Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari

Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari

Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari | Sejak beberapa hari terputus talian internet streamyx terasa susah sangat nak menulis. Memang selama ini berasa selesa menulis menggunakan komputer berbanding telefon pintar. Bila tiada talian internet maka lebih banyak masa dengan telefon sambil tu mencari Pepatah Arab. Pepatah arab juga sudah terkenal kehebatannya. Seperti "Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari". Tahu apa maksudnya?


pepatah arab, telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari, arzmoha, pepatah arab, telur ayam, 4 biji telur ayam, kata-kata nasihat, kata-kata motivasi, syukuri jangan kufuri, tips motivasi,
Telur Hari ini Lebih baik daripada ayam esok hari

Telur Hari ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari

Sambil mencari pepatah arab terjumpa 'Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari'. Tertanya-tanya juga apa yang dimaksudkan dengan pepatah arab ini. Biasanya kita dengar 'telur atau ayam yang lebih dahulu?' betul tak?

Ayat ini seolah mempunyai makna yang sangat mendalam. Hasil dari pencarian maksud ayat ini ada yang mengatakan bahawa "jangan menundakan apa yang sepatutnya dilakukan hari ini" dan ada pula yang memkasudkan "bersyukur"

Jika dibandingkan antara telur dan ayam. Sudah tentu ayam nilainya jauh lebih mahal berbanding telur, rasanya lebih sedap. Ayam juga banyak kegunaannya seperti tahi ayam untuk baja, bulunya, berbanding telur. Telur mungkin boleh pecah sementara menanti menjadi ayam. Kegunaan kulit telurnya mungkin agak terhad memandangkan kulitnya agak lembut. Mudah kata Ayam itu sesuatu yang lebih berharga.

Apa yang menarik minat aRz, adalah maksud yang membawa kepada bersyukur. Kadangkala dalam hidup ini kita gagal untuk bersyukur kerana dua perkara. Pertama kita meletakkan diri kita sebagai fokus utama, kita sentiasa menginginkan apa yang tiada pada diri kita. Kita lupa untuk mensyukuri apa yang kita miliki sedangkan ada orang lain tidak ada apa yang kita miliki hari ini.

Sebagai contoh dalam sudut perkahwinan. Suami/Isteri/Anak sebagai satu anugerah tidak tenilai. Bilamana kita melihat pada sudut kecantikan, kekayaan, kebijaksanaan dan keturunan, maka kita mula melihat yang bukan kita miliki. Sedangkan di sudut lain, orang lain belum mempunyai Suami/Isteri mahupun anak-anak. Ini kerana kita fokus pada apa yang tiada pada diri kita.

Perkara yang kedua, kita memfokuskan pada apa yang orang lain miliki. Sedangkan apa yang kita miliki hari ini lebih baik daripada apa yang orang lain miliki. Maka kita mula-terkejar-kejar pada perkara yang orang lain miliki sedangakn benda itu belum pasti.

Semalam sudah berlalu, hari ini sudah pasti, esok hari belum tentu. Bila fikir balik apa yang aRz katakan ula-mula sekali bila tiada talian internet utama Streamyx banyak juga perkara lain yang aRz dapat lakukan hari demi hari. Antaranya mula mempunyai masa menonton filem yang ada dalam rancangan Astro Percuma 48 jam yang boleh digunakan setiap 6 bulan sekali

Dapat juga menonton Filem yang memberikan Inspirasi dan motivasi untuk kehidupan Eye In The Sky (2015). Terima kasih kerana sudia membaca dan kongsikan artikel ini Telur Hari Ini Lebih Baik Daripada Ayam Esok Hari. Hargai apa yang kita ada hari ini dan syukuri jangan kufuri.

Comments

  1. ooooo...itu maksud dia....baru faham...mula pelik baca tajuk...dah baca isi baru faham

    ReplyDelete
  2. Betul tu bro... jangan kufuri nikmat yang ada...

    ReplyDelete
  3. Seadanya syukuri..yang tiada kalau boleh usahakan..kita usahakan..

    ReplyDelete
  4. tapi saya paham kot lain..

    telur hari ini : bnda yang kita dah ada hari ni, benda yang pasti, tapi bnda tu kurang berharga

    ayam esok hari : esok yang belom lagi tiba, belum pasti. tapi bnda tu lebih hebat.

    kesimpulan:
    bnda yang pasti, yang kita dah ada hari ni, walaupun tak hebat mana berbanding apa yang mungkin akan kita dapat (tapi x pasti lagi) pada masa akan datang, lebih baik.

    jangan terlalu mengejar yang hebat yang belum pasti, sampai telur yang ada pada hari ini dilupakan dan tak dihargai.

    nnti jadi ibarat pepatah melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penerangan ni.. banyak kita boleh belajar dari pepatah dulu kala kan..

      Delete
  5. Assalamualaikum wrmbth Tuan arzmoha

    Salam jumaat

    semoga kita semua di berkati

    Kalau kita bersyukur Allah tambahkan rezeki

    ReplyDelete
  6. Oh baru mendengar perumpamaan ni..maksudnya bersyukur ya.

    Terima kasih infonya

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih