Lepak Di Tea Boss Perlis | Drink Like A Boss
Tea Boss Perlis merupakan antara 10 outlet yang dibuka di Semenanjung Malaysia Oleh Tea Boss. Menerusi trademark "drink tea like a boss" memenuhi citarasa peminat tea, kopi, coklat dan lain-lain perisa . Tea Boss Perlis diusahakan oleh sepasang suami isteri bertempat di Repoh, Kangar Perlis. Sedikit latar belakang mengenai Tea Boss ianya merupakan inovasi anak muda yang berpengalaman dalam bidang perhotelan dan pengasas Tea boss sendiri berasal dari Sungai Petani.


Geng Blogger Utara tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri kenikmatan air bekas besar bermacam perisa dari Tea Boss. Antara Geng Blogger Utara yang hadir Zumal Pha Is Zya dan Blogger jemputan Sofie Adi. Kebetulan Zya dan Zumal memang berada di Perlis. Pha Is macam biasa mengembara bersama 'gadis bertudung biru' ( tak faham kena baca di blog miliknya) dan aRz sendiri ingin merasai pengalaman menaiki komuter dari butterworth-padang besar yang pasti nak Cik Puteri juga merasai pengalaman ini. Bab komuter aRz kongsi entri lain ok :)
Memang sesuai Tea Boss membuka cawangannya di Perlis kerana cuaca yang panas ketika ini memang terasa nak minum air sebanyaknya. Memang banyak pilihan perisa kalau tak minum tea, coffee atau chocolate jangan risau banyak lagi perisa yang tersedia. Jom tengok perisa dan menu yang tersedia.
Menu Perisa dan Harga di Tea Boss Perlis
Bukan sahaja perisa Coklat Kopi mahupun Tea, perisa jus pun boleh didapati di Tea Boss Perlis. Boleh lihat menu perisa dan harga yang disediakan.
![]() |
Menu sampingan di Tea Boss Perlis |
Selesai lihat menu. Masing-masing fokus untuk memesan minuman dan makanan kegemaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kalau aRz lebih suka pada perisa kopi sebab memang penggemar kopi melainkan Cik Puteri nak minum sekali memang kena ubah perisa hehe.
![]() |
Ice Milk Mocha |
![]() |
Pha Is tetap dengan Tea |
![]() |
Baby Berry Boss |
Yang ini pula pilihan zya....Kadang tertanya apakah semuanya mesti pink atau sewaktu dengannya hehee...
Dari cover smartphone, blog sampai ke air pun warna seakan sama...memang betul-betul minat warna ni. :p
Ice Milk Choco Boss dari Tea Boss Perlis antara majoriti yang memilih perisa ni. Sedap ka? Tak sempat rasa tapi Cik Puteri minum banyak sangat.
![]() |
Tea Boss Perlis |
![]() |
menu terbanyak pilihan |
Ice Milk Choco Boss dari Tea Boss Perlis antara majoriti yang memilih perisa ni. Sedap ka? Tak sempat rasa tapi Cik Puteri minum banyak sangat.
![]() |
Wefie dari sebelah sini (Cik Puteri macam keletihan) |
![]() |
Wefie dari sebelah sinun |
Makanan pula tak perlu risau sebab ada beberapa menu yang memang sempoi dan patut dicuba. Boleh juga jadikan tempat lepak bersama kawan-kawan. Menurut Zumal sebelah malam lebih meriah. Mana taknya kawasan ni memang berdekatan IPTA...Pelajar Politeknik, UiTM Arau dan Unimap mungkin jadikan tempat makan dan lepak pilihan di Arau ni.
![]() |
French Fries @ Tea Boss Perlis |
![]() |
Chicken Chop @ Tea Boss Perlis |
Chiken Chop menu pilihan aRz dan Cik Puteri dan Puan Isteri kongsi makan Bihun Soto. Sedap agaknya sampai tak sempat amik gambar.
![]() |
Bihun Soto @ Tea Boss Perlis |
![]() |
Laksa @ Tea Boss Perlis |
![]() |
Tea Boss Perlis |
Lokasi Tea Boss Perlis
Tea Boss Perlis terletak di KM3, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar Perlis ( Terletak diantara Auto Car Wash dan Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2) atau boleh tengok seperti maps dibawahWaktu Operasi Tea Boss Perlis
Tea Boss Perlis dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari - 9 malam
untuk lebih lanjut hubungi pemilik Tea Boss Perlis di :
Facebook : Tea Boss Perlis
Instagram : @teabossperlis
017-4227517 / 0175720635 (Pn. Fadzilah)
![]() |
Sebelum balik Wefie dulu |
![]() |
Tea Boss Perlis |
Nanti dulu !!!! Untuk pengetahuan semua....jangan lupa dengan setiap pembelian anda akan mendapat 1 cop. Kumpulkan 10 cop dan boleh tebus 1 bekas Tea Boss...Untung sangat tambahan buat peminat air bekas besar ni.
Jangan tunggu lagi sesiapa yang berada sekitar Perlis boleh pi lepak bersama keluarga atau rakan-rakan lagi ramai lagi cepat penuhkan cop. Tambah pula cuaca di Perlis agak panas berbanding negeri lain di Utara. Jom minum....
Lagi mengenai Tea Boss Perlis
Dunia Zumal - Tea Boss Perlis
Misszyaroses - Tea Boss Perlis Drink Like A Boss
Pha Is - Tea Boss
Sofie Adi - Sepetang bersama Tea Boss Perlis
Lagi mengenai Tea Boss Perlis
Dunia Zumal - Tea Boss Perlis
Misszyaroses - Tea Boss Perlis Drink Like A Boss
Pha Is - Tea Boss
Sofie Adi - Sepetang bersama Tea Boss Perlis