala keburukan dan selamat sampai ke mana juga destinasi yang di tuju..aamiin

    ReplyDelete
  5. naik flight boleh jugak kan baca ptongan ayat ni ?

    ReplyDelete
  6. thank you abang Arz share.. selalunya kita baca dua atas tu je

    ReplyDelete
  7. Terima kasih share tips yg sgt bermanfaat ni

    ReplyDelete
  8. Im thankful for the blog article.Much thanks again. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do, your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian yang diberi, sangat bermanfaat

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih