(Video) Cara Buat Teh O Halia Sedap dan Mudah Untuk Buang Angin

Video Cara Buat Teh O Halia Sedap dan Mudah Untuk Buang Angin, Kebaikan dan Keburukan Teh Halia

Musim PKP ni tak tahulah sebab apa agak berat nak 'update' blog. Berat dia seberat angin yang menekan dalam perut ni. Sebab itu juga terasa nak minum Teh O Halia. Klaau minum Air rebusan halia saja atau makan halia yang dihiris kecik pun ok tapi haishhh susah nak telan. Jadi dengna Buat Teh O Halia sedap sikit nak minum. Macam mana nak buat Teh O Halia sedap? Jom tengok video tutorial dibawah.

Cara buat teh o halia, teh o halia sedap dan mudah, resipi teh o halia sedap dan mudah, teh halia baik untuk membuang angin, kebaikan halia,
Cara Buat Teh O Halia


Video Cara Buat Teh O Halia Mudah dan Sedap

Saya kongsi dua cara. Samaada nak menonton video Cara Buat Teh O Halia atau boleh sekadar baca dan cuba. Lihat mana satu yang sesuai dan cuba.

1. Sediakan bahan-bahan. Halia 2 inci, Air kosong 3 cawan, dan Madu dan 2 Uncang Teh.
2. Hiris halia biar nipis.
3. Panaskan air dan masukkan halia, 2 Uncang Teh, Madu (madu mengikut keselesaan sendiri. Boleh masukkan selepas air rebusan siap.)
4. Panaskan selama 20 minit.
5. Dah boleh minum. Sekiranya perlukan sedikit rasa masukkan gula mengikut kesesuaian. Saya cuma masukkan sesudu.

Dah siap Teh O Halia Sedap dan mudah kan?



Kebaikan dan Keburukan Mengamalkan Halia

Dalam saya membuat sedikit bacaan mengenai kelebihan kebaikan halia saya juga terjumpa keburukan halia. Jadi saya kongsikan disini mungkin ada yang teringin nak tahu.

Kebaikan halia adalah 

1. Membuang angin
2. Meredakan tekanan dan menaikkan seri wajah
3. Menurunkan berat badan
4. Menghilangkan bau badan
5. Meredakan Senggugut
6. Anti Penuaan 
7. Merawat alahan ataupun loya.

Keburukan Halia pula

1. Terdapat kajian mengatakan halia mungkin menyebabkan komplikasi semasa mengandung. Jadi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum minum air halia.
2. Halia boleh menyebabkan radang mulut. Sekiranya diambil pada waktu yang tidak sesuai ia mungkin menyebabkan radang mulut kerana sifatnya yang panas.

Baik setakat ini sahaja dulu yang dapat saya kongsikan.

Jangan lupa untuk SUBSCRIBE YOUTUBE channel Lesminit atau sekiranya ada yang ingin bertukar subscriber sebagai salah satu cara support satu sama lain boleh berbuat demikian.


Comments

  1. Ooo ada jugak keburukan halia ya..selama ni dok baca tentang kebaikannya ja..buang angin dlm badan..buat gulai nangka pun boh halia

    ReplyDelete
  2. suka gak minum teh halia ni arz :)

    ReplyDelete
  3. Pernah cuba nak minum teh o halia. Tapi bila terbau bau dia terus rasa tak jadi nak minum dah..kenot go lah T_T

    ReplyDelete
  4. Tak suka minum air yg ada rasa halia.....kalau dlm bubur ke dlm masakan ke ok lagi. Bila tengok entri ni dan bulan ramadhan ni teringat pak mertua yg suka air halia gula merah

    ReplyDelete
  5. sama la badan berangin saja,sue kkg suka buat ulam halia muda cicah budu hhehhe tapi suka jugak teh halia,sedapppp...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih