Nuzul Al-Quran 1437H
Nuzul Al-Quran, dimana nuzul itu bermaksud turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. Al-Quran seperti semua faham bacaan atau himpunan ayat yang lengkap yang bukan sahaja menjelaskan mengenai hukum Agama Islam sahaja tetapi ianya sebuah Eksiklopedia lengkap untuk manusia sekelian alam yang menjelaskan mengenai tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains dan teknologi dan sebagainya termasuk kisah-kisah Nabi terdahulu.
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Diturunkan secara berperingkat. Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah lima ayat pertama surah Al-Alaq melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S.
![]() |
Salam Nuzul Al-Quran |
Salam Nuzul Al-Quran. Diatas merupakan serba sedikit ringkasnya mengenai nuzul Al-Quran. Memandangkan Pulau Pinang juga cuti sempena Hari Nuzul Al-Quran mudah-mudahan dapatlah memanfaatkan cuti pada hari ini. Mungkin dapat juga digunakan untuk berehat sejam dua supaya tidak terlalu mengantuk pada malam hari untuk menunaikan ibadah terawaih dan sebagainya.
Perlu juga kita fahami Al-Quran tidak diturunkan untuk disimpan di rak-rak buku tetapi ianya untuk dibaca, difahami dan diamalkan. Sempena juga Ramadhan Al-Mubarak ianya masa yang terbaik untuk kita kembali membaca dan menjadikan sebagai amalan setiap hari walaupun selepas Ramadhan pergi meninggalkan kita. Lakukan penambahbaikan dari masa ke semasa. Seperti mengikuti kelas bacaan Al-Quran untuk memperbaiki bacaan serta mengikuti kelas Tafsir Al-Quran dan sebagainya. Insyaallah.
Al-Quran juga mempunyai banyak kelebihan antaranya penawar (as-syifa) dan juga memberi syafaat di akhirat kelak. Gunakan masa dan umur yang ada sebaiknya. Mudah-mudahan kita berjaya di dunia dan akhirat.
Insyaallah.