APA YANG MENARIK DI HARI GRADUASI, PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TADIKA AZZAHRA KIDS

HARI GRADUASI PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH TADIKA AZZAHRA KIDS PULAU PINANG

Apa yang menarik di Hari Graduasi, Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk sekolah tadika? Soalan ini seakan bermain di minda arzmoha.com, saat mendapat jemputan ke majlis ini. Seingat saya, tak pernah kongsi atau bercerita langsung di blog ini mengenai sekolah tadika Cik Puteri. Saya ada sebab tersendiri untuk tidak berkongsi. Tetapi hari ini, istimewa sikit sebab nak kongsi mengenai Hari Graduasi 2019, Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Azzahra Kids ke 5 ( Tadika Kesuma Bangsa) di Pulau Pinang.

hari graduasi, graduation day, tadika azzahra, majlis graduasi tadika azzahra kids 2019, tadika dengan day care, graduasi tadika dengan jagaan harianm, kids graduation day, kanak-kanak graduasi, im officially graduated,
Hari Graduasi Tadika Azzahra Kids

APA YANG MENARIK DI HARI GRADUASI TADIKA AZZAHRA KIDS?

Apa yang menarik sangat dengan Hari Graduasi Tadika tahun ini? Tahun lepas tak menarik ka? Perlu ka hadir ke Majlis atau Hari Graduasi Anak-Anak?

Sebagai ibu bapa memang perlu atau wajib hadir. Saya kata macam tu bersebab. Cik Puteri alhamdulillah dia seorang yang suka ambil bahagian dalam persembahan. Saya juga mahu dia ambil bahagian. Untuk apa? Untuk cungkil bakat, untuk menambahkan keyakinan dan keberanian dalam diri. 

Hari Graduasi tahun lepas jatuh pada hari yang sama kami sepatutnya ke Melaka, tetapi kami tangguh perjalanan selepas majlis. Supaya Cik Puteri dapat membuat persembahan terlebih dahulu.

Tahun ini lebih berbeza. Ini kerana beberapa sebab yang saya akan kongsi di bawah ini.

TEMA BAJU HARI GRADUASI


Tema baju tahun ini agak menarik berbanding tahun lepas. Semua kanak-kanak 4, 5 dan 6 tahun wajib pakai baju tradisional. Kanak-kanak lelaki memakai Baju Melayu Bersongkok dan kanak-kanak perempuan memakai Baju Kebaya.

Mula-mula saya dan Isteri agak macam 'blur' mana nak cari baju kebaya untuk kanak-kanak ni. Kalau orang dewasa mudah sikit rasanya. Pakat tanya orang, buat carian di media sosial dan internet akhirnya terjumpa sebuah kedai di Kompleks Bukit Jambul yang menjual Pelbagai Baju Kebaya. (Nanti saya kongsi dan update link mengenai kedai ini)

Cik Puteri bergaya dengan Kebaya Nyonya. (Saya kerap berkongsi di FB dan IG terlebih dahulu. Jangan lupa follow saya dengan nama : arzmoha Insyaallah jumpa)


kanak-kanak berkebaya nyonya, Cik Puteri bergaya dengan kebaya nyonya, nyonya kebaya, traditional blouse-dress, gambar lawa, fesyen kanak-kanak, baju raya kanak-kanak,
Cik Puteri Berkebaya Nyonya


PERSEMBAHAN CHORAL SPEAKING SI TANGGANG KANAK-KANAK TADIKA

Ini antara kelainan yang saya sendiri tertunggu-tunggu selepas Cik Puteri bagitau masa balik dari sekolah. 

"Abah, nanti nak buat persembahan cakap-cakap Si Tanggang" Persembahan cakap-cakap pula.

Saya tanya lagi macam mana tu, lepas tu dia cakap abah taip dekat Youtube Si Tanggang. Hebat kanak-kanak sekarang kan huhuhu.

Rupanya dia antara yang mengambil bahagian dalam Choral Speaking Si Tanggang. Lebih menarik dalam versi bahasa English.

Saya kongsikan Link Video sepenuhnya https://youtu.be/727ji2URZQA

Gambar kesemua pelajar Tadika Azaahra Kids 2018

Walaubagaimanapun tidak lupa nak kongsikan sedikit mengenai aturcara majlis yang bermula dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan Lagu Adam ( Faizal Tahir), Bacaan Doa, Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola, Persembahan Dikir Barat, Pertandingan Hafazan ( Cik Puteri Turut Serta) 10 Surah dan barulah Persembahan Choral Speaking Si Tanggang, Persembahan Ikan Kekek dan Chan Mali Chan, Seterusnya Penyampaian Sijil Murid 6 Tahun.


kids, tarian kanak-kanak, hari graduasi pra sekolah, hari graduasi tadika azzahra kids, apa yang menarik di tadika pra sekolah, kids graduation activities,
Persembahan Ikan Kekek 

kids graduation activities, tarian kanak-kanak di hari penyampaian hadiah,
Persembahan Chan Mali Chan

Seronok melihat gelagat anak-anak kecil ini membuat persembahan. Persembahan tahun ini memang agak berbeza dari tahun lepas. Ada yang saya sendiri tersenyum sampai ke telinga melihat persembahan yang comel macam tu. Bayangkan anak-anak 4 & 5 tahun dengan berkebaya dan berbaju melayul, Syabas para guru Azzahra Kids.

Mengenai Hafazan Cik Puteri. Boleh dikatakan Cik Puteri hampir menghafal sebaiknya 9 surah kecuali surah Al-Ma'un. Apakan daya memang tak sempat nak pastikan Cik Puteri boleh walaupun sikit.

Dalam hafazan setiap kanak-kanak 6 tahun perlu membaca 2 Surah yang dipilih secara rawak. Saya cuma mampu berdoa agar Surah Al-Ma'un tidak terpilih. Malang sekali ianya antara 2 surah yang terpilih buat Cik Puteri.


Walaupun tidak berjaya pastinya ada pengajaran setiap yang berlaku. Selepas ini saya perlu dedahkan dengan memperdengarkan surah al-ma'un dan pastikan Cik Puteri dapat menghafal sebainya. Insyaallah.

LOKASI HARI GRADUASI

Lokasi hari graduasi Cik Puteri tahun 2018 dilangsungkan di SEOMEO Hall Recsam Pulau Pinang. Lokasi ini juga satu ketika dahulu menjadi lokasi saya menghadiri satu program pembelajaran Sistem Jadi Best khas untuk pelajar tingkatan 3 & 5. Hampir belas tahun tak ke sini.

Untuk kanak-kanak pastinya lokasi ini agak selesa dengan kemudahan yang berhawa dingin dan selesa.

Kawan Sekolah MBS Penang
Betul orang kata, dunia ini kecil. Pi mai pi mai akan jumpa balik. Kawan sekolah semasa di MBS Penang naik bas sama-sama ke sekolah. Akhirnya jumpa di Hari Graduasi anak hehe.

hari graduasi pra sekolah cik puteri, hari graduasi pra sekolah, kids graduation day, cik puteri dan cikgu ibrahim tadika azzahra, kebaya nyonya, baju kebaya kanak-kanak,
Cik Puteri dan Cikgu Ibrahim 

sijil pra sekolah cik puteri, jambangan bunga coklat hari graduasi, chocolate bouquet for graduation, kids,
Sijil dan Chocolate Bouquet ( jambangan bunga coklat)

Cik Puteri, arzmoha di majlis graduasi tadika pra sekolah azzahra kids, kanak-kanak dan jambangan bunga coklat, chocolate bouquet, aktiviti hari graduasi kanak-kanak,

Cik Puteri dan kawan 

kids, kids fashion, fesyen baju kanak-kanak, baju kebaya kanak-kanak, hari graduasi kanak-kanak pra sekolah, aktiviti di hari penyampaian hadiah pra sekolah,
Cik Puteri dan kawan 5 tahun

kids and chocolate bouquet, cik puteri bersama cikgu,
Antara Guru-guru yang mengajar dan membantu hari penyampaian sijil pra sekolah

Sekiranya ada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tadika (Pra Sekolah) Azzahra Kids.

Boleh rujuk aktiviti sekolah tadika ini dengan khidmat 'day care' disini : 



Alhamdulillah dengan izin Allah, Cik Puteri merupakan batch ke 5 Tadika Pra Sekolah Azzahra Kids. Disini Cik Puteri dapat membaca, menulis, mengeja dan berani membuat persembahan. Paling mengembirakan mampu menguasai Bacaan dalam solat dan membaca Iqra. 

Day Care juga dalam keadaan baik yang mana disebelah petang ada aktiviti menulis dan aktiviti lain.


Setakat ini dahulu perkongsian yang mampu saya kongsikan mengenai Hari Graduasi (Hari Penyampaian Sijil Pra Sekolah dan Persembahan Kanak-Kanak) Tadika Azzahra Kids Pulau Pinang. Jumpa Lagi.

Comments

  1. Suka tengok anak-anak berkebaya nyonya. Sweet sgt!!

    ReplyDelete
  2. macam menarik je tadika pra sek azzahra kids ni...xpernah nmpk lg kt sini..cik puteri comel sgt berkebaya nyonya..tahniah ye cik puteri..smoga sukses selalu..

    ReplyDelete
  3. Tahniah cik puteri. Comel sangat berkebaya

    ReplyDelete
  4. Wahh tahniah cik puteri.. Comei berbaju kebaya

    ReplyDelete
  5. Tahniah puteri yang cantik dan juga parents sebab bjaya mendidik anak. Semoga sentiasa jadi anak yang bijak dan patuh dgn ibu bapa. Cantik mcm ratu kebaya..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Cik Puteri! Comel je berkebaya tu (f)

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  7. wahhh tahniahhh dasat kn anak2 skrg punya majlis akhir thn ;-)

    ReplyDelete
  8. Allahu.. Alhamdulillah Tahniah Cik Puteri.. Arz dan Akma.. kalau dekat ibu ana pun nak pii tengok baby comel yang ibu ana ikuti kisahnya dari kecil sampai lah ke saat ini. Ibu doakan semoga Cik Puteri terus melangkah hari demi hari dengan penuh kecemerlangan dan dilindungi Allah swt setiap saat.. aamiin.

    ReplyDelete
  9. Majlis yang meriah untuk kanak kanak. Permulaan yang baik untuk perjalanan ke hari depan yang cemerlang.
    Tahniah Cik Putri.

    ReplyDelete
  10. cantik dan bergaya nya semua tuuuuuuu. dah la comel2 belaka (k) :)

    ReplyDelete
  11. Comel nya dia, tahnia ya banyak anugerah

    ReplyDelete
  12. Meriah hari graduasi cik puteri tu. Teringat zaman zumal graduasi tadika perpaduan dulu...

    ReplyDelete
  13. comel dan cantik nya cik puterii di hari graduasi. tahniahhh si comel! :D

    ReplyDelete
  14. Memang best dan seronok tengok persembahan anak anak yang lain daripada lain. Comel comel belaka pakai baju kebaya masing2

    ReplyDelete
  15. Comelnya dia..dah graduate dah..zaman skrg mmg abis tadika je siap ada majlis graduasi bagai x mcm zaman kita dolu dolu kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih