Inilah Senarai Kabinet Baru 2020

Inilah Senarai Kabinet Baru 2020

Setelah perletakan jawatan Tun M sebagai Perdana Menteri (PM ke-7) pada 24 februari dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik oleh YDPA sebagai PM ke-8, semalam pada jam 5 petang 9 Mac 2020 telah diumumkan Senarai Kabinet Baru 2020.


senarai kabinet baharu 2020, senarai menteri dan timbalan menteri baru 2020, keunikan kabinet baru 2020, pm umum senarai kabinet baru 2020,
Kredit Mstar Online


Alhamdulillah walaupun bermacam-macam yang berlaku di dalam negara termasuk dengan adanya wabak Covid_19 kemudian pergolakan politik kita sebagai rakyat Malaysia perlu menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih diberikan keamanan kepada negara yang tercinta ini.


Jom kita lihat senarai Menteri Kabinet baru 2020.

Senarai Kabinet Baru 2020

Senarai kabinet kali ini boleh dikatakan antara yang agak unik tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mufti Wilayah sebagai Menteri Hal Ehwal Agama (Senator) dan CEO CIMB sebagai Menteri Kewangan (Senator)

Berikut merupakan senarai kabinet yang telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin PM ke 8.

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Datuk Abd. Rahim Bakeri
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Dr Shahruddin Md Salleh

Menteri Kanan: Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas): Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang): Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri: Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan: Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga: Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Biju

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

Menteri Perpaduan Negara: Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)

Sumber awani

PM 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin agak bijak dalam tindakannya tidak melantik Timbalan Perdana Menteri ini kerana akan mengurangkan pergolakan politik kerana terdapat beberapa kumpulan politik dan ianya nampak lebih adil.

senarai menteri baru malaysia 2020, senarai kabinet baru 2020, pm 8 umum senarai penuh menteri kabinet,
kredit kepada  Malaysiakini

Marilah kita sama-sama mendoakan agar senarai kabinet, menteri dan timbalan menteri ini dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas dengan baik dan memberikan kebaikan kepada rakyat.

Insyaallah jika diizinkan saya akan kongsikan beberapa menteri timbalan menteri yang mempunyai kisah yang tersendiri. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa kongsikan.


1 comment... add one now

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 10 Apr 2020, 03:05:00
semoga semua2 menteri baru ni adalah yang terbaik..
dipilih menjalankan amanah Allah meneraju negara..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih