Tips Untuk Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai

Tips Untuk Memastikan Azam Tercapai Azam 2018

Assalamualaikum. Selamat memasuki tahun baru 2018. Semoga semuanya sihat dan berbahagia selalu. Bila masuk saja tahun baru maka masing-masing wajib ada azam tahun baru dan ada juga yang masih kekal sambung azam tahun-tahun lepas. Azam tahun lepas macam mana? Dah tercapai atau terkubur? Jom nak kongsi sedikit mengenai Tips Untuk Memastikan Azam Tercapai.

tips memastikan azam tahun baru tercapai, gambar bunga api, fireworks, tips azam tahun baru, cara pastikan azam tahun baru tercapai, cara untuk capai azam tahun baru, azam tahun baru 2018, mujahadah, istiqamah,
Cara Memastikan azam tahun baru tercapai kredit pic to @skeeze

Apa itu Azam?

Sebelum diterangkan mengenai tips untuk memastikan sesuatu azam itu tercapai mestilah kita tahu dulu apa maksud azam terlebih dahulu. Macam kita baca buku, sebelum ke bab-bab tertentu sudah semestinya ada perngertian terlebih dahulu. 

Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, Azam itu membawa maksud : tujuan yang hendak dicapai

Jadi bila masuk saja tahun baru takkan kita tidak ada sesuatu yang hendak dicapai. Sebab pepatah melayu mengatakan "Gagal merancang sebenarnya kita merancang untuk gagal".

Sebenarnya saya sendiri pun ada beberapa perancangan atau azam untuk tahun ini. Insyaallah saya kongsi paling bawah nanti. Begitu juga azam tahun-tahun sebelumnya yang masih belum tercapai.

Tips Untuk Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai.


Azam itu adalah tujuan yang hendak dicapai. Bukan sesuatu yang mudah. Kalau mudah mungkin boleh dikatakan ramai yang berjaya mencapai azam mereka. Sebaliknya masih ramai yang membawa azam tahun lepas ke tahun baru. Samalah yang menulis ini pun. Walaubagaimanapun bukanlah dengan mengamalkan tips ini membuatkan azam anda tercapai, sebaliknya bergantung kepada rezeki dan takdir masing-masing. Ada diantara kita dipermudahkan ada yang dilambatkan. Sabar dan terus berusaha.
Tips yang saya maksudkan adalah :

Niat

Yang pertama sekali mesti ada niat. Walaupun kita mempunyai azam yang baik ataupun hebat tetapi niat perlu betul. Niat yang baik-baik insyaallah dipermudahkan. Sebagai contoh azam nak berniaga dan berjaya sehingga kaya. Contoh....
Jadi niat kita kena perbetulkan. Niat nak bantu ibubapa, nak bantu sedara mara, nak bantu orang lain dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan niat yang baik memudahkan urusan kita.

Bermujahadah


Yang kedua dalam nak memastikan azam tahun baru kita tercapai hendaklah bermujahadah. Iaitu melakukan dengan bersungguh-sungguh, bermati-matian. Yela kalau tak usaha mana nak ada hasil kan? Mujahadah ini pula adalah satu bahagian paling susah. Ramai juga dalam ketika ini gagal untuk sampai ke peringkat seterusnya iaitu Istiqamah.

Sebagai satu cara untuk membantu kita bermujadah. Pesan ustaz-ustaz kita letakkan syarat. Macam mana tu?

Niat kita nak belajar bersungguh-sungguh. Kita letakkan syarat.
Contohnya : "Aku tak akan makan selagi tak siapkan kerja sekolah"
"Aku tak akan main bolasepak selagi kerja sekolah tak siap"
"Aku tak akan buka facebook selagi tak habis baca satu bab dan buat latihan"

Contoh saja. Buatlah sesuatu syarat yang menepati azam atau niat yang hendak dicapai.

Dengan cara syarat ini sedikit sebanyak sebenarnya mengajar kita untuk berdisiplin. Bermujahadah bukan juga mudah kalau tanpa disiplin. Disiplinkan diri kita Insyaallah boleh berjaya.

Istiqamah


Istiqamah ini secara mudah bermaksud konsisten dalam melakukan sesuatu. Sebelum kita nak sampai melakukan sesuatu perkara secara isitqamah sudah tentu kita perlu bermujahadah. Peringkat paling berat bagi saya adalah bermujahadah. Istiqamah akan jadi mudah bila kita dah melepasi bab mujahadah.

Nak bagi faham saya kongsi satu contoh. Contoh ini juga dikongsikan oleh Ustaz dalam satu ceramah sempena bulan Ramadhan di pejabat saya satu ketika dulu dimana ada seorang bertanya bagaimana untuk sentiasa Istiqamah membaca Al-Quran.

Membaca Al-Quran nampak mudah tetapi sebenarnya susah untuk istiqamah setiap hari. Jadi Ustaz kongsikan bahawa perlu ada niat yang baik, bermujahadah dan beristiqamah. Bermuajahadah ini pada waktu terawal kita cuba melakukan sesuatu tindakan yang baik.

Dalam contoh di atas membaca Al-Quran. 3 hari pertama atau minggu pertama untuk amalkan membaca Al-Quran adalah peringkat paling berat. Ada saja dugaan. Ada saja tayangan drama, ada saja kawan ajak keluar, ada saja dugaan. Jadi letakkan syarat.

 "selagi Aku tak habis membaca 2 muka surat Al-Quran aku tak akan keluar"

Selepas dah lakukan secara rutin harian maka mudah untuk istiqamah. Sebabnya tindakan atau perkara tersebut dah terjadi sebagai satu tabiat. Bila tinggal rasa pelik ibarat gosok gigi di waktu pagi, ibarat memakai jam tangan setiap hari, ibarat mandi gunakan sabun.

Sentiasa lakukan dengan bersyarat, berdisiplin dan niat yang betul. Insyaallah dipermudahkan urusan kita dalam memastikan azam tahun baru kita tercapai.

Azam Tahun Baru ?


Apa pula azama tahun baru saya tahun ini. Sebenarnya satu kongsikan sesuatu yang umum dan berkaitan blogging saja. Blogging bukan sahaja satu perkongsian suka-suka tetapi mampu dijadikan kerjaya sampingan.

Sejak blog ini diwujudkan pada tahun 2012 dan mula aktif 2015 sudah tentu tahun ini ada azam yang baru untuk dicapai.

1. Sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu. Kalau boleh nak cuba capai 5 entri seminggu.
2. Berkongsi sesuatu yang berguna pada pembaca. Arzmoha.com memang dah lama berkongsi info yang berguna untuk membantu pembaca. Tahun ini nak perbanyakkan lagi.
3. Meningkatkan pendapatan blog. Bila katakan blog sebagai kerjaya sampingan sudah tentu nak jana lebih pendapatan dari blog. Ada banyak kaedah untuk dicapai.

Itu saja rasanya azam tahun ini. Kalau ada lagi Insyaallah akan ditambah. Saya juga doakan semoga pembaca blog ini juga berjaya mencapai azam tahun baru.

Sekiranya artikel ini berguna jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan, sahabat handai dan keluarga menggunakan butang media sosial yang terdapat di atas. Terima kasih kerana sudi membaca Tips Untuk Memastikan Azam Tahun Baru Tercapai

{ 19 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta 3 Jan 2018, 12:19:00
Niat dan istiqhamah...kombinasi yang sangan penting dalam usaha membangunkan apa yang dihajati...yang sering tewas pada istiqhamah..tapi insyaAllah kalau betul-betul bersemangan tidak mustahil.
arzmoha arzmoha 3 Jan 2018, 12:29:00
itulah...sebelum sampai istiqamah peringkat mujahadah itu penting sbeelum kita tewas
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 3 Jan 2018, 13:20:00
yg penting pada diri sendiri kan?
Syuhaina Atikah Syuhaina Atikah 3 Jan 2018, 21:14:00
Good sharing abg arz.inshaallah semoga tercapai semua azam kita.
Ana Suhana Ana Suhana 4 Jan 2018, 21:20:00
Selamat tahun baru Arzmoha. Perkongsian yg sgt berguna. Dalam point di atas, bab istiqomah paling berat nak dikekalkan.

Semoga apa yg di azamkan tercapai hendaknya. InsyaAllah.
meintheswim meintheswim 5 Jan 2018, 12:10:00
Semoga akan tercapai azam itu.
Perkongsian yang baik. Terima kasih.
ASTraveller ASTraveller 5 Jan 2018, 15:44:00
haahah semoga azam thn ni tercapai. tp kdg tgh tahun entah kemana peginya azam tu huhu
Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah 5 Jan 2018, 21:35:00
ada blogger yang boleh tulis 5 entri setiap hari..

saya mampu 3 entri sahaja sehari tetapi tidak mampu istiqamah..

semoga bro berjaya mencapai azam yang diidamkan
Unknown Unknown 11 Jan 2018, 16:46:00
Kena betulkan niat semula nih, Thanls Arzmoha
dear anies dear anies 18 Jan 2018, 14:51:00
nk istiqamah smpi ke 31 disember tu lah cabaran plg bsr bg semua org
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 19 Jan 2018, 13:46:00
azam tahun ni nak dptkan zuriat..ada beberapa bln lg nak usaha hihi..doakan yaa
Jari Manis Jari Manis 25 Jan 2018, 23:35:00
sis JM pun berazam utk update lebih dari 4 entri sebulan..harap2 tercapai la heee
Bunda_nora Bunda_nora 27 Jan 2018, 05:53:00
Niat dan azam biar selari...
marshalizadotcom marshalizadotcom 27 Jan 2018, 22:50:00
Tq arz sudi kongsikan tips. Doakan azam akak tercapai tahun ni
Pha Is Pha Is 4 Feb 2018, 21:50:00
dalam banyak2, rasanya istiqamah tu yang susah.. hahaha
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 6 Feb 2018, 00:57:00
tak letak apa2 azam takut tak tercapai. tapi adalah niat untuk berusaha ke arah lebih baik gitu2 la..
Unknown Unknown 21 Feb 2018, 10:27:00
sllu smpai tgh bulan da lupe azam kite yang dah bertahun2 tinggal
hahahaha

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih