Skip to main content

Peminat Manchester Jom Sertai Let's Go Contest Manchester Bersama Dashing

Peminat Manchester Boleh Berpeluang ke Manchester Dengan Dashing Let's Go Contest Manchester

Malaysia merupakan sebuah negara dimana rakyatnya amat meminati sukan bola sepak. Ianya juga merupakan sukan tumpuan apabila berlangsungnya apa-apa acara sukan yang terbesar. Ada yang sanggup beratur panjang hanya ingin menonton secara langsung. Berbeza menonton di televisyen berbanding di stadium secara langsung. Suasananya, riuhnya dan perasaan yang mendebarkan ketika bola mula menghampiri gawang gol. Berminat menonton secara langsung perlawanan Manchester City vs Manchester United?

Dashing Malaysia, peraduan dashing 2018, dashing let's go contest Manchester,




Berita baik buat peminat bolasepak terutama peminat Manchester City di Malaysia. Dashing Malaysia sedang melangsungkan Let's Go Contest Manchester yang bakal membawa anda menonton secara langsung perlawanan diantara Manchester City (MCFC) VS Manchester United (MUFC) di Stadium Etihad.

Bukan peminat MCFC saja boleh sertai contest yang sedang berlangsung ini tetapi siapa-siapa sahaja.  Tak dapat bayang bagaimana perasaan apabila menonton dua kelab terkemuka English Premier League. Nak tahu lebih lanjut mengenai Dashing Let's Go Contest Manchester?


Dashing Lets Go Contest Manchester, contest dashing, peminat manchester city berpeluang menang ke manchester,


Dashing Let's Go Contest Manchester

Peraduan ini sedang berlangsung dan bakal berakhir pada 31 Januari 2018. Ini merupakan peluang terakhir untuk anda menyertai Dashing Let's Go Contest Manchester. Tahu tak apa yang bakal anda menangi sekiranya anda adalah pemenang?

6 pemenang bakal di pilih dan akan memenangi hadiah utama Penginapan Percuma, 4 hari 3 malam perjalanan pergi balik Manchester, United Kingdom termasuk tiket VIP untuk menonton pertandingan secara langsung MCFC VS MUFC.

Jika terpilih sebagai pemenang itulah merupakan pengalaman terindah makan, tidur, menonton secara langsung dan bernafas di Manchester.

Bukan itu saja hadiahnya jika pemenang juga bakal di bawa melawat Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan juga Anfield. Begitu juga berpeluang berinteraksi dan medapatkan autograf daripada beberapa lagenda MCFC

Belum habis lagi...terdapat juga Magical Mystery Tour dimana pemenang bakal dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik terkenal, The Beatles. Bagaimana masih belum menyertai pertandingan ini?

Cara Menyertai Let's Go Contest Manchester


Cara untuk menyertai sangatlah mudah dengan membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dalam satu resit tunggal dan hantar gambar dengan jelas resit penuh, Nama Penuh seperti di dalam Kad Pengenalan, Nombor Kad Pengenalan (NRIC) dan Kedai Pembelian ( Outlet Purchase) ke +60169972373 menggunakan Whatsapp. Mudahnya lah......

Mana tahu rezeki tidak kenal masa, mungkin ini peluang anda untuk menonton dengan lebih 50,000 peminat dengan Dashing Jenama Penjagaan Lelaki Terkemuka Di Malaysia. Peraduan ini berakhir 31 Januari 2018.

Untuk Maklumat Lanjut Layari:

 www.facebook.com/Dashing.MY
www.dashing.com.my
03-80238311

Comments

  1. Menariknya, nak try kot ada rezeki dapat ke Manchester...

    ReplyDelete
  2. masalahnya sy fan liverpool😆

    ReplyDelete
  3. alaa kena beli dashing..nanti sape nak pakai huhuhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dapat pi ni...aduhai...satu keja nak kena belikan utk abg! hahaha

    ReplyDelete
  5. menarik dapat pergi sana kalo rezeki taaaaaaapi hehe.. beli nak kasi sapa pakai tatau =D

    ReplyDelete
  6. hahah dulu suka bau dashing ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...