Skip to main content

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI

LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA | Lagu ini di nyanyikan oleh Fadzli Fareast dan juga Maliq Suhaimi diterbitkan oleh Inteam Digital. Lagu yang dilancarkan pada bulan Mei 2019. Terasa nak kongsi lirik lagu Carilah Aku Di Neraka kerana teringat kembali ketika singgah di sebuah masjid untuk solat Isyak berjemaah ada sebuah majlis ilmu yang sedang berlangsung dan ustaz membacakan tentang hadis di mana sahabat mencari sahabat di neraka. Jom baca saya kongsikan lagi mengenai lirik lagu ini dan hadis mengenai perkara ini.

lirik lagu carilah aku di neraka, lagu nyanyian fadzli fareast dan maliq suhaimi, llagu sahabat mencari sahabat di neraka,
lirik lagu Carilah Aku Di Neraka

Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah: "Ya Rabb. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami." Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah." (Hadis riwayat Imam Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Imam Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti." 

Imam Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis: "Jika kalian tidak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku: "Wahai Rabb Kami. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurga-Mu." Sahabat-sahabatku. Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah. Agar aku dapat bersertamu kelak di syurga dan اﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦْ َّ رَب ﻳَﺎ ْ. redha-Nya. Memohon kepada-Mu. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada syariat-Mu. Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak. 

Wahai sahabatku. Jangan lupa bertanya tentangku nanti jika aku tiada di Syurga.




LIRIK LAGU CARILAH AKU DI NERAKA NYANYIAN FADZLI FAREAST FT MALIQ SUHAIMI

Marilah kita sama-sama hayati lirik lagu Carilah Aku Di Neraka yang penuh dengan makna. Untuk kita mula mengajak sahabat ke arah jalan yang diredhai dan bersahabat dengan para alim.

Merenung gugurnya dedaunan masa
Ayuh kita singkap tabir makna
Mentafsir dengan bijaksana
Kematian yang pasti tiba
Semakin merapati kita

Apabila tiba di pintu kedua
Jangan tawarkan ku sendu dan air mata
Apa yang ku perlu di saat itu
Bisikan syahadah di telingaku

Wahai kawan carilah ku di neraka
Andai nanti tidak kau temui aku di syurga
Katakan pada-Nya kita selalu bersama
Bersolat juga puasa di dunia

Malu untukku ungkitkan kepadamu
Sezarah jasaku untukmu di dunia dulu
Di saat engkau khabarkan kepada ku
Engkau lelah dengan mehnah duniamu

Di luar tahu mu
Kau jadi antara doaku
Agar kau memiliki kebahagiaan itu
Andai tak di dunia
Ada bahagiamu di syurga
Dengan asbab jasaku itu
Kau carilah aku

Wahai kawan carilah ku di neraka
Andai nanti tidak kau temui aku di syurga
Katakan pada-Nya kita selalu bersama
Bersolat juga puasa di dunia

Usahalah bertemu Rasulullah
Pohonlah syafaat darinya
Sampaikan salam rinduku pada baginda

Perkongsian lirik lagu ini sebahagian dari memberi sokongan kepada penyanyi dan penerbit lagu ini mudah-mudahan memberi kebaikan kepada semua pihak. Insyaallah

Comments

  1. Sedap lagu.. terus insaf bila dengar lagu ni...

    ReplyDelete
  2. Lagu yang baik sebagai peringatan. Mana tahu kalau masuk neraka nanti ada kawan yang baik teringatkan kita setelah masuk syurga nanti.

    ReplyDelete
  3. baca tajuk pun dah takut. peringatan untuk diri sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...