Awesome Food | Nasi Kandar Line Clear Penang

Nasi Kandar Line Clear Penang Penang Famous Nasi Kandar

Kalau sampai ke Pulau Pinang rasanya Nasi Kandar Line Clear pastinya bermain di kepala kita sebanya ianya paling terkenal di Pulau Pinang selepas Nasi Kandar Beratur. Sebelum tahun 2016 tiba, aRz dan juga 2 orang teman sekerja singgah pekena "penang famous nasi kandar". Ianya juga lebih menyerlah selepas Peserta AF musim ke-5 menggunakan tagline "Line Clear". 

line clear restaurant 1949, nasi kandar line clear since 1949, nasi kandar paling best di penang, lokasi makan sedap,
aRzMoHa | Nasi Kandar Line Clear Penang
Walaupun sudah 30 tahun tinggal di Penang, termasuk kali ini seingat aRz baru kali ke-3. Jangan terkejut. Antara sebabnya adalah terlalu ramai orang dan terdapat beberapa lagi alternatif nasi kandar lain yang menjadi pilihan.
aRzMoHa | Makan bersama teman sekerja
Tengah melayan menyuap nasi sempat pula teman sekerja aRz menyapa " ehh macam sheila rosly ja..." 
Boleh jadi sebab nasi kandar ini memang ramai artis akan singgah. Kalau mai sini boleh tengok bermacam gambar artis di dinding sekitar Line Clear. Lagipun semalam merupakan hari Marsha akad nikah. Boleh jadi nak ke majlis itu agaknya :p

aRzMoHa | nasi Kandar Line Clear
Inilah hidangan sepinggan yang biasanya orang pulau pinang makan iaitu nasi, ayam goreng, telur rebus dan kuah campur. Tetapi ada juga yang akan pilih nasi, daging dan telur rebus serta bendi atau ikan sahaja. Nasi Kandar Line Clear juga menyediakan kari kepala ikan. harga? aRz sendiri pun tak pernah cuba.

kari kepala ikan line clear penang, tempat makan sedap di penang, pemang famous nasi kandar,
aRzMoHa | Kepala Ikan Line Clear

Lokasi Nasi Kandar Line Clear Penang

Walaupun Nasi Kandar Line Clear sangat-sangat famous aRz kongsikan juga lokasinya yang berada di tengah-tengah bandaraya Pulau Pinang iaitu di Jalan Penang, Pulau Pinang




Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan menarik dan sedap. Cumanya bila cuti sekolah atau cuti kelepasan am memang agak ramai orang dan boleh jadi terlalu sesak. Rancang percutian anda sebaiknya pada tahun 2016 supaya dapat menikmati makanan yang ada di Pulau Pinang dengna selesa dan aman.

nasi kandar line clear penang, tempat makan menarik di penang, lokasi makan sedap di penang,
aRzMoHa | Line Clear 
Salam sayang dari Line Clear Penang,

aRz MoHa
Personal Lifestyle, Parenting and Photography
www.arzmoha.com
email : azrilmohdhaniffa@gmail.com

3 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta 1 Jan 2016, 12:24:00
Sepupu PC berkahwin dengan orang penang..setiap kali balik rumah mertua inilah tempat wajib dia kunjungi...dia kata ziarah mertua sambil layan tekak..hihihi..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih