Skip to main content

Internet Percuma Dengan Top Up Melalui Maybank2u Khas Pengguna Digi Maxis dan Celcom Xpax dan Internet Percuma Sempena PKP

Internet Percuma Dengan Top Up Melalui Maybank2u Khas Pengguna Digi Maxis dan Celcom Xpax

Internet Percuma. Ada 2 Perkara yang saya ingin kongsikan. Pertama adalah Internet percuma top up melalui Maybank2u telco tertentu dan Kedua adalah Internet Percuma di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pertama, Waktu saya menjelaskan semua bil bulanan melalui Maybank2u ternampak info mengenai kelebihan buat pengguna telco Maxis, Digi dan Celcom Xpax. Saya tetap tak mendapat kelebihan daripada ini kerana saya adalah pengguna Umobile. Jadi sekadar satu perkongsian semoga bermanfaat.

internet percuma maybank2u, internet percuma maxis, internet percuma digi, internet percuma celcom xpax, internet percuma sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan,
Internet Percuma Top Up Melalui Maybank2u


PERTAMA : Internet Percuma Top Up Melalui Maybank2u

Internet Percuma ini hanyalah melibatkan 3 telco sahaja prabayar (prepaid) sahaja iaitu Maxis Hotlink, Digi dan Celcom Xpax. Saya agak kurang arif mengenai takrifan Maxis Hotlink dan Celcom Xpax mungkin ada jenis lain maka ianya mungkin tidak termasuk. 

Tarikh 25 mac hingga 30 April 2020

Maxis Hotlink

Untuk Maxis Hotlink apa yang disampaikan adalah :

1. Mestilah top up minima RM 30 melalui maybank2u web atau app. Kalau tak ada maybank2u maknanya tak dapatlah. Korang baca yang KEDUA bawah nanti.
2. Setiap nombor prabayar layak untuk dapat satu kredit percuma RM3 setiap hari.
3. Kredit percuma akan dapat pada hari berikutnya selepas top up. Top up Isnin dapat hari selasa.
4. Tempoh kelayakan mengikut nilai top up yang dilakukan contoh RM 30 bersamaan 30 hari RM 60 60 hari.
5. Kredit percuma boleh digunakan untuk membuat panggilan, sms dan data pass
6. Promosi berakhir 30 april.
7. Maxis berhak mengubah apa-apa program ini pada bila-bila masa.

DIGI

RM 30, Free Internet 3GB-24 jam  dan  1 token
RM 60, Free Internet 3GB-24jam dan 2 token
RM 100, Free Internet 3GB-24jam dan 3 token

1. Pelanggan Digi prepaid akan menerima sms untuk redeem token.
2. Untuk redeem, tekan *888*#1 > PIlih Freebies atau
3. Redeem di Mydigi

Celcom Xpax

Minima top up RM 30 - 2GB selama 48 jam termasuk tethering. maklumat lanjut klik sini


KEDUA : 1GB Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Seperti yang kita sedia maklum sepertimana pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom Digi Maxis dan Umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1 GB dari jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 APRIL 2020.

Inisiatif ini juga membabitkan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat KrisisKebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

*bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pakej yang ditawarkan sepanjang tempoh PKP, pengguna digalakkan untuk menghubungi syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing


Setakat itu sahaja semoga perkongsian ini bermanfaat jangan lupa kongsikan bersama keluarga dan sahabat dalam group whatsapp masing-masing untuk membantu mereka mengetahui mengenai perkara ini.

Manfaatkan sebaiknya kelebihan yang diberikan ini. Semoga wabak Covid_19 ini terhenti daripada menular dan semoga mereka yang positif segera sembuh insyallah. Sama-sama kita doakan.

terima kasih kerana sudi membaca Internet Percuma Dengan Top Up Melalui Maybank2u Khas Pengguna DIGI Maxis dan Celcom Xpax dan  Internet Percuma Sempena PKP


Comments

  1. Akak dok topap kt maybank2u jgk tp nilainya tak pernah lg 30 keatas hehe..syg duit

    ReplyDelete
  2. menarik ni, satu insentif yg bgus bro
    maklumlah duduk2 kat rumah ni.. memang
    data cepat habis.

    so dgn cara ni rakyat akan lebih duduk di rumah

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Aamiin

    ReplyDelete
  4. Pakai telco umobile .
    No hotlink ada jugak tapi jarang topup rm30 huhu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..1G 1H pun ok..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, walaupun Sis pakai wifii dan guna data DiGi 90gb ni, tapi dengan adanaya tambahan ni, bolehlah gak nengok Netflix lagi dan lagi di siang hari hehehehe

    ReplyDelete
  7. semua nak apply habis slow line haha

    ReplyDelete
  8. hari2 dapat Celcom kasi 1GB tenet free..
    sampai petang jaa habis dah eheh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su