Masa Ibarat Pedang

Masa Ibarat Pedang

Bak kata Pepatah Arab " Masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita'. Setiap dari kita diberikan masa yang sama 24 jam, 1440 minit atau 86400 saat sehari betul ka?
Kadang kita lihat ada orang mampu buat berbagai-bagai urusan dalam satu hari. Boleh bahagi masa sebaiknya. Ada masa untuk dunia dan akhirat. Orang seperti ini sangat hebat.


masa ibarat pedang, pedang, urus masa dengan baik, urus masa untuk dunia dan akhirat,
credit Sword of Might

Tak dinafikan semua dari kita ada komitmen tersendiri. Dalam 24 jam kita akan bahagi masa sebaiknya untuk dunia dan akhirat. Termasuk dalam urusan berblogging juga tak terkecuali. Kita yang memilih jalan mana yang ingin kita tempuhi.

Jangan nanti setelah masa berlalu kita menyesal tak sudah. Gunakan masa sebaiknya termasuk memperuntukkan sedikit masa untuk orang yang kita sayang. Sebagai contoh, 

- waktu anak kecil jangan kita biarkan dia membesar tanpa sempat kita peruntukkan sedikit masa untuk ia merasa kasih dan sayang.
- Waktu ibubapa kita semakin tua usianya jangan abaikan, kerana waktu ini mereka memerlukan kasih dan sayang kita pula seperti mana mereka mencurahkan kasih dan sayang suatu ketika dahulu.

Semoga dengan pengurusan masa yang baik kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah selepas ini banyak lagi yang ingin aRz kongsikan di arzmoha.com.

p/s : Sejak kebelakangan ini agak sibuk menguruskan urusan Pembekal Bantal Hotel Penang boleh juga baca mengenainya disini Bantal Hotel Murah.

Jumpa Lagi

{ 10 comments.. read them below or add one }

anajingga anajingga 23 Aug 2016, 12:24:00
masa yang berlalu tak mungkin berpatah balik semula, pengisiannya yang amat bermakna di setiap ketika sepanjang perjalanan kehidupan kita di atas mukabumiNya ini:)
dear anies dear anies 23 Aug 2016, 13:15:00
demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..
aizamia 3 aizamia 3 23 Aug 2016, 15:29:00
Bila tiada baru terkial2 mengharapkannya kembali. Itulah perkara yang tak akan saya ulangi.
Etuza Etuza Etuza Etuza 23 Aug 2016, 16:29:00
Tepat..sekali..sharp dan tep[at tak akan undur lagi
hainom OKje hainom OKje 23 Aug 2016, 22:19:00
Rasa mcm tak cukup masa kan Arz....tp tu dululah, zaman kerja. Sekarang ni alhamdulilah terlebih masa, cumanak layan malas jerlah
Pha Is Pha Is 23 Aug 2016, 23:08:00
al waqtu kassaif, in lam taqto'hu, qotoa'ka...
ayunie ramli ayunie ramli 24 Aug 2016, 09:18:00
betul2. dah terlepas waktu, tak leh dapat balik. quality time tu penting.
suri suri 24 Aug 2016, 14:41:00
masa akan berjalan kalau kita tak buat sesuatu perkara manfaat memang terasa amat rugilah orang tu kan
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 25 Aug 2016, 10:47:00
Sama2 kita uruskan masa dengan baik..Semoga perjalanan masa yg kita lalui tak disia2kan
Jari Manis Jari Manis 31 Aug 2016, 14:42:00
sehari 24 jam pun rasa masih x cukup..adei..x pandai lah nk urus masa ni

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih