10 Tempat Gantung Kunci (Key Holder) Kreatif Mengikut Minat

10 Tempat Gantung Kunci Yang Kreatif Mengikut Minat

10 tempat gantung kunci ( key holder ) yang kreatif mengikut minat. Setiap dari kita mempunyai minat pada bidang tertentu. Adakalanya minat menjadi kunci kepada kejayaan seseorang. Dengan minat seseorang itu mampu fokus pada tahap maksima. Cumanya kali ini nak kongsikan 10 tempat menyimpan kunci atau menggantung kunci (key holder) berdasarkan minat seseorang. Jom saksikan...

creative key holder, honeycomb key holder,
Sarang Lebah Honeycomb

Tempat gantung kunci Sarang Lebah ( honeycomb)

Yang pertama adalah tempat gantung kunci yang berbentuk hexagon atau lebih dikenali sebagai sarang lebah. Kreatifnya mungkin ianya direka khas buat peminat madu lebah atau pengusaha lebah atau sesiapa saja yang berkenaan dengan lebah. Harap-harap tak ada yang menggunakan key holder ini sebagai hint untuk mencari "madu".

Sarang Lebah

Tempat Gantung Kunci Tali Pinggang Keledar (Seat Belt Buckle)

Yang kedua khas buat peminat bidang automotif atau peminat kereta. Kreatifnya sangat ini. Cuma nak dapatkan set ini mungkin perlu di tempat kereta terpakai atau sebagainya. Ia menunjukkan betapa minatnya seseorang itu pada bidang automotif anda memang peminat kereta sejati.

kreatif tempat gantung kunci, creative key holder, key holder untuk peminat kereta,
Tali pinggang keledar (seat belt buckle)

Tempat Gantung Kunci Lego

Ketiga, rasa macam tak perlu cerita mesti dah boleh agak kan? Kalau ada di rumah korang memang peminat Lego sejati. Rasa macam mudah ja nak buat....Ada masa dan lebihan Lego cubalah buat key holder ini.

tempat gantung kunci lego, lego key holder, kreatif tempat letak kunci,
Lego

Tempat Gantung Kunci Peminat IT

Keempat ni pun rasa macam tak perlu nak terangkan lagi. Tengok gambar pun rasanya dah macam boleh buat sendiri di rumah kan. Cuma minat atau tidak pada key holder jenis ini. Mungkin sesuai pada programmer, pegawai IT, pelayar internet 24 jam dan sebagainya. Kreatif tak? 

Internet port Key Holder

Tempat Gantung Kunci Khas Untuk Anak Kecil

Tempat gantung kunci seterusnya ini mungkin sesuai untuk anak-anak anda untuk menggalakkan si kecil belajar meletakkan kunci di tempat asalnya. Jadikan sebagai tabiat dan barulah mereka mampu berdisiplin bila besar nanti. Tidaklah letak kunci atau barang kesayangan merata-rata tempat. Kreatif untuk kanak-kanak atau boleh diletakkan di Taska.

Key holder for kids, school

Tempat Letak Kunci Bola Tennis

Kalau dah kata minat pada sukan, contohnya peminat bola sudah semestinya tidur bola mandi bola makan bola....betul tak...Ini pula khas buat peminat sukan tennis. Yang minat bola sepak mungkin boleh cuba letak bola sepak yang berukuran kecil...boleh ker?
Key holder

Tempat Gantung Kunci Untuk Peminat Warna

Ada segelintir antara kita memang minat warna warni. Kalau dua warna saja rasa macam tak meriah. Pernah tak jumpa kawan-kawan masa belajar buat nota penuh warna warni? Mungkin boleh jadikan idea tempat gantung kunci di rumah anda. Pemilik kedai cat pun boleh juga rasa atau jadikan warna itu untuk kunci-kunci tertentu.



Colourful Key Holder

Tempat Gantung Kunci Rumah Burung

Yang ini juga agak kreatif dimana boleh juga buat secara DIY kelihatan seperti rumah burung. Dimana keychain pula terdapat gambar burung. Sesuai buat peminat burung.

Tempat gantung kunci rumah burung

Tempat Gantung Kunci Untuk Pendaki

Untuk tempat gantung kunci ini agak susah untuk buat sendiri atau DIY. Mungkin boleh mencari di ebay dan sebagainya. Hanya yang minat mendaki sahaja akan erti pendakian sebenar cewaahhh cerita macam pendaki tegar pulak.


Climbing

Tempat Gantung Kunci Kreatif

Tempat gantung kunci yang terakhir ini tak digalakkan. Tetapi jika anda benar-benar lain dari yang lain mungkin akan meminatinya. Cuba bayangkan kalau dah terlambat nak ke kelas, ke pejabat atau ada hal kecemasan...huhu risau key holder ni hancur atau terlambat beberapa minit untuk mengeluarkan kunci....fikir dulu sebelum mencuba.
key holder

Mungkin ada lebih banyak lagi tempat gantung kunci atau key holder yang lebih kreatif di luar sana. Sekadar berkongsi untuk anda semua. Semua gambar ini diambil dari Pinterest. Semoga membantu anda yang mungkin sedang mencari kelainan pada tempat gantung kunci di rumah anda.

Jumpa Lagi

{ 51 comments.. read them below or add one }

The KehalusanKelembutan The KehalusanKelembutan 5 Apr 2016, 07:31:00
salam , wah macam macam dah pesen sekrang , semuanya dah kreatif
najwa zahid najwa zahid 5 Apr 2016, 08:20:00
yg lego tu best. boleh letak byk n x mudah jatuh
Mummy Julia Mummy Julia 5 Apr 2016, 08:43:00
internet port dan seat belt buckle tu memang unik gilosss... mana nak cari ni.. adoiii dah teringin la pulok..
AziRahmanDot Com AziRahmanDot Com 5 Apr 2016, 08:43:00
kak zi pilih tempat gantung kunci sarang lebah,....sesuai dgn penternakan lebah kelulut..hehe
timm bill timm bill 5 Apr 2016, 09:57:00
nk internet port tu..lawoo..hihi..
canggih sgt last tu..mngamuk klau lmbat..
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 5 Apr 2016, 10:40:00
paling berkenan dgn yang lego tu! cantik~
Khir Khalid Khir Khalid 5 Apr 2016, 10:43:00
Cantik tempat kunci yg 1st tu... konsep sarang lebah mmg sempoilah... menarik... :)
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 5 Apr 2016, 10:57:00
Menarik sangat semuanya buat kakak tersenyum sebab tak terfikir pun tempat gantung kunci boleh dibuat dari ini semua.
husna zahidi husna zahidi 5 Apr 2016, 12:39:00
macam2 rupa dan semuanya menarik! :D
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2016, 16:06:00
wsalam. hehe mengikut minat masing-masing
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2016, 16:07:00
wsalam. hehe mengikut minat masing-masing
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2016, 16:07:00
cumanya satu key chain satu kunci...kalau letak banyak-banyak macam kunci bank...takut tak lekat
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2016, 16:08:00
kalau tak silap di ebay ada....
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2016, 16:11:00
kan kak zi....rumah owner madu kelulut kena letak konsep madu...
Norazira Iera Norazira Iera 5 Apr 2016, 16:17:00
wah kreatifnya..boleh cari satu untuk rumah..huhu
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2016, 16:23:00
baru kongsi..belum buatkan hehehe....bila nak buat...errr
aRz MoHa aRz MoHa 5 Apr 2016, 16:32:00
internet port tu nampak mudah nak buat...kena rajin skit la
yanie yusuf yanie yusuf 5 Apr 2016, 16:37:00
alah comel je.. tempat letak kunci.. yeahh yanie dah join: Giveaway Bernilai RM500?? wow!!

http://www.yanieyusuf.com/2016/04/giveaway-blogger-utara-bernilai-rm500.html
kenny merligal kenny merligal 5 Apr 2016, 18:02:00
Simple dan kreatif, thanks for sharing.
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2016, 12:35:00
tambahan kalau memang minat makan madu...
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2016, 12:41:00
itulah kak...arz sendiri pun tertarik dengan kretiviti pemilik idea ini
aRz MoHa aRz MoHa 6 Apr 2016, 12:42:00
terima kasih semoga berjaya
Kamsiah Yusoff Kamsiah Yusoff 6 Apr 2016, 16:12:00
akak suka yg sarang lebah tu..
yusrina yusrina 6 Apr 2016, 16:14:00
hello i'm yusrina greetings from malaysia please visit me at http://albumretro.blogspot.my/
Suriaamanda Suriaamanda 6 Apr 2016, 16:29:00
salam Arz...wah..macam2 jenis ada ye...kreatif
zaitie hasnan zaitie hasnan 6 Apr 2016, 20:40:00
semua kreatif2 ya, paling suka yg sarang lebah & pendaki tu
siti hazreen siti hazreen 6 Apr 2016, 22:07:00
honey comb dengan lego tu lawa sangat!
Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 7 Apr 2016, 15:15:00
emm yg bola tenis tu PCL mcm nak tiru lah...haha ada 2 bijik bola akan ku kerjakan nt ..Tq Arz bg pilihan idea.
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 7 Apr 2016, 16:12:00
Fuyoo mcm2 pattern adaaa...terberkenan kat lego tuu..mojon belikan utk kak lya satu arz hahahaha
Nor Azimah Nor Azimah 10 Apr 2016, 17:36:00
Ada satu dah, hadiah org bagi lbh kurg cam rmh burung tu
Abam Kie Abam Kie 11 Apr 2016, 07:14:00
wah! mcm2 ada. kreatif tul..terpesona abam melihatnya...
Wanyob Wanyob 12 Apr 2016, 20:37:00
Tengok yang paling femes yang rumah burung tu .
iffah hussin iffah hussin 14 Apr 2016, 15:32:00
wah kreatifnye... menarik sekali!
Mawardi Yunus Mawardi Yunus 14 Apr 2016, 23:45:00
design2 yang snagat inovatif dan memudahkan
anajingga anajingga 19 Apr 2016, 22:21:00
cun semuanya kan... macam nak jerr ;)
umi alya umi alya 20 Apr 2016, 18:44:00
Buat ntuk akak satu aRz..
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 22 Apr 2016, 12:40:00
Kreatif sungguh la tempat letak kunci tu, semuanya boleh DIY kan
Jari Manis Jari Manis 10 May 2016, 22:56:00
semua cute...jgn harap nk buat sendiri x kreatif..tgn keras
dear anies dear anies 10 Jun 2016, 14:46:00
sooooooooooooooooooooo kreatifffffff

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih