TIPS BELI USB CABLE TYPE-C MURAH

TIPS BELI USB CABLE TYPE-C MURAH

Era ini jika kita gagal mengikuti perkembangan semasa khasnya dalam teknologi hari ini kita akan ketinggalan agak kebelakang. Saya kecilkan lagi skop perkongsian saya kepada teknologi smartphone yang hari ini mula menggunakan dual-camera. Penggunaan dual camera ini secara tidak langsung didatangkan bersama saiz kualiti gambar yang lebih cantik dan besar. Disebabkan itu telefon pintar (smartphone) ini mula menggunakan USB-C yang mana lebih menyokong permindahan data yang lebih laju dan menyokong mengecaj lebih laju.

usb cable type c murah, usb type c, tips beli usb cable type c murah, cara beli usb cable type c murah, apa kegunaan usb cable type-c, mi A1 guna usb cable type c,
USB Cable Type C

Mungkin tak sempat untuk saya kongsi sebelum ini saya dah pun tukar telefon pintar baru tetapi masih jenama sama. Cuma dilengkapi dual camera dan lebih mesra google. ( Nanti saya kongsikan smartphone baru ini ) Walaubagaimanapun bila bertukar telefon pintar baru ni, macam saya kongsikan diatas ada beberapa perubahan. 

Tetapi suka atau tidak saya perlu menerima perubahan ini. Bila nak menerima perubahan saya mula berhadapan masalah utama iaitu USB Cable Type C cuma ada satu saja. Setiap masa kena bawa ke sana ke sini bukan apa takut cable lebih mudah rosak.

usb cable type c murah, usb type c, tips beli usb cable type c murah, cara beli usb cable type c murah, apa kegunaan usb cable type-c, mi A1 guna usb cable type c, arzmoha accessories
USB Cable Type-C
Jadi untuk selesaikan masalah ini, saya mula membuat keputusan untuk membeli USB Adapter yang mana menyokong USB-C dan boleh digunakan pada cable pengecaj sebelum ini. Semasa membuat pembelian saya terlupa rupanya saya membeli produk yang tiada di Malaysia dan penghantaran dibuat dari China.

usb cable type c murah, usb type c, tips beli usb cable type c murah, cara beli usb cable type c murah, apa kegunaan usb cable type-c, mi A1 guna usb cable type c, arzmoha accessories,


Memang kena tunggu dan ambil masa untuk sampai. Kebetulan semalam saya tertinggal USB Cable Type-C di pejabat dan malas nak ambil semula pada waktu malam kerana akan melibatkan masalah keselamatan pejabat.

Beberapa malam sebelumnya juga saya perlu siapkan kerja untuk dihantar segera. Kelam kelibut jadinya. Macam mana nak caj telefon pintar kalau tak ada cable?

Jadi saya terus ke sebuah kedai aksesori telefon yang menjual pelbagai barangan telefon pintar. Bila tanya mengenai Adapter untuk USB type C harganya RM 25. Perghhh punyalah mahal. Rasa sayang duit nak beli.

Apatah lagi saya merupakan seorang ketua keluarga yang memerlukan penjimatan dalam perbelanjaan. Mana tidaknya sebagai seorang abah, banyak benda perlu difikirkan. Rasa blur. Tak tahu macam mana nak cari usb cable yang lebih murah.

Sebelum balik rumah saya sempat tanya anak sedara saya. Minta pendapat orang remaja, adakala mereka ni jauh lebih tahu bab-bab barangan smartphone atau berkaitan bab teknologi hari ini. Jangan pandang rendah pada orang yang lebih muda dari kita. Dia cadangkan saya cari di MR DIY.

Kenapalah tak terfikir awal-awal. Memang MR DIY harga jauh murah, saya fikir tak kisahlah cable kualiti atau tidak memang nak pakai untuk semalaman ja. Alhamdulillah cable ini mengecaj dengan baik. Banyak pilihan dari harga RM 5.90. Tapi saya beli yang harga RM 5.90. Lagipun saya dah pun beli secara atas talian (online) Adapter untuk USB biasa yang menyokong USB type- C.

usb cable type c murah, usb type c, tips beli usb cable type c murah, cara beli usb cable type c murah, apa kegunaan usb cable type-c, mi A1 guna usb cable type c,
USB CABLE TYPE C

Mungkin ada yang tercari-cari USB cable Type-C macam saya boleh cari di MR DIY. Banyak juga barangan lain yang boleh kita dapati di sini. Tetapi jangan lupa kena selalu jadi pengguna bijak. Ada barangan yang mahal dan ada juga yang murah.


Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Tips Beli USB Cable Type-C Murah. Semoga perkongsian ini membantu anda semua.

Comments

  1. ooo br fhm terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  2. Macam-macam jenis pengecas. Telefon ada dua, Oppo dan Huawei tapi tak boleh nak kongsi pengecas yang sama. ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli adapter yang boleh guna untuk Type C

      Delete
  3. Prnh jgk beli di Mr.Diy. mmg bgus produk dia. Earphone pun bli kt sit jgk. Murah

    ReplyDelete
  4. Setakat ni belum masuk lagi DIY yang dekat dengan rumah ni, lepas ni nak try tengok apa yang menarik kat dalam tu lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. lamanya tak singgah sini. hehe

    ReplyDelete
  6. Betul tu, sekarang ni Kedai Mr DIY lebih bagus berganda-ganda dari biasa, harga yang murah, kualiti pun elok. Berbaloi jugalah nak beli barangan rumah dekat sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih