Pernah Cuba Nasi Kandar Sulaiman Yang Dibuka Jam 4 Pagi? Hanya Di Pulau Pinang

NASI KANDAR SULAIMAN PULAU PINANG DIBUKA JAM 4 PAGI

Assalamualaikum. Apa habaq? Boleh kata macam tak lengkap kalau bercuti atau sampai ke Pulau Pinang tanpa makan Nasi Kandar. Mana mungkin sama rasa kuah kari di sini dengan tempat lain. Kalau ada yang mengikuti Facebook atau Instagram saya, ada saya kongsikan gambar nasi kandar tapi tak bagitau dekat mana. Jadi inilah lokasi sarapan pagi hujung minggu. Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang yang dibuka jam 4 pagi.

nasi kandar sulaiman pulau pinang, nasi kandar unik, nasi kandar sulaiman dibuka jam berapa,
Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang

Nasi Kandar Sulaiman Air Itam Pulau Pinang Di Buka Jam Berapa?

Saya sendiri pun tidak pasti, samada semua orang Pulau Pinang pernah mencuba atau tidak di sini. Saya pun sebenarnya baru mencuba sebab waktu operasinya agak unik. Diperkenalkan oleh seorang kawan yang bungkus untuk sarapan pagi sampai jadi fevret sarapan.

Bila sedap makan, mula balik kongsi cerita dengan isteri. Itulah sebabnya pagi-pagi dah makan nasi kandar.

Sedap tak?

Setiap nasi kandar memang mempunyai rasa yang berbeza. Nasi kandar ini rasa lain nasi kandar itu rasa lain. Tetapi kuah karinya tidaklah terlalu pekat macam sesetengah nasi kandar di tempat lain. Susah nak komen melainkan datang cuba sendiri kuah kari yang mungkin memikat hati anda.

Berbalik pada soalan diatas macam saya kongsi pada tajuk artikel ini. Nasi Kandar Sulaiman buka jam berapa? Nasi Kandar Sulaiman dibuka pada jam 4 pagi sehingga jam 12 tengahari.


nasi kandar dibuka 4 pagi di pulau pinang, nasi kandar sulaiman, nasi kandar terbaik pulau pinang, jalan-jalan cari makan, nasi kandar pagi,
Nasi Kandar Sulaiman Pulau Pinang

Nasi Kandar Sulaiman dibuka pada jam 4.00 pagi - jam 12 tengahari.
Walaubagaimanapun bergantung kepada lauk yang berbaki. Jika habis awal, maka akan ditutup lebih awal lebih kurang jam 11 pagi.

Saya cadangkan datanglah pada jam 8.00 pagi. Kalau boleh datang lebih awal lebih baik. Lepas subuh terus kesini. Ada ka yang sanggup bangun awal semata-mata nak makan nasi kandar? Kenapa kena awal? Bila datang awal kuah masih panas, kuah yang panas atau suam lebih sedap lebih nikmat berbanding kuah yang sejuk. Itulah sebabnya.

nasi kandar sulaiman pulau pinang, nasi kandar dibuka jam 4 pagi, nasi kandar sulaiman dibuka jam berapa, nasi kandar unik pulau pinang,
Nasi Kandar Sulaiman

Cadangan Lauk di Nasi Kandar Sulaiman 

Macam biasa mesti akan ada orang tanya lauk apa sedap dekat sini. Tidak ada jawapan tepat, tetapi dari pemerhatian saya, bagi yang agak berumur lebih suka lauk ikan. Ikan yang telah digoreng terlebih dahulu kemudian dimasukkan ke dalam kuah kari.

Kalau tanya pendapat saya, saya lebih suka memilih daging + telur rebus + cili hijau. Kemudian kuah campur, jangan lupa kuah daging. Kebiasaannya diletakkan siap-siap.

 Ayam goreng? entahla bagi saya kalau nak makan ayam goreng mungkin boleh cuba di nasi kandar yang lain sebagai contoh Nasi Kandar Deen Maju, Nasi Kandar Raffee atau Nasi Kandar Ceri.

Kebersihan Tempat dan Keselesaan?

Secara jujur, keadaan kebersihan kedai agak bersih. Cuma mungkin pada cermin tempat letak lauk agak dipenuhi kuah kari yang kebiasaan ada pada setiap nasi kandar.

Nasi kandar ini tidaklah terlalu terkenal oleh sebab itu jumlah pelanggan pada satu-satu masa tidak begitu ramai. Jadi tidak sampai tahap nak kena 'cop' meja atau menunggu orang lain habis makan.

Mudah kata agak selesa untuk bawa keluarga makan di sini.

Lokasi Nasi Kandar Sulaiman

Nak bagi petua lokasi rasa macam susah. Tetapi kalau orang Penang, saya bagitau saja berhadapan penjara mesti dah tahu dekat mana. Cara paling mudah faham dan paling terbaik korang gunakan Google Maps untuk dapatkan panduan terbaik untuk ke sini.

Nasi Kandar Sulaiman
60, Jalan Air Itam, George Town, 10460 George Town, Pulau Pinang

Rasanya dibuka setiap hari.



Sebelum terlupa, parking kereta agak sedikit susah memandangkan Nasi Kandar Sulaiman tidak mempunyai tempat parking kereta. Jadi carilah parking berdekatan atau boleh letak di kawasan Masjid Jamek Shaik Eusoff dengan parking cuma RM 2 sahaja sekali masuk.

Boleh juga parking di sebelah Nasi Kandar ini iaitu di kedai bersebelahannya Kedai Tomyam Nurjaya. Sebab kedai ini dibuka pada lewat petang. Itupun kalau ada kosong.

Setakat ini dahulu. Semoga perkongsian ini membantu anda mencuba Nasi Kandar Sulaiman terbaik di Pulau Pinang. Jangan lupa kongsikan bersama sahabat dan keluarga. Jumpa lagi

Comments

  1. Kalau teringin nak makan, pukul 4 pagi pun sanggup pi ni...

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan premis nasi kandar kt penang susah benar nk dpt parking

    ReplyDelete
  3. Abang sepupu PC yang dah berhijrah ke PP..selalu dia cakap nasi kandar memang dah jadi satu menu wajib bagi dia..hehehehe..anaknya pun sebelum ni tak berapa suka..sekarang suka makan nasi kandar..

    ReplyDelete
  4. 4 pagi dh buka dh. ..Awai betul. ..

    ReplyDelete
  5. I haven't any word to welcome this post.....Really i am inspired from this post...Join Origin Access Premier and get sims 4 news Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories. Plus, get access to a library ..

    ReplyDelete
  6. agak2nya sapalah yg dtg pukul 4 pagi tu ya semata2 nk mkn nasi kandar hehehe

    ReplyDelete
  7. belom pernah gi.. bila Abang Long nak banja ?

    ReplyDelete
  8. Lapar terus bila tengok. nak bookmark entri ni,kot2 taun dpn g cuti penang

    ReplyDelete
  9. Sarapan makan nasi kandar? Fuhhhh... Lepas tu time kerja boleh buka mata ke tidak? Hehe.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya nasi kandar tu. Tapi jenis suka makan nasi tak berkuah banjir. kadang tak sempat cakap, laju je dia curah semua kuah dalam pinggan. tak banjir, tak kandar lah kot..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih