Salam Browser | 5 Sebab Mengapa Remaja dan Ibubapa Perlu Menggunakannya

Salam Browser | 5 Sebab Kenapa Remaja dan Ibubapa Perlu Menggunakannya

Salam Browser merupakan produk islamik iaitu sebuah pelayar web halal yang menerapkan beberapa ciri keselamatan dan perlindungan buat pengguna yang mematuhi undang-undang syariah. Ianya juga sebagai salah satu cara untuk mendidik kita adab dan etika ketika melayari internet yang mana menjadi keperluan utama hari ini. Tujuan utama perkongsian hari ini adalah untuk menerangkan 5 sebab kenapa remaja dan ibubapa perlu menggunakan pelayar web Salam Browser ini. Ia merupakan PERCUMA seperti browser lain dan boleh mencuba memuat turun di www.salambrowser.com.

salam browser, pelayar web patuh syariah, browser elak iklan spam dan scam, browser ringan dan jimat data, mengapa remaja dan ibubpa perlu menggunakan salam browser, kelebihan salam browser,
Salam Browser pelayar web selamat dan dan dilindungi

5 Sebab Mengapa Remaja dan Ibubapa Perlu Menggunakan Salam Browser

Salam Browser mempunyai beberapa ciri yang membolehkan aRz kongsi 5 sebab mengapa ibubapa dan remaja perlu menggunakan. Sebelum itu, untuk pengetahuan anda pelayar web (browser) ini telah pun menyekat lebih 1.4 juta laman web lucah, perjudian, pengisian yang memudharatkan serta yang dilarang oleh agama. Tambahan pula kita berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat sebaiknya memngambil peluang untuk membuat sedikit perubahan menggunakan pelayar web yang patuh syariah dan merupakan produk islamik dimana dapat menyekat pandangan kita terhadap laman web, gambar mahupun video yang membolehkan mengurangkan pahala puasa. Menarik bukan? 5 sebab yang ingin aRz kongsikan adalah :

1. Internet Keperluan Utama Hari Ini 

Internet merupakan keperluan utama dalam menjalani kehidupan harian. Tidak kira buat ibubapa mahupun remaja. Tambahan pula pada bulan Ramadhan dimana pada ibu-ibu sibuk untuk mempelbagaikan menu berbuka mahupun sahur, remaja pula mengisi waktu lapang diantara berbuka dan selepas sahur. Bila internet menjadi suatu keperluan utama ianya bermaksud digunakan secara kerap kali. Walaupun ibubapa telah mendidik dan menjauhi anasir negatif pada anak-anak tetapi dalam melayari internet kadang-kadang ianya tetap muncul tanpa diundang. Walaupun kandungan itu sebilangan kecil tidak bermakna tidak mampu mempengaruhi minda anak-anak. Jangan kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga. 

Tidak setiap masa kita mampu mengawasi apa yang dilakukan anak-anak ketika melayari internet. Melainkan anda seorang ibubapa yang mahir dalam IT. Dengan kelebihan Salam Browser mampu menapis perkara seperti gambar, iklan dan video yang tidak diingini muncul secara tiba-tiba. Ianya juga mengelakkan iklan yang mempunyai virus yang mampu menggangu kelancaran komputer anda.

salam browser, mengapa remaja dan ibubapa perlu menggunakan salam browser, browser patuh syariah, browser islamik, cara mudah download video youtube, elak iklan unsur lucah dan video lucah,
Salam Browser | penting untuk pelayar internet tegar

2. Memuat Turun Video dari Youtube

Salam browser mempunyai kelebihan sekiranya kita membuka youtube, anda akan dapat melihat plugin yang membolehkan seseorang memuat turun video terus dari youtube. Seperti aRz katakan video yang mempunyai kandungan yang tidak baik sudah pun ditapis dari hasil pencarian. Remaja hari ini yang merupakan pelajar sudah pasti memerlukan video untuk dimasukkan kedalam 'slide presentation' supaya lebih menarik sebagai contoh dan menarik perhatian penonton mahupun menggunakan video tersebut untuk dijadikan perkongsian di laman sosial. Bagus bukan?

Selain dari itu sebagai seorang ibubapa, aRz akui perlu memuat turun video lagu dan filem animasi pendek yang berguna untuk tontonan Cik Puteri. Kanak-kanak lebih mudah belajar daripada video dan juga lagu. Seperti lagu-lagu islamik mahupun filem animasi bersiri upin dan ipin, 'voice of ummi' yang memberi banyak manfaat dan berguna. Takkan setiap masa nak tonton secara online? 

Fungsi ini membolehkan kita memuat turun video dalam format MP4, Flash Video atau 3GP dengan berlainan resolusi bergantung kepada sumber video tersebut. Anda juga boleh memuat turun audio sahaja seperti ceramah agama motivasi.

salam browser, pelayar web sesuai untuk ibubapa, cara mudah download video dari youtube, elak aib ketika online,
Tonton youtube bersama Cik Puteri

3. Menjimatkan Data

Antara sebab lain kenapa perlu menggunakan Salam Browser adalah ia mempunyai fungsi penjimatan data. Khas buat remaja hari ini yang merupakan pelajar secara tidak langsung menggunakan data broadbrand atau hotspot yang agak terhad sekiranya institusi pengajian tidak menyedakan wifi percuma. Dengan fungsi ini sekurang-kurangnya dapat menjimatkan data untuk kegunaan lain dalam menyiapkan tugasan pembelajaran.


4. Mengelakkan Aib

Hari ini boleh dikatakan ramai yang melakukan kerja di tempat-tempat awam seperti restoran, kedai makan, atau mana-mana lokasi yang menyediakan akses internet. Cuba bayangkan jika kita sedang mencari di carian 'google' tiba-tiba muncul gambar yang kurang menyenangkan. Bukankah boleh membawa salah faham pada orang di sekeliling? Penat-penat menjaga keterampilan diri tetapi dicacatkan oleh iklan bergambar mahupun video yang tidak senonoh dan juga kurang menyenangkan. Malu diri sendiri walaupun bukan dengan keinginan.

5. Hadis Terpilih

Boleh dikatakan inilah satu-satunya browser yang memaparkan hadis-hadis terpilih pada halaman tab baru dibuka. Salam browser tak ada beza dengan google chrome. Boleh dikatakan sama. Kalau sebelum ni dah pernah guna jangan risau tak akan ada masalah. Jadi dengan perkongsian hadis terpilih sekurang-kurangnya kita telah membaca sesuatu yang baik di permulaan setiap hari.
hadis terpilih pada salam browser, elak aib ketika online, etika mengunakan internet, browser jimat data dan laju,
Salam Browser | Paparan Hadis Terpilih
Salam browser sebuah pelayar dikatakan patuh syariah dan merupakan produk islamik yang ampu untuk menghalang dan menapis laman web, gambar dan video di youtube serta iklan yang mempunyai unsur negatif. Paling penting apabila kekerapan kita dan remaja hari ini menggunakannya sebagai satu keperluan utama. Jom jadikan Ramadhan ini suatu perubahan dalam kehidupan kita.

Nota : Pelayar web atau browser ini hanya untuk pengguna window sahaja. Ia masih dalam tempoh percubaan dan mudah-mudahan ada versi lain dan juga android.

Terima kasih sudi membaca 5 Sebab Mengapa Remaja dan Ibubapa Perlu Menggunakan Salam Browser

Comments

  1. Assalamualaikum.
    Info yg sangat berguna.utk nak dload video dr youtube,maksudnye..kita kene buka youtube guna salambrowser la ye baru leh dload video?mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam encik suami...

      ya..kena guna salam browser. buat waktu ni browser ini hanya support pengguna window sahaja.

      Delete
  2. parents n bakal parents sila take note ;-)

    ReplyDelete
  3. Memang bagus apalagi kepada kita org Islam..

    ReplyDelete
  4. bagus nie.
    kena download lalu..

    ReplyDelete
  5. Salam browser ni memang bagus sangat. tak ada lah kita expose dengan benda2 yang tak elok. Nani pun dah download ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nani...tambahan di bulan puasa....

      Delete
  6. sesuai untuk yang punyai anak2 yang rajin menyelongkar isi maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik install awal supaya mereka selesa dengan browser ini dan sentiasa menggunakannya

      Delete
  7. Info yg bagus ni dik..
    ThNks for sharing

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar tp tak faham apa. Rupanya benda ni mcm google lah ek, yahoo gitu. Kita search guna Salam browser. Gitu ke Arz...maklumlah mak kilauan kan hihi...lambat pick up

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar tp tak faham apa. Rupanya benda ni mcm google lah ek, yahoo gitu. Kita search guna Salam browser. Gitu ke Arz...maklumlah mak kilauan kan hihi...lambat pick up

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengokkan dari segi rupa dan cara guna sebijik macam google chrome. kalau install dan bagi orang yang pernah guna google chrome mungkin dia tak akan perasan mengenai browser ini. Sama saja cuma beza dari segi menapis kandungan yang bakal keluar.

      Delete
  10. Thanks sharing info... mmg patut kita semua download Salam Browser ni... informasi terjaga, kehidupan sejahtera.

    ReplyDelete
  11. Wahhh bagus la salam browser ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa mencuba ya....bagus untuk semua

      Delete
  12. wow! tak sangka ada website yang bebetul menjaga kebajikan umat islam sekarang ni. kalau selalu kita cuma boleh edit dekat setting. now dah tak payah risau ada leak. Terima kasih! InsyaAllah akan menggunakan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa download dan gunakan...kalau ada cadangan boleh ajukan pada salam browser

      Delete
  13. kite bukan remaja n bukan ibu bapa =P tapi itew suka je idea menda ni..
    memang skarang kena tapis macam2.. senang sngt jumpa benda tah pape kat tenet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...sekarang zaman yang semakin mencabar...elak ke sini ada di sana...

      Delete
  14. wow. first time dengar pasal Salam Browser ni. macam menari je. nanti nak try

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih