Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang Gambar dan Video Menarik

Gambar dan Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang Seronok Tengok Aset Tentera 

Assalamualaikum. Alhamdulillah berkesempatan untuk ke Hari Tentera Darat ke 87 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 29 Februari & 1 Mac 2020. Boleh dikatakan saya sendiri meminati untuk melihat sendiri sebahagian kehidupan tentera, aset ketenteraan dan pertunjukan yang dipertontonkan.

hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat,
Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang


Menarik? Sudah semestinya. Kalau sebelum ini kita mungkin lebih tertumpu pada pertunjukan di LIMA Langkawi atau Hari Terbuka Armada Laut di Lumut atau juga ketika Perarakan Hari Kemerdekaan. Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 di Pulau Pinang walaupun berskala kecil tetapi mendapat sambutan yang agak mengalakkan dan memberikan peluang untuk kita lebih dekat kehidupan tentera.

Bagi yang sudah bergelar bapa macam saya sudah tentu membawa anak ke hari terbuka seperti ini memberikan sedikit pendedahan mengenai tentera negara sikit sebanyak menanam rasa cintakan negara serta menghargai tentera yang menjadi barisan utama negara. Pengorbanan mereka tidak mampu kita lakukan apatah lagi membalasnya. Terima kasih wahai pewira negara.


hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat,
Cik Puteri dengan muka celoreng

Kanak-kanak dan pengunjung diberikan peluang mencuba 'make up' celoreng tentera dimuka yang berasaskan tanah liat. Cik Puteri lepas nampak ada kanak-kanak lain yang dah cuba, tak henti-henti ajak untuk cuba " abah jomla nak lukis muka juga" berpeluh abah nak bagi ka tidak hehehe

Sebelum tu CIk Puteri ajak Abah untuk cuba semua kenderaan tentera yang dipamerkan pada hari ini. Minat sangat. Hari tu masa di Hari Terbuka Armada Laut, dia ajak abah pusing abih semua kapal walaupun cuaca panas sangat. Mujur Abah pun minat  hehehe.

hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat,
Bergambar depan kenderaan tentera darat
hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat,
Mula ajak naik atas kenderaan 
hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat,
Sebelah kanan : kenderaan bertayar lipan ( aircond) berfungsi sebagai komunikasi.
hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat,
Rejimen Artileri 
hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat, cik puteri dan aset tentera darat malaysia,
Lebih menarik ada kenderaan yang jarang dapat dilihat apatah lagi sebelah dalam


hari terbuka tentera darat malaysia, tentera darat melaysia, aset tentera darat, perkara menarik hari terbuka tentera darat,
Abah pun nak juga hahaha

Apa yang menarik bagi pandangan saya, 

1. Ada bahagian dimana kita dapat lihat cara kehidupan tentera di dalam hutan atau ketika operasi. Cara menyediakan jerat, cara memasak, tempat tidur ( hammock) dan pondok ( lebih jelas dalam video youtube di bawah)

2. Kenderaan Tentera - Pengunjung terutama kanak-kanak teruja dapat duduk dan melihat secara lebih dekat kenderaan tentera dan mengambil gambar. Dalam video youtube ada saya kongsikan kenderaan yang mempunyai ruang yang agak sempit yang mana inilah perlu kita ketahui.

3. Aset Senjata - Disini kita dapat melihat senjata, mengangkat untuk mencuba berat satu-satu senjata antara yang paling berat saya cuba adalah Sniper dan Bazooka seberat 13kg. Cuba bayangkan kalau perlu dipikul setiap masa? Mampukah kita?

4. Makanan - Di dalam video youtube dibawah ada saya kongsikan sedikit mengneai makanan yang di bawah oleh tentera dimana pengunjung juga boleh mencuba. Menarik sangat.

5. Pameran Parti Komunis Malaya senjata dan gambar di paparkan

6. Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata yang mendapat sambutan yang awesome dari semua pengunjung. (dalam video di bawah)


Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 




Terima kasih wahai perwira negara. Pertunjukan ini juga bertepatan dalam keadaan negara kita ketika itu ketiadaan kabinet menteri.

baca lagi : Senarai Kabinet Baru Menteri dan Timbalan Menteri 2020

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen.

Comments

  1. Nampak teruja Cik Puteri.Hari terbuka macam nilah peluang masyarakat mendekati dan lebih memahami ATM yang ada.

    ReplyDelete
  2. Seronok kalau boleh tengok-tengok aset tentera kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih