Benarkah Kita Hamba Allah

Benarkah Kita Hamba Allah

Assalamulaikum Salam Jumaat. Soalan di awal pagi ini "Benarkah Kita Hamba Allah?". Persoalan ini sebenarnya satu perkongsian di radio IKIM fm pagi ini. Kebetulan pagi ini hujan, jalan agak sedikit sesak. Jadi banyak masa diatas jalan dan banyak sedikit masa mendengar perkongsian Ustaz Mustafa Kamal. Benarkah kita ini hamba Allah?

sunset, father and daughter, silhoutte, sunset, hamba Allah, benarkah kita hamba Allah,
kredit gambar Pixnio

Kata Ustaz begitu mudah untuk kita mengaku Hamba Allah tetapi belum tentu kita menjadi benar-benar hamba Allah. Kalau kita mengaku hamba bermaksud kita tak punya apa-apa. Walaupun topik ini sangat luas dikongsikan. Saya cuma mampu kongsikan secara santai.

Tatkala kita mengaku kita hamba itu bermaksud kita tak punya apa-apa. Tatkala kita menuntut ilmu kita berasa tak punyai ilmu. Kita merasa tidak cukup dengan ilmu. Jangan merasa sudah cukup. Jangan merasa hebat.

Tatkala kita beribadah kita merasa tak pernah cukup. Jangan merasa hebat mahupun sudah cukup. Kata Ustaz lagi sedang Imam Syafie ketika hendak meninggal pun menangis kerana risau akan amal yang tidak pernah cukup. Sedangkan Imam Syafie khatam al-Qurah 60 kali dalam bulan Ramadhan. Tetapi tetap merasa tidak cukup.

Nabi Sulaiman yang menguasai kerajaan yang sangat hebat sehingga dapat menguasai Jin dan binatang juga apabila ditanya tentang kerajaannya maka dijawab semuanya milik Allah.

Bila dengar perkongsian ini terasa begitu kerdilnya, terasa hinanya, amal tidak sehabatnya mana, dunia juga tidak sehebat mana, kadangkala terlupa kita cuma Hamba.

Itu belum lagi kita merasa hebat dengan kelebihan yang Allah pinjamkan sedikit untuk kita seperti kecantikan, kekacakan, kepintaran, kelancaran berkata-kata sedangkan kita tidak lain hanya Hamba Allah.

Cukup saja setakat ini sebagai satu perkongian untuk diri sendiri dan mudah-mudahan memberi kebaikan kepada orang lain. Teima kasih kerana sudi membaca Benarkah Kita Hamba Allah

{ 12 comments.. read them below or add one }

Mohd Hanafi Mohd Hanafi 5 Jan 2018, 21:52:00
alhamdulillah sangat bermanfaat tuan..

saya selalu ingatkan diri sendiri..bahawa saya tiada apa-apa..

semuanya milik Allah..

apa yang saya ada itu adalah pinjaman dan boleh diambil balik bila-bila masa..

hidup dalam redha
PeRdU cINta PeRdU cINta 6 Jan 2018, 12:06:00
Betul..terkadang kita hanya berbicara tapi perlakuan tidak menggambar seperti apa yang diperkatakan....itu yang sangat PC takuti.Bagaimana hendak menjawab nanti..dengan kata mudah..cakap tak serupa bikin..Allahu.Moga sentiasa mugasabah diri..ingat diri bukan sesiapa dan tidak punyai apa2..
dear anies dear anies 18 Jan 2018, 14:36:00
terima kasih atas perkongsian
Jari Manis Jari Manis 25 Jan 2018, 23:33:00
adehh..agak sukar nak jawab soalan ni
Gja Gja 29 Jan 2018, 22:56:00
Allahu.. terima kasih atas perkongsiannya
Pha Is Pha Is 4 Feb 2018, 21:50:00
biasa la.. kita mudah lupa diri..
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 6 Feb 2018, 00:56:00
terpukul sikit rasanyaaa baca ni T.T huurm..
muhasabah diri perlu. nice sharing Arz..
aRzMoHa aRzMoHa 7 Feb 2018, 11:17:00
saya tak dapat nak balas komen...sebab tak dapat ke blog tuan
hidayu ayumie hidayu ayumie 21 Feb 2018, 10:25:00
benarkah kite?..
hanya mampu mengucap tapi kadang payah melaksana
manusia sering melakukan kesilapan
nice sharing
saling mengingatkan

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih