ASAL DAN PUNCA CORONAVIRUS (2019-nCoV) DAN LANGKAH MELINDUNGI DIRI

ASAL DAN PUNCA NOVEL CORONAVIRUS DAN LANGKAH MELINDUNGI DIRI

Assalamualaikum. Coronavirus agak menggegarkan dunia hari ini. Ia dikatakan berasal dari Bandar Wuhan. Ada beberapa kes kematian di seluruh dunia dicatatkan di dunia. Beberapa coronavirus ditemui pada haiwan dan diketahui hnaya 6 yang boleh memberi kesan pada manusia. 

asal coronavirus

PUNCA CORONAVIRUS (2019-nCoV)

Punca coronavirus dikatakan berasal dari Wuhan, China dimana terdapatnya sebuah pasar yang menjual bermacam binatang eksotik disini seperti yang dikongsikan oleh CNN.  Dari kajian mendapati coronavirus juga dikatakan datang dari virus haiwan.

haiwan eksotik yang dikatakan dijual di pasar Wuhan 

Terdapat bermacam jenis haiwan yang dijual di sebuah pasar disini yang boleh disaksikan di youtube dan dikatakan dikongsi oleh mereka yang pernah singgah ke sana melalui Weibo

Dilihat jelas antaranya landak, koala, musang, tikus dan macam-macam lagi menurut satu sumber.

Apa yang kita lihat disebalik coronavirus ini melibatkan haiwan-haiwan yang berbisa dan bertaring yang mana semua haiwan ini adalah haram buat umat Islam. 

Tidak kira dari mana asal dan puncanya kita perlulah mengambil tindakan pencegahan dan langkah melindungi diri dari ancaman wabak Coronavirus (2019-nCoV).

LANGKAH MELINDUNGI DIRI DARI CORONAVIRUS (2019-nCoV)

Pertama sekali perlu diketahui simptom coronavirus ini adalah demam dan sesak nafas menurut -BH Online. Ianya juga adalah virus yang tidak pernah dijumpai pada manusia iaitu Novel Coronavirus.

Langkah melindungi diri adalah dengan 

1. Sebagai umat islam, kita wajib percaya bahawa virus atau sakit adalah makhluk Allah dan ia berlaku dengan izin Allah. Maka mohonlah perlindungan dari Allah SWT. Bacalah doa-doa khusus menolak bala. Lakukan juga solat hajat moga dijauhkan dari bala wabak ini.

2. Kerap mencuci tangan atau menggunatakn hand-sanitizer dan bawa bersama-sama sekiranya ke luar.

3. Elakkan sentuhan terus dengan haiwan luar, daging dan kandang, pasar menjual haiwan hidup, dan tempat sembelihan haiwan.

4. Elak mengunjungi tempat tumpuan ramai atau individu bergejala.

5. Menutup hidung dan mulut ketika bersinda batuk.

6. Gunakan 'face-mask' juga adalah sebaiknya

Semoga perkongsian ini memberi manfaat sebaiknya dalam melindungi diri dan keluarga dari wabak dan virus Novel Coronavirus (2019-nCoV). Elakkan dahulu ke tempat-tempat yang mempunyai ramai pengunjung buat seketika.

Perbanyakkan berdoa mudah-mudahan wabak ini segera hilang atau pulih sepenuhnya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi mengenai ASAL DAN PUNCA CORONAVIRUS (2019-nCoV) dan langkah melindungi diri.

Comments

  1. kena standby pakai mask sentiasa.
    doa banyak2 insyallah Allah lindung kita..

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua dilindungi daripada wabak penyakit ni. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Amalkan langkah2 kebersihan yang secukupnya..

    ReplyDelete
  4. Langkah kebersihan memang penting...bila cegah insyaAllah kita boleh elak

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih