INILAH SEBAB MENGAPA RESTORAN TAMAN APPLE MENJADI DESTINASI TEMPAT MAKAN MENARIK KETIKA KE CAMERON HIGHLANDS

RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON | DESTINASI TEMPAT MAKAN MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

Alhamdulillah saya baru lepas balik dari satu tempat percutian yang tidak asing di Malaysia. Lokasi yang sangat terkenal dengan permandangan ladang teh yang luas dan indah, makanan bersumberkan strawberi yang menarik dan sedap, cuaca yang sejuk dan juga terkenal dengan homestay. Tetapi kali ini saya cuma nak kongsikan mengenai destinasi tempat makan menarik yang terkenal dengan serunding strawberi dan steambot & grillv serta keadaan restoran yang luas dan bersih.


restoran taman apple cameron, serundig strawberi, nasi lemak serunding strawberi, sarapan pagi di cameron highlands, restoran muslim di cameron highlands, tempat makan menarik dan bersih di cameron highlands, tempat makan menarik di cameron highlands,
Restoran Taman Apple Cameron | Nasi Lemak Serunding Strawberi

Ketika awal saya membina blog bertujuan berkongsi gambar-gambar yang saya rakamkan sebab saya dulu memang sangat berminat dalam bidang photography. Jadi Cameron Highlands adalah salah satu lokasi yang wajib disinggahkan. saya pernah tulis dan kongsikan mengenai 2 Ladang Teh Yang Wajib Dikunjungi jika ke Cameron Highlands sekiranya anda ingin mendapatkan permandangan yang cantik.

Kali ini saya nak kongsikan Destinasi Tempat Makan Menarik bagi memudahkan sekiranya anda dan keluarga hendak bercuti ke Cameron Highlands. Kalau sebelum saya berkahwin saya agak mudah untuk terjah mana-mana tempat makan atau warung. Berbeza selepas kahwin dan ada anak. Saya agak lebih memilih. Memilih dari segi kebersihan dan keselesaan kedai. Terutama tempat makan di destinasi percutian yang menjadi tumpuan setiap masa seperti Cameron Highlands.


RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON HIGHLANDS (TAC)

Sepanjang perjalanan saya untuk sampai ke Brinchang-Tanah Rata boleh nampak banyak banner Restoran Taman Apple Cameron atau singkatannya TAC. Dahulu dikenali sebagai Restoran Taman Abang Steamboat & Grill. Kini dipanggil Restoran Taman Apple Cameron. Terletak di Tanah Rata dengan kemudahan parkir yang sangat luas, ruang makan yang luas dan selesa, berkonsepkan taman dan mesra stroller dan wheelchair.

restoran muslim di cameron highlands, tempat makan menarik di cameron highlands, nasi lemak serunding strawberi, steamboat & grill di cameron highlands, restaman ala taman, kedai makan bersih dan selesa di cameron highlands,
Restoran Taman Apple Cameron ( TAC)
Tempat makan menarik di Cameron, Taman Apple cameron, Nasi Lemak Serunding Strawberi, kedai makan bersih Dan selesa di Cameron Highlands, tempat makan wajib dikunjungi di Cameron Highlands, cameron Highlands restaurant, steamboat & grill di Cameron Highlands,
Restoran Taman Apple Yang Luas Bersih Selesa
Tempat makan menarik di Cameron Highlands, tempat steamboat & grill bersih Dan selesa di Cameron Highlands, tempat makan menarik di Cameron Highlands, pengalaman makan di Taman Apple Cameron, TAC
Taman Apple Cameron mendapat Gred Kebersihan Premis Makanan Kategori A


Mudah kata Restoran Taman Apple Cameron ini sangat sesuai untuk kita yang datang bercuti menikmati hidangan yang terdapat disini samada bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Apa yang menarik di Taman Apple Cameron yang saya jadikan sebagai destinasi tempat makan menarik?

MENU SARAPAN PAGI DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON

Di Malaysia, tidak asing jika kita bersarapan pagi dengan nasi lemak. Kalau di Cameron Highlands pula sarapan pagi tidak asing dengan strawberi. Kalau sebelum ini saya pernah bersarapan dengan sambal strawberi, tetapi agak kurang menepati citarasa.

Di Taman Apple Cameron kelainan pada menu bersumberkan strawberi. Disini lebih terkenal dengan Serunding Strawberi. Walaubagaimanapun ianya tidak mengganggu menu sebenar rakyat Malaysia iaitu nasi lemak dan sambal. Masih dikekalkan sambal, ikan bilis, kacang, telur dan timun dan ditambah serunding strawberi. Pedas dan rasa buah strawberi sangat sedap.

Tempat sarapan pagi di Cameron Highlands, menu sarapan pagi di Taman Apple Cameron, Nasi Lemak sedap di Cameron Highlands, Nasi Lemak Serunding Strawberi terkenal di Cameron Highlands,
Nasi Lemak Rendang Ayam ( Nasi berwarna hijau famous disini)


Antara menu yang terdapat Serunding Strawberi adalah Nasi Lemak Serunding Strawberi, Nasi Lemak Rendang Ayam, Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Kukus Serunding Strawberi atau Nasi Impit Serunding Strawberi. Tapi saya lebih menyarankan sekiranya boleh anda cuba menu yang terdapat serunding strawberi. Ianya lain dari yang lain. Bila lagi nak mencuba menu yang baru kan?

Nasi Lemak Serunding Strawberi, Nasi Lemak dengan Serunding Strawberi Cik Merah, Serunding Strawberi Cik Merah, tempat makan pagi best di Cameron Highlands, tempat makan menarik di Cameron Highlands,
Nasi Lemak Serunding Strawberi (close up)
Nasi Kukus Serunding Strawberi, menu sarapan pagi di Cameron Highlands, Nasi Kukus Dan Serunding Strawberi Cik Merah, tempat makan pagi di Tanah rata, tempat makan wajib dikunjungi di Cameron Highlands,
Nasi Kukus Serunding Strawberi
Nasi Himpit Rendang Daging, menu sarapan pagi di Taman Apple Cameron, tempat makan best waktu pagi di Cameron Highlands, tempat wajib dikunjungi di Cameron Highlands,
Nasi Himpit Rendang Daging ( khas untuk Cik Puteri yang suka nasi himpit)

Sebelum saya terlupa ada juga menu sarapan pagi seperti Mee Soto, Bihun Soto, Mee Rebus, Laksa Johor serta Roti Bakar. Senang kata banyak menu disini. Tak risau ahli keluarga nak makan lain dari yang lain.

Minuman untuk sarapan pagi tak perlu risau banyak minuman yang disediakan dan saya pula memilih minum Teh O Strawberi panas. Walaupun saya memang penggemar Nescafe, tapi bila sampai di Cameron Highlands secara tiba-tiba lebih gemarkan minuman berasaskan Teh. Percaya atau tak?

MENU MAKAN TENGAHARI ( LUNCH ) DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON


Bila dah jadi selesa dengan satu-satu tempat makan, memang kebiasaannya begitulah saya sekeluarga akan berulang makan di tempat yang sama. Macam saya katakan tadi kelesaaan dan kebersihan adalah paling utama. Bila dah rasa menu sarapan pagi yang kena dengan selera, saya jadikan destinasi tempat makan untuk tengahari pula. Lagipun dekat dengan tempat kami tinggal iaitu di Taman Sedia.

Walaupun di Taman Sedia ada tempat makan tetapi ruang parking agak tidak selesa, dan perlu menunggu untuk dapatkan meja. Paling penting kami ingin mencuba sesuatu yang baru.


Menu Tengahari di Taman Apple pula lebih mengetengahkan makanan bakar. Antara menu tengahari yang isitmewa disini Nasi Ayam Bakar, Nasi Ikan Keli Bakar, Nasi Sotong Bakar, Nasi Ikan Pari Bakar. Harga yang ditawarkan juga menarik sama seperti kita makan di tempat kita sendiri.

Menu makanan di Restoran Taman Apple Cameron, Tempat makan best di Cameron Highlands,
Antara Menu Yang disediakan | Taman Apple Cameron

Menu Di Taman Apple Cameron, tempat makan best di Cameron Highlands,
Restoran Taman Apple Cameron | Menu 

Menu Di Taman Apple Cameron, tempat makan best di Tanah rata, tempat makan wajib di kunjungi di Cameron Highlands, Teh Tarik Float,
Minuman | Taman Apple Cameron

Untuk menu tengahari saya memilih Nasi Kambing Bakar dan isteri saya Nasi Sotong Bakar. Cik Puteri kongsi saja dengan isteri saya. Dalam cuaca sejuk kena pula lauk yang dibakar panas-panas memang terasa berselera sangat. Saya menang penggemar daging kambing. Bahagian kambing pun agak besar memang puashati dengan harganya.

Set Nasi ini bermula dari RM 13.90 - RM 18.90 sangat berbaloi dengan apa yang dihidangkan.


Taman Apple Cameron, Nasi dan kambing Bakar di Cameron Highlands, tempat makan wajib dikunjungi di Cameron Highlands,
Nasi Kambing Bakar
Menu makan Tengahari di Cameron Highlands, Taman Apple Cameron, tempat makan best di Cameron Highlands wajib dikunjungi, makan best di Cameron Highlands, Restoran bersih Dan selesa di Tanah Rata,
Nasi Sotong Bakar
Teh Tarik float di Cameron Highlands, tempat makan wajib dikunjungi di Cameron Highlands, steamboat & grill Cameron Highlands, Serunding Strawberi,
Teh TAC Float dan Strawberi Milk Shake

Bukan sampai disini saja. Malah Restoran Taman Apple di Tanah Rata ini menyediakan pula di sebelah malam Steamboat & Grill yang agak popular sebagai hidangan di sebelah malam. Saya dapat lihat banyak tempat menyediakannya. Mungkin keadaan cuaca sejuk membuatkan pelancong lebih suka pada makanan steamboat & grill.

STEAMBOAT & GRILL DI TAMAN APPLE CAMERON


Sebelum balik dari makan tengahari saya sempat bertanya pada staff di Taman Apple Cameron mengenai steamboat & grill, rupanya disediakan juga disini. Jadi selepas berehat di chalet, kami datang semula untuk mencuba Steamboat & Grill yang menjadi tarikan pelancong ke Cameron Highlands sebagai salah satu menu menarik dan wajib dicuba.

Restoran Steamboat & Grill bersih dan selesa di Cameron Highlands, tempat makan best di Cameron Highlands,
Steamboat & Grill di Taman Apple Cameron
Steamboat & Grill di Taman Apple bermula dari jam 5 petang sehingga 12 malam. Saya cadangkan kalau boleh datang lebih awal. Sebab semakin lewat semakin ramai yang datang kesini memandangkan ianya makanan tarikan disini pada waktu malam.

Bila datang awal lepastu boleh ke tempat lain sebagai contoh Night Market Brinchang. Boleh beli souvenirs atau pakaian disini.

Dua pilihan untuk kuah Steamboat iaitu Tomyam atau Sup. Menu lain boleh diambil di tempat yang disediakan. Terdapat bermacam menu dan lauk disediakan antaranya Nasi Goreng Cina, Nasi Lemak Hijau atau Bihun Goreng. Terdapat juga Maggi, Bihun, Bebola bermacam jenis, Telur ayam, Udang, dan Daging Kambing. Korang boleh lihat gambar-gambar di bawah.

Steamboat & Grill di Cameron Highlands, Restoran Steamboat & Grill bersih dan selesa di Cameron Highlands, Steamboat & Grill wajib dicuba di Cameron Highlands, blogger Malaysia,
Mencuba Steamboat & Grill DI Taman Apple Cameron
Steamboat & Grill di Cameron Highlands, cik Puteri di Cameron Highlands, tempat makan menarik di Cameron Highlands, tempat makan di Tanah rata,
Cik Puteri Suka nasi goreng Cina dan Bebola


Steamboat & Grill Taman Apple Cameron Highlands
Menu Steamboat & Grill
Steamboat & Grill Taman Apple Cameron Highlands
Menu Steamboat & Grill
Steamboat & Grill Taman Apple Cameron Highlands
Menu Steamboat & Grill | Nasi Lemak Hijau Bihun Singapore, Nasi Goreng Cina
Steamboat & Grill Taman Apple Cameron Highlands, Restoran ala taman di Cameron Highlands,
Minuman | Steamboat & Grill TAC

Harga Steamboat & Grill di Taman Apple Cameron adalah seperti berikut

DewaSa RM 39.90
Warga Emas (50 tahun keatas) RM 33.90
Kanak-kanak ( 6-12 tahun) RM 29.90
Kanak-kanak ( bawah 5 tahun) PERCUMA

Menunggu giliran

Taman Apple Cameron sentiasa menjadi kunjungan pelancong memandangkan ianya sebuah Restoran yang bersih dan selesa disamping menyediakan hidangan yang pelbagai dan meneati citarasa pengunjung.

Ianya satu pengalaman baru bagi kami sekeluarga 'food hunter' di Cameron Highlands, sebelum ini kami lebih mencari Ladang Teh yang menarik dengan permnadangan yang cantik wajib dikunjungi.

Selain daripada itu, Restoran Taman Apple juga boleh menjadi salah satu tempat untuk menyambut Harijadi kerana menyediakan kek yang beraneka jenis dan sedap.

Satu lagi sebelum saya terlupa, rupanya Serunding Strawberi di Taman Apple Cameron adalah yang pertama dihasilkan dan kemudiannya diikuti yang lain. Patutlah rasanya agak sedap sampai saya sendiri pun beli untuk dimakan dirumah.

Jika anda dan keluarga ingin bercuti ke Cameron Highlands jangan lupa jadikan salah satu destinasi tempat makan anda ketika berkunjung disini. Restoran yang berish dan selesa memberikan impak positif pada mood anda dan keluarga.

Jumpa lagi dan saya tinggalkan lokasi Restoran Taman Apple Cameron di bawah ini

Comments

  1. Bersih dan selesa merupakan kriteria penting memilih dan mencari tempat makan selain rasa dan harganya...

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar pun menduga iman... Laparrrr...

    ReplyDelete
  3. Moga saya dapat seruan nak naik ke cameron lepas ni.
    Haha. Bila duk fikir jalan bengkang bengkok aduhhh

    ReplyDelete
  4. Wow, nampak sanfat menyelerakan. Tak sabar nak pi...

    ReplyDelete
  5. wah..serunding strawberi! macam mana rasanya?
    cantik tempatnya, banyak pilihan makanan dan harganya pun berpatutan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. dulu pernah pi rasanya kat area ni.. x jauh dari abang sambal strawbery tu kan.. next ride boleh try nih..

    ReplyDelete
  7. Nampak best tempat ni..ada masa nanti ke sini..

    ReplyDelete
  8. Bole try nnt klau berpeluang p ke sana. .
    Nmpk menu2 dia menarik betoi

    ReplyDelete
  9. RESTORAN TAMAN APPLE ni salah satu restoran makan kegemaran saya apabila pergi bercuti di Cameron Highland. Banyak makanan yang saya suka makan di sana.

    ReplyDelete
  10. memang sedap makan kat sini. menu breakfast dan lunch dah try. steamboat je belum try lagi.

    ReplyDelete
  11. Meno nmpk sedap2,,jom kita p ramai2 trai time cuti.emm

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih