Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2020 1441H Seluruh Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2020 1441H Seluruh Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2020 1441H telah dikeluarkan melalui laman rasmi Jakim. Jadual waktu atau takwim berbuka puasa dan imsak untuk tahun 2020 (Masihi) 1441 (Hijrah) lengkap meliputi seluruh negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

jadual berbuka puasa negeri seluruh negeri malaysia, jadual berbuka puasa negeri di malaysia 2020,
Jadual berbuka puasa dan imsak 2020 1441H seluruh negeri di malaysia


Apabila masuknya bulan Ramadhan, jadual waktu berbuka puasa atau takwim ini sangat penting dan membantu umat islam ketika menjalani ibadah berbuka puasa. Ini bertujuan antaranya membantu menyediakan juadah buat keluarga ketika berbuka dan bersahur.

Jadual ini meliputi seluruh negeri yakni jadual berbuka puasa bagi negeri Pulau Pinang, kedah, perlis, perak, kelantan, terengganu, pahang, melaka, negeri sembilan, selangor, johor, sabah, sarawak dan wilayah persekutuan.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana insyaallah kita diberi kesempatan sampai ke bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Bulan dimana Allah menurunkan rahmat, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa. 

Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan yang diberikan kerana kita belum tahu lagi apakah kita masih akan diberi kesempatan pada tahun hadapan.


Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2020 1441H Seluruh Negeri di Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Jadual atau takwim waktu berbuka puasa dan imsak ini boleh dimuat turun , disimpan serta di cetak untuk kemudahan kita semua klik saja disini 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Mengikut negeri di Malaysia

Pastinya puasa ramadhan kali ini lain dari yang lain sejak dari saya lahir.
 
Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuki fasa ke 3. Mudah-mudahan wabak ini segera pulih dan penawar ditemui. Sekiranya masih berterusan maka bulan puasa kali ini pasti agak berbeza.

1. Ibadah terawih bagi kita umat Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia perlu diadakan di rumah masing-masing. 
 
2. Tiada Bazaar Ramadhan, mudah-mudahan kita dapat berjimat dan terselamat dari maksiat mata.

3. Dapat melakukan sebanyak-banyaknya amalan yang baik seperti membaca Al-Quran, berzikir dan solat sunat sebanyak-banyaknya dengan memanfaatkan masa. Kerana sebelum ini kita tidak sempat melakukan sebaik-baiknya kerana sibuk dengan urusan lain.

Walaubagaimanapun kita perlu memanjatkan rasa syukur kerana kita diberi kesempatan untuk sampai ke Bulan Ramadhan pada tahun ni.

Mudah-mudahan kita mendapat menyempurnakan Ibadah Puasa dan dan diterima oleh Allah SWT.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari saya arzmoha.com

Seandainya masih belum ganti puasa. Maka jangan lupa untuk membayar fidyah mengikut negeri masing-masing. Insyaallah jika berkesempatan saya kongsikan nanti.

Comments

  1. Selamat berpuasa.. esok last.. pastu dah puasa..

    ReplyDelete
  2. salam kenal..

    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  3. jadual penting bulan Ramadhan :)

    Salam Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa. AAmiin...
    #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa ya arzmoha....

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Arz.... buka apa hari ni hihi...Lepas ni bolehlah rujuk sini kalau nak tgk time

    ReplyDelete
  6. cantik bro..
    aku dah save snang nak refer

    thank bro

    ReplyDelete
  7. Ramadan kareem Arzmoha. Semoga ibadah2 kita lebih baik tahun ni.

    ReplyDelete
  8. Thanks di atas perkongsian. Salam Ramadan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih