The Cendol Champion | Cendol Menarik Di Wakaf Tengah Kuala Terengganu

The Cendol Champion | Makan Cendol Menarik Di Wakaf Tengah Kuala Terengganu

The Cendol Champion | The Cendol Champion memperkenalkan beberapa menu cendol yang menarik terletak di Wakaf  Tengah Kuala Terengganu. Ianya sebagai salah satu program mencari makan menarik ketika berada di Kuala Terengganu baru-baru ini. Antara cendol yang popular adalah Cendol Durian. Jom baca apa lagi cendol menarik yang disediakan...

Cendol durian viral, The Cendol Champion kuala terengganu, cendol hipster, cendol menarik di malaysia, makan menarik di kuala terengganu, cendol menarik kuala terengganu,
The Cendol Champion | Cendol Durian

Apa Yang Menarik Dengan The Cendol Champion?

Cendol sebenarnya rasa sama saja...yang menariknya The Cendol Champion adalah rasanya yang tidak terlalu manis. Tak percaya kena cuba sendiri....Seperti yang aRz ceritakan pada entri sebelum ini. Hari pertama lagi setelah tiba di Kuala Terengganu dah pun mencuba salah satu menu di The Cendol Champion. aRz sendiri yang tidak selalu berada di pantai timur memang merasakan cuaca di sana agak panas berbanding di utara malaysia. Jadi kerap kali membasahi tekak dengan cendol apatah lagi ketika 'El Nino' melanda Malaysia tempohari.

cendol champion kuala terengganu, cendol viral di facebook, cendol durian,
Di The Cendol Champion

Layan cendol ketika balik baru-baru ini sampai terbawa-bawa kenikmatan cendol sampai kali ini.. Bukan sekali tetapi 3 kali. Sebenarnya teman orang lain menikmati cendol. Sampai biras dan adik ipar pun hairan macam mana aRz boleh tau gerai cendol ni. Senang ja tips dia..."google"  :)

gerai lepak di kuala terengganu, tempat minum best di kuala terengganu, cendol champion, gerai menarik di kuala terengganu,
Cendol Champion lagi di hari yang lain

Menu Yang Terdapat Di The Cendol Champion dan Senarai Harga

Antara menu yang disediakan di The Cendol Champion Wakaf  Tengah Kuala Terengganu boleh dalam gambar dibawah lengkap dengan harga yang disediakan. Ada beberapa jenis cendol yang disediakan Cendol Buah seperti buah longan, rambutan, pisang dan buah campur. Terdapat juga Cendol bermusim iaitu mengikut musim buah seperti cendol durian, cendol mangga dan cendol durian belanda. Mungkin bagi mereka yang tidak menyukai cendol boleh menikmati ABC atau Air Batu Campur.


menu dan harga di the cendol champion wakaf tengah kuala terengganu, cendol menarik di kuala terengganu, cendol hipster, cendol sedap di kuala terengganu, cendol pantai timur,
Menu dan harga di The Cendol Champion

Apa yang aRz sempat rasai adalah Cendol Durian, Cendol Pisang, ABC Oreo dan ABC Jagung. Paling sedap dan patut anda cuba adalah Cendol Durian + Pulut. Memang sedap. Walaupun aRz bukan penggemar durian tapi masih boleh merasai cendol durian sebaiknya. Harga menu di sini bermula dari RM 2.50 sehingga RM 10

Boleh 'add-on' aiskrim, oreo, pulut, jagung dan juga kacang merah.


ABC Orea Cendol Champion,The cendol Champion, ABC menarik di kuala terengganu, ABC hipster, makan menarik di kuala terengganu, makan best di kuala terengganu,
ABC Oreo + Aiskrim 

Cendol Pisang di The Cendol Champion wakaf tengah kuala terengganu, makan menarik di kuala terengganu, cendol menarik di kuala terengganu, cendol hipster, cendol pisang,
Cendol Pisang

Sebelum terlupa terdapat juga Cendol 3 Layer di The Cendol Champion. Senang kata diorang ni memang champion bab cendol ni. Selain dari cendol juga terdapat Nasi Lemak, Maggi goreng dan lain-lain makanan untuk mengisi perut.


cendol 3 layer kuala terengganu, cendol menarik di terengganu, cendol viral, cendol champion,
Cendol 3 layer | Instagram The Cendol Champion

Gerai yang diperbuat daripada kontena. Kemas dan menarik. Cuaca panas tak terasa kerana angin yang bertiup kerana kawasan ini berdekatan dengan laut.

lokasi kedai condol champion wakaf tengah kuala terengganu, makan menarik di kuala terengganu, cendol hipster, lepak di kuala terengganu,
The Cendol Champion

makan menarik di kuala terengganu, cendol menarik kuala terengganu, cendol hipster, cendol durian viral di facebook, cendol wakaf tengah,
Cendol Champion

pulut pink The cendol champion wakaf tengah kuala terengganu, cendol menarik di kuala terengganu, makan menarik di kuala terengganu,
Pulut

Inilah gambar pulut yang disediakan kepada anda yang ingin merasai cendol pulut. Berwarna pink nampak unik. 

Lokasi The Cendol Champion Wakaf  Tengah Kuala Terengganu


Sebenarnya ia terletak dilaluan utama untuk ke Kelantan. Boleh tengok 'maps' dibawah. berdekatan dengan lokasi gerai AKOK yang aRz rasakan paling sedap yang pernah dicuba. 

The Cendol Champion
7091-A, Kampung Wakaf Tengah,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.


Waktu operasi/perniagaan

Rabu hingga Isnin jam 12 tengahari - 7 malam
Jumaat dari jam 3 petang- 10 malam

Beroperasi di Bulan Ramadhan pada hari kedua berpuasa
dari jam 3.30 petang - 7 petang




Untuk sebarang pertanyaan hubungi The Cendol Champion

instagram : CendolChampion
Facebook : The Cendol Champion
Telefon : 0199506900

Jangan lupa untuk mencuba sendiri menu yang terdapat di The Cendol Champion kalau bercuti di Kuala Terengganu. Insyaallah ada rezeki dan waktu aRz akan kongsikan lagi tempat makan menarik di Kuala Terengganu dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga membantu anda menemui gerai cendol ini.

Jumpa Lagi. The Cendol Champion | Cendol menarik di Wakaf  Tengah Kuala Terengganu

{ 32 comments.. read them below or add one }

Inani Hazwani Inani Hazwani 4 Jun 2016, 11:11:00
Meriahnyaa cendol dekat sini, memang champion lah. Terliur tengok, musim musim panas memang sedap makan cendol :)
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 4 Jun 2016, 12:43:00
Macam-macam cara berbusiness sekararng ni kan.
Kalau bijak mengatur memang jadi tumpuan
drshikinzainal @ ekin drshikinzainal @ ekin 4 Jun 2016, 22:48:00
Semuanya nampak menarik.
Bestnye Arz berjalan sampai ke Terengganu. Saya pernah Kuala Terengganu dalam 5tahun lepas. Lama dah....anak pun dah besar.
arzmoha arzmoha 4 Jun 2016, 23:35:00
Bukan jalan Dr shikin tapi balik kampung isteri
arzmoha arzmoha 4 Jun 2016, 23:35:00
Cendol biasa pun terlioq apatah lagi cendol durian
arzmoha arzmoha 4 Jun 2016, 23:36:00
Betul... Strategy dan inovasi tu penting
arzmoha arzmoha 4 Jun 2016, 23:36:00
Betul tapi kalau kerap makan boleh batuk huhu
Zafirah Kama Zafirah Kama 5 Jun 2016, 20:28:00
wow ! cendol kena time panas, memang best...

selamat berpuasaa
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 6 Jun 2016, 09:48:00
nmpk pun menarik.. tersusun elok ja..sdp je nak telan.
aboya aboya 6 Jun 2016, 09:50:00
memanggg winnn kan cendol champion.. dapp uhh dapp uhh... untung datang ganu
Encik Suami Encik Suami 6 Jun 2016, 10:47:00
Assalamualaikum

Datang singgah n follow.
tue diaa..dh la hari pertama puasa.sume nmpk sedap
Izwa Kamaruddin Izwa Kamaruddin 6 Jun 2016, 10:51:00
wahhhhhhh maveles nyerrrr cendol dia !!
Unknown Unknown 7 Jun 2016, 15:24:00
ulalala "sesungguhnya saya sedang berpuasa" huhuhu
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 8 Jun 2016, 10:35:00
okey, cik en buka time puasa,, terliuq
Mrs. A Mrs. A 8 Jun 2016, 11:06:00
Waaa...variety ya cendol sesaui dengan nama champions.

Kalau di Seremban famous dengan cendol Songkok Tinggi.

Adoi! sabar ajelah nak tunggu hingga berbuka puasa nanti.
Bonde Zaidalifah Bonde Zaidalifah 9 Jun 2016, 12:13:00
wahhh meleleh tengok cendol tu... sedapnye..
JA JA 10 Jun 2016, 10:43:00
Hamboii Cik Puteri makan cendol tak ajak mummy pun ea.. sob sob sob
JA JA 10 Jun 2016, 10:44:00
wow ABC champion tu memang champion la..
JA JA 10 Jun 2016, 10:45:00
Ala awat kat Terengganu.. ingat Penang, baru balik ni nak try..T_T
Jari Manis Jari Manis 10 Jun 2016, 12:50:00
mmg champion lah..terliur tgk skrg ni terutama time pose mcm ni..scroll laju2
Ana Jingga Ana Jingga 11 Jun 2016, 13:47:00
Ya Allah menyesalnya masuk arzmoha tengahari ramadan ni, punyalaa sedap-sedap menu dia, kalau dekat2 area ni kena cari gak kedai ni try test makan cendul :)
OKje OKje 15 Jun 2016, 06:36:00
Menarik jugak deko kedai dia ye Arz.... berpada pada jugak nak minum ais panas panas gini Arz, kang sakit tekak...

Hari tu minum cendol gak masa balik kg. Cendol Durian. Tp yg tak puas hatinya waduhhhhh lambat banget
arzmoha arzmoha 15 Jun 2016, 07:40:00
betul kak hainom silap haribulan sakit tekak....tapi bilas dengan air suam...hehe
arzmoha arzmoha 15 Jun 2016, 07:40:00
ala....tak dapat elakkan hehe
arzmoha arzmoha 15 Jun 2016, 07:47:00
kena cari pula la mana tahu ada di Penang
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 20 Jun 2016, 14:39:00
wow menggoda.. dapnyeeeee buka posa ngan cendol ke tetiba ehhe..
arzmoha arzmoha 20 Jun 2016, 19:24:00
mana nak cari cendol sedap time bulan puasa ni
Amelia Amelia 23 Jun 2016, 00:03:00
pergh yang Oreo tu menggoda betul! adik dah la tengah ada dekat Ganu skang. bole la suh dia try
Unknown Unknown 29 Jun 2016, 15:56:00
Wah menariknya,boleh pi Ganu makan cendol ni

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih