Skip to main content

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

CARA HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH 

Assalamualaikum. Melihat keghairahan ibu bapa yang berkongsi mengenai anak-anak mula memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka iaitu sesi persekolahan. Ia pengalaman baru dan berbeza dari fasa sebelum ini. Anak-anak akan lebih berdikari tanpa ibu bapa. Jadi disinilah bermulanya mengapa saya kongsikan TIPS HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH atau CARA HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH.

Saya sendiri agak sibuk apabila anak mula memasuki sesi persekolahan sehingga kurangnya artikel yang sempat ditulis. Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Selepas berkongsi gambar atau video hari pertama sekolah akan ada episod yang lebih menarik apabila baju sekolah mula kotor. Kebiasaan kotoran degil. Biasalah kanak-kanak bila berjumpa kawan-kawan. Kita boleh nasihat supaya anak kita jangan kotorkan baju dan biasalah proses ini mengambil masa. Jangan marah mereka masih dalam pembelajaran ke fasa baru dalam kehidupan mereka.


tips hilangkan kotoran degil pada baju sekolah, cara hilangkan kotoran degil pada baju sekolah anak, cara paling berkesan hilangkan kotoran degil, cara paling mudahkan hilangkan kotoran degil,
Tips hilangkan kotoran degil pada baju sekolah

TIPS HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH / CARA HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH


Tanpa membuang masa, kita mesti menjadi cara penyelesaiannya. Antara kotoran ini biasanya kotoran dari makanan ataupun terjadi disebabkan terjatuh. Kadang basuh menggunakan mesin basuh tidak hilang. Jadi cuba gunakan tips dan cara hilangkan kotoran degil pada baju yang saya belajar dari arwah mak masa tinggal di asrama.

Cara ini paling berkesan hilangkan kotoran degil. Kalau masa saya belajar dulu kebiasaannya kotoran paling degil adalah di leher atau kolar. Macam mana caranya?

1. Sediakan sabun ketul. Sekarang rasanya dah kurang orang pakai sabun ni biasanya guna 'Shower gel' atau 'body wash'. Apa-apa saja jenama seperti sabun popinjay, lux, janganlah guna dettol pula mahal oo...

2. Basahkan bahagian baju yang kotor dan basahkan sabun ketul. Kemudian sapu pada bahagian kotoran.

3. Lipatkan bahagian kotor, dan gosokkan antaranya. Maksudnya tangan kanan pegang bahagian baju tangan kiri pegang bahagian baju dan gosokkan antaranya.

4. Kemudian basuh dan lihat hilang atau tidak. Nanti dah cuba jangan lupa tinggalkan komen.

5. Basuh dan perah kemudian masukkan ke dalam mesin basuh. Selesai.


Sekiranya ada yang telah mencuba dan menjadi jangan lupa kongsikan pada group-group whatsapp keluarga mahupun group sekolah agar yang lain pun dapat mencuba.

Bila baju sekolah anak kotor memang stresslah tengok keadaannya. Bila dah bersih alhamdulillah lega rasa. Jadi jangna lupa bantu orang lain untuk jumpa penyelesaiannya.

Selamat Mencuba.

P/s : Alhamdulillah Cik Puteri masuk Darjah 2 boleh dikatakan baju sekolah kurang kotor melainkan tudung sekolah ada sikit-sikit akibat dari terkena makanan. 

Comments

  1. Wah..btips yang ohsem..
    Tq atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Kaedah ini yang PC selalu guna sedari sekolah rendah lagi..mula-mula mama ajar..tengok kemudian praktikkan sendiri..hehehe..hinggalah sekarang.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sama seperti sebelum ini.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    ReplyDelete
  4. Haah, akk pun guna sabun mandi, cuma sabun mandi ketul ni dah tak banyak pilihan. Kawasan kolar mmg teruk kotornya dgn bahagian bawah tepi lengan baju, adoila.

    ReplyDelete
  5. Zaman dulu² mak ajaq guna sabun cap kapak.. Sabun ketul jugak

    ReplyDelete
  6. Memang guna cara ni nak basuh baju anak akak. Budak lelaki buasnya lebih daripada yang gegirl. Sekarang dah darjah 3, nampak macam kurang sikit kotornya.

    ReplyDelete
  7. Ha memang buat gini terutamanya baju taekwando .. tapi la ni ada gak campur dengan sabun atrees masa rendam. So kotoran suma tanggal kat baju sekolah. Taklah pengsan nak menyental bagai

    ReplyDelete
  8. memang berkesan kalau guna sabun buku ni. Kejap je hilangkan kesan dia berbanding guna cecair sabun basuh baju

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...