Lepak Di Tea Boss Perlis

Lepak Di Tea Boss Perlis | Drink Like A Boss

Tea Boss Perlis merupakan antara 10 outlet yang dibuka di Semenanjung Malaysia Oleh Tea Boss. Menerusi trademark "drink tea like a boss" memenuhi citarasa peminat tea, kopi, coklat dan lain-lain perisa . Tea Boss Perlis diusahakan oleh sepasang suami isteri bertempat di Repoh, Kangar Perlis. Sedikit latar belakang mengenai Tea Boss ianya merupakan inovasi anak muda yang berpengalaman dalam bidang perhotelan dan pengasas Tea boss sendiri berasal dari Sungai Petani.

tea boss perlis, tempat lepak di perlis, makan menarik di perlis, makan malam best di perlis,

Geng Blogger Utara tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri kenikmatan air bekas besar bermacam perisa dari Tea Boss. Antara Geng Blogger Utara yang hadir Zumal Pha Is Zya dan Blogger jemputan Sofie Adi. Kebetulan Zya dan Zumal memang berada di Perlis. Pha Is macam biasa mengembara bersama 'gadis bertudung biru' ( tak faham kena baca di blog miliknya) dan aRz sendiri ingin merasai pengalaman menaiki komuter dari butterworth-padang besar yang pasti nak Cik Puteri juga merasai pengalaman ini. Bab komuter aRz kongsi entri lain ok :)

blogger utara di tea boss perlis, tea boss perlis,

Memang sesuai Tea Boss membuka cawangannya di Perlis kerana cuaca yang panas ketika ini memang terasa nak minum air sebanyaknya. Memang banyak pilihan perisa kalau tak minum tea, coffee atau chocolate jangan risau banyak lagi perisa yang tersedia. Jom tengok perisa dan menu yang tersedia.

Menu Perisa dan Harga di Tea Boss Perlis

Bukan sahaja perisa Coklat Kopi mahupun Tea, perisa jus pun boleh didapati di Tea Boss Perlis. Boleh lihat menu perisa dan harga yang disediakan.

menu minuman tea boss perlis,
menu dan harga di Tea Boss Perlis
menu sampingan tea boss perlis, tea boss perlis, tempat lepak best di perlis,
Menu sampingan di Tea Boss Perlis

Selesai lihat menu. Masing-masing fokus untuk memesan minuman dan makanan kegemaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kalau aRz lebih suka pada perisa kopi sebab memang penggemar kopi melainkan Cik Puteri nak minum sekali memang kena ubah perisa hehe.


tea boss perlis, sedap tea boss perlis, lepak di tea boss perlis, tea boss perlis dimana,
Ice Milk Mocha

tea boss perlis, drink, drink like a boss,
Pha Is tetap dengan Tea
Pha Is pula lebih memilih tea (teh) katanya nama pun Tea Boss Perlis kan? Jadi kena cuba tea terlebih dahulu.

gambar air tea boss, air gelas besar perlis, kemarau, tea boss perlis,
Baby Berry Boss

Yang ini pula pilihan zya....Kadang tertanya apakah semuanya mesti pink atau sewaktu dengannya hehee...
Dari cover smartphone, blog sampai ke air pun warna seakan sama...memang betul-betul minat warna ni. :p

Tea Boss Perlis


menu terbanyak pilihan

Ice Milk Choco Boss dari Tea Boss Perlis antara majoriti yang memilih perisa ni. Sedap ka? Tak sempat rasa tapi Cik Puteri minum banyak sangat.

Wefie dari sebelah sini (Cik Puteri macam keletihan)

tea boss perlis, wefie di tea boss perlis, lepak di tea boss,
Wefie dari sebelah sinun

Makanan pula tak perlu risau sebab ada beberapa menu yang memang sempoi dan patut dicuba. Boleh juga jadikan tempat lepak bersama kawan-kawan. Menurut Zumal sebelah malam lebih meriah. Mana taknya kawasan ni memang berdekatan IPTA...Pelajar Politeknik, UiTM Arau dan Unimap mungkin jadikan tempat makan dan lepak pilihan di Arau ni.

French Fries @ Tea Boss Perlis
Sebelum menu sebenar sampai kami menikmati dulu French fries. Sedap pula makan sambil sembang...bertanya khabar. Sebab bila sampai menu yang dipesan semua akan fokus pada makanan. 

makanan di tea boss perlis, chicken chop tea boss perlis, tempat lepak di perlis,
Chicken Chop @ Tea Boss Perlis

Chiken Chop menu pilihan aRz dan Cik Puteri dan Puan Isteri kongsi makan Bihun Soto. Sedap agaknya sampai tak sempat amik gambar.

bihun soto, bihun soto tea boss perlis, makan best di perlis,
Bihun Soto @ Tea Boss Perlis

laksa di tea boss perlis, makan laksa di perlis, laksa sedap di perlis,
Laksa @ Tea Boss Perlis

Tea Boss Perlis

Lokasi Tea Boss Perlis

Tea Boss Perlis terletak di KM3, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar Perlis ( Terletak diantara Auto Car Wash dan Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2) atau boleh tengok seperti maps dibawah


Waktu Operasi Tea Boss Perlis

Tea Boss Perlis dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari - 9 malam
untuk lebih lanjut hubungi pemilik Tea Boss Perlis di :

Facebook : Tea Boss Perlis 
Instagram : @teabossperlis
017-4227517 / 0175720635 (Pn. Fadzilah)

Sebelum balik Wefie dulu

tempat lepak di perlis, minum air cawan besar di perlis, tea boss perlis, gelas besar perlis,
Tea Boss Perlis

Nanti dulu !!!! Untuk pengetahuan semua....jangan lupa dengan setiap pembelian anda akan mendapat 1 cop. Kumpulkan 10 cop dan boleh tebus 1 bekas Tea Boss...Untung sangat tambahan buat peminat air bekas besar ni.

kumpul cop di tea boss perlis, tebus air dengna kumpul cop, tea boss perlis,
contoh kad dipenuhi 10 cop
Jangan tunggu lagi sesiapa yang berada sekitar Perlis boleh pi lepak bersama keluarga atau rakan-rakan lagi ramai lagi cepat penuhkan cop. Tambah pula cuaca di Perlis agak panas berbanding negeri lain di Utara. Jom minum....

Lagi mengenai Tea Boss Perlis

Dunia Zumal - Tea Boss Perlis
Misszyaroses - Tea Boss Perlis Drink Like A Boss
Pha Is - Tea Boss
Sofie Adi - Sepetang bersama Tea Boss Perlis

{ 33 comments.. read them below or add one }

The KehalusanKelembutan The KehalusanKelembutan 4 Apr 2016, 07:13:00
Tahun lepas tak ada lagi kan.. sebab masa study sana tak ada,bila abis study baru bukak hehe
Permatabiru Permatabiru 4 Apr 2016, 08:58:00
sedapp.. nanti nak gie terjah la tea boss
Afidah Azmi Afidah Azmi 4 Apr 2016, 09:18:00
uisssh..kesian cik puteri...letih satu hari naik train kot
aswaleyla aswaleyla 4 Apr 2016, 09:31:00
tak pernah pergi pon lgi sini
Mummy Julia Mummy Julia 4 Apr 2016, 10:03:00
tudia panas2 ni memang sedap pekena ayaq ais ni..yum yum!
Mummy Julia Mummy Julia 4 Apr 2016, 10:04:00
Laksa oh laksa..! pembuka selera sungguh aihh...
Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 4 Apr 2016, 10:20:00
Arz sama kita peminat kopi jugak. Tapi minum kat lain belum nampak jadi macam Boss .. kena pi terjah Tea Boss la nampak gayanya.. terbaik BU all the best !
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin 4 Apr 2016, 11:39:00
Aaaaaaa..sedap nyer coffee! addict giler~
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 4 Apr 2016, 13:32:00
semua nmpk menarik. tmbh tmbh air tu.uhuhu
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 4 Apr 2016, 15:11:00
Cuaca panas pekena segelas ni memang sedap la tekak
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 15:14:00
baru saja buka...nanti kalau ke perlis boleh singgah di Tea Boss
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 15:15:00
aa...farah dah kat perlis kan sekarang ni
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 15:15:00
aa...kesian agak keletihan dengan cuaca yang agak mencabar
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 15:20:00
betul...cuaca panas ni kira nak minum air sedap-sedap ja huhu
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 15:21:00
memang menarik.... kena cuba
Dunia Zumal Dunia Zumal 4 Apr 2016, 15:27:00
Rasa kena pi lagi la aRz, panaih nie kena hilangkan kering tekak ^-^
sofie adie sofie adie 4 Apr 2016, 15:53:00
baru dapat baca entry nya...teringin chicken chop dia lagi....murah dan sedap!
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 16:11:00
memang sedap tapi sulam air suam juga na...jaga kesihatan hehe
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 16:12:00
kena mai cuba juga laksa....asyik laksa penang ja
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 16:22:00
owh tak sangka PCL juga peminat kopi...insyaallah ada masa kita mengopi bersama
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 16:23:00
jangan lupa cuba Tea Boss
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 16:24:00
kena cuba perisa lain juga zumal...
aRz MoHa aRz MoHa 4 Apr 2016, 16:26:00
hai sofie...kalau dekat nak juga singgah dan makan lagi...betul murah...
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 7 Apr 2016, 16:15:00
Waa bestnya dapat lepak reramai gini..layan ..
sayidah napisah sayidah napisah 9 Apr 2016, 10:19:00
teringin nak lepak gak kat tea boss ni. tapi jauh nauuuu hehehe. abg arz sponsor kc lah ngehngeh.

kc tag abg arz kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/04/giveaway-by-xechalogy.html :D
aRz MoHa aRz MoHa 11 Apr 2016, 12:22:00
ngeeee....amboi main tag tag plak...ok
Eintan Nurfuzie Eintan Nurfuzie 19 Apr 2016, 13:40:00
nyum2 nye nengok.. gmbr pha is macam control macho jeeeee
anajingga anajingga 19 Apr 2016, 22:11:00
menarik sangat, terliur tengok semua gambar2 di atas, orang2 Perlis jangan lepaskan peluang menikmatinya di ketika cuaca panas lit lit laa nii.. :)
Jari Manis Jari Manis 10 May 2016, 23:02:00
hadoi frust x leh minum like a boss sbb alergic ais..kalau minum sakit tekak..batuk berminggu minggu huhuhu

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih