Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2020 1441H Pulau Pinang

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2020 1441H Pulau Pinang

Jabatan Mufti Pulau Pinang telah mengeluarkan melalui laman rasminya jadual waktu berbuka puasa dan imsak untuk tahun 2020 (Masihi) 1441 (Hijrah) bagi negeri Pulau Pinang.

Apabila masuknya bulan Ramadhan, jadual waktu berbuka puasa atau takwim ini sangat penting dan membantu umat islam ketika menjalani ibadah berbuka puasa.

Ini bertujuan antaranya membantu menyediakan juadah buat keluarga ketika berbuka dan bersahur.

jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2020 1441H negeri pulau pinang, jadual waktu berbuka puasa negeri pulau pinang
jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2020 pulau pinang


Jadual waktu berbuka puasa dan imsak Pulau Pinang

Jadual atau takwim waktu berbuka puasa dan imsak ini boleh dimuat turun di laman web mufti pulau pinang atau klik saja disini >>> Jadual Waktu Berbuka Puasa Pulau Pinang <<<

Pastinya puasa ramadhan kali ini lain dari yang lain sejak dari saya lahir. Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuki fasa ke 3. Mudah-mudahan wabak ini segera pulih dan penawar ditemui.

Sekiranya masih berterusan maka bulan puasa kali ini agak berbeza.

1. Ibadah terawih bagi kita umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia perlu diadakan di rumah masing-masing. 

2. Tiada Bazaar Ramadhan, mudah-mudahan kita tidak membazir dan melakukan maksiat mata.

3. Dapat melakukan sebanyak-banyaknya amalan yang baik seperti membaca Al-Quran, berzikir dan solat sunat sebanyak-banyaknya dengan memanfaatkan masa.


Walaubagaimanapun kita perlu memanjatkan rasa syukur kerana kita diberi kesempatan untuk sampai ke Bulan Ramadhan pada tahun ni.

Mudah-mudahan kita mendapat menyempurnakan Ibadah Puasa dan dan diterima oleh Allah SWT.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari saya arzmoha.com


Tertinggal puasa tahun lepas? Belum ganti lagi? Sudahkah anda membayar fidyah?

Comments

  1. Salam ramadhan untuk keluara Arzmoha ya.Moga terus diberi kesihatan dipermudah beribadah.Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Selamat Berpuasa untuk keluarga Arzmoha.

    ReplyDelete
  3. Semoga merai banyak pahala..Ramadan yang kita nantikan

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Arzmoha n family.. Moga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih