Fakta Mengenai Supermoon 14 November Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Mengenai Supermoon 14 November Yang Perlu Anda Tahu

Supermoon yang berlaku semalam iaitu 14 November 2016 yang dikatakan berlaku 18 tahun sekali berlaku pada jam 7:24 pm sehingga 9:52 pm. Mungkin ramai juga telah kongsikan gambar mengenai Supermoon yang boleh dilihat di media sosial dan juga secara 'live'. Jadi entri kali ini cuma nak kongsikan fakta mengenai Supermoon yang mungkin anda belum tahu. Sekadar perkongsian.

Fakta mengenai Supermoon, fenomena supermoon, bulan penuh perigee, 14 november 2016,
arzmoha | Sumber

Gambar diatas diambil bukan ketika fenomena Supermoon. Ianya diambil dari entri yang lalu.

Fakta Supermoon 14 November 2016

Fakta yang perlu kita tahu mengenai Fenomena Bulan Penuh Supermoon 14 November 2016.

1. Perkataan SUPERMOON tidak pernah wujud dalam istilah Astronomi.

2. Istilah SUPERMOON dipopularkan oleh seorang ahli astrologi dan menjadi viral.

3. Ketika kejadian ini bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi dan dipanggil
Perigee. Kejadian ini sebenarnya dinamakan Bulan Penuh Perigee

4. Jarak Bulan ketika kejadian fenomena ini adalah 356511 km dari Bumi

5. Kejadian Perigee berlaku sekali setiap bulan pada tarikh-tarikh berbeza.

6. Bulan Penuh kali ini kelihatan sedikit lebih terang dan lebih besar berbanding sepanjang tahun.

7. Saiz bulan tetap sama samada ketika terbit mahupun ketika tegak di atas kepala sekiranya kelihatan lebih besar ianya dipanggil Moon Illusion.

8. Supermoon kali ini lebih besar dan terang sejak 1948. Ini bermakna kejadian Supermoon semalam adalah yang paling super dari biasa.

9. Supermoon seterusnya adalah pada 25 November 2034.

10. Setiap kali bulan penuh akan berlaku air pasang besar. Tetapi ketika fenomena Supermoon ianya dijangka air pasang besar yang membuatkan semua berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Syukur alhamdulillah tiada sebabrang kejadian air pasang sehingga ke darat di dengari semalam. Sama-sama kita doakan dijauhkan dari segala bencana mahupun malapetaka.

Sumber rujukan utama dan dipercayai

FALAK ONLINE

Semoga info dan fakta mengenai Supermoon ini sedikit sebanyak memberi kita pengetahuan mengenai kejadian alam semesta ini dan khasnya buat mereka yang meminati bidang ini.


Jumpa Lagi.

Comments

  1. Replies
    1. terima kasih kak suria sudi singgah sini

      Delete
  2. lepas ni supermoon umur lela dah 40 tahun . huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipanjangkan umur kita untuk melihat kejadian alam yang menampakkan kekuasaan Allah

      Delete
  3. Banyak jugak fakta supermoon ni yang Nani baru tahu :)

    ReplyDelete
  4. Thanks info nya
    Kat Brunei pun mendung dan berawan
    Mmg tk jelas sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga yang akan datang kita dapat lihat dan menghayati kejadian alam ini insyallah

      Delete
  5. Kat tempat Mrs. A hujan tak dapatlah nak tengok

    ReplyDelete
  6. xdpt tgk smlm cuaca mendung ;-(

    ReplyDelete
  7. perigee istilah scietificnya.

    ReplyDelete
  8. Semalam hujan sampai ke malam.. dan bila dah sibuk dengan rutin di rumah terus lupa pasal supermoon ni.. eemm.. takdak rezeki nak tengok walau sipi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mendung dan hujan di banyak tempat di Malaysia...Perlis Terengganu ramai dapat tengok dengan jelas

      Delete
    2. itulah tempat saya pun tak dapat tengok dengan jelas...tapi ada rakan dari Perlis dan Terengganu dapat tengok dengan jelas...

      Delete
  9. Eh saya dekat angkasa pun tak dapat tengok bulan semalam. Perkongsian Info bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat tengok juga ka PCL...hujan ya?

      Delete
  10. cik nor super pening mlm td..sakit kpala..hehe

    ReplyDelete
  11. takde rezeki nak tengok supermoon semalam sebab hujann. :(

    ReplyDelete
  12. MasuaAllah, subahanallah. Cantik betul supermoon ni

    ReplyDelete
  13. Tengok supermoon kt fb je malam semalam.. malas nak keluar rumah tengok langit..

    ReplyDelete
  14. Salah satu tanda yg hampir tabda-tanda kiamat besar.

    ReplyDelete
  15. akak dah standby....bateri dslr dah fully charge,,tau2 hujan turun dari pukul 2 ptg sampai ke dinihari..alangkah kuciwanya..

    ReplyDelete
  16. Ada lah besar sikit saiznya dari biasa. Alhamdulillah dapat lihat

    ReplyDelete
  17. tak dapat tengok haritu..hujan lebat huhu

    ps nice info..thanks for sharing!

    ReplyDelete
  18. thanks for info..baru tahu..siyess irda tak tahu tentang ni cuma org banyak dok update fb...baru tahu tentang fenomena tu..mak aihh lama lagi 2034..masa tu hidup ke.tidak irda tu..huhu

    ReplyDelete
  19. menarik. rasanya ramai tak tahu tentang fakta sebenar tentang bulan ni.

    ReplyDelete
  20. fenomena supermoon yang luarbiasa. thanks atas info :D

    ReplyDelete
  21. Reen tak dapat tgk supermoon.. Awan menutupi langit. Syg.. Syg..

    ReplyDelete
  22. wah, memang bagus fakta ni. 300ribu++ jarak tu kira paling hampirlah setakat nikan

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih