Skip to main content

JANGAN TINGGAL DOA INI SETIAP KALI SELEPAS SOLAT


DOA SELEPAS SOLAT | JANGAN TINGGAL DOA INI SETIAP KALI SELEPAS SOLAT 

Berdasarkan ceramah daripada Dato Ustaz Shamsuri bin Ahmad dan Ustaz Wadi Annuar yang menceritakan mengenai doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada Muadz bin Jabal RA. Jangan tinggal doa ini setiap kali selepas solat.

Ajarkan juga doa ini kepada anak-anak kita. Didiklah anak-anak kita untuk sentiasa berdoa. Agar menjadi tabiat mereka untuk terus bergantung kepada Allah setiap masa.

"Allahumma a'inni 'ala zikrika wa shukkrika wa husni ibadatik"


DOA NABI MUHAMMAD SAW KEPADA MUADZ BIN JABAL, doa seleas solat, jangan tinggal doa ini selepas solat, didik anak supaya selalu berdoa,
JANGAN TINGGAL DOA INI SLEEPAS SETIAP KALI SOLAT


KISAH ASAL USUL MENGENAI DOA DIAJARKAN NABI KEPADA MUADZ BIN JABAL RA


Ketika Nabi Muhammad SAW pilih Muadz bin Jabal RA dihantar sebagai Guru sebagai ganti Nabi ke Yaman untuk mengajar orang di Yaman tentang Islam dan Al-Quran. Nabi iringi Muadz bin Jabal, dalam keadaan Muadz bin Jabal diatas kenderaannya dan nabi berada di bawah sambil menarik kenderaanya sehingga sempadan untuk melepaskannya.

Nabi Muhammad SAW berkata kepadanya "Wahai Muadz, Mungkin apabila kepulangan kamu ke Madinah aku tiada lagi, kamu hanya boleh melihat masjid dan makamku"

Apabila mendengar kata-kata Nabi, Muadz bin Jabal menangis teresak-esak dan rasa tidak mahu pergi. Tetapi Nabi SAW menyuruh tetap pergi ke Yaman.

Muadz bin Jabal bergerak ke Yaman dan tinggal disana. Apabila selesai segala urusan kembali ke madinah ternyata Nabi SAW telah wafat.

Muadz bin Jabal betul-betul Nabi SAW cukup sayang kepadanya.

Daripada sebuah hadis riwayat daripada Muadz bin Jabal RA,

"Pada suatu hari, Nabi SAW memanggilnya lalu apabila sampai, Nabi SAW memegang tangannya dan memandang wajahnya sambil berkata "Wahai Muadz, Demi Allah aku menyayangimu. Demi Allah aku menyayangimu"

Nabi SAW berkata pada Muadz aku berpesan kepada engkau, apabila setiap kali selepas solat jangan lupa doa sebut 

" Ya Allah tolong aku supaya aku ingat Engkau, supaya aku menjadi orang yang bersyukur kepada Engkau, supaya aku menjadi orang yang elok ibadat kepadaMu"

Hadis itu menunjukkan Nabi SAW cukup sayang kepada Muadz bin Jabal

Mudah-mudahan perkongsian ini memberi kebaikan buat semua jangna lupa kongsikan kepada sahabat semua menggunakan button yang disediakan.


Terima kasih sudi membaca mengenai Doa Diajarkan Nabi kepada Muadz bin Jabal Selepas Solat

Comments

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...