Skip to main content

CARA PERIKSA TAWARAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2019

CARA PERIKSA TAWARAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2019

Sudahkah ibubapa yang mempunyai anak lahir pada tahun 2012 membuat semakan tawaran penempatan kanak-kanak ke tahun 1 untuk SESI PERSEKOLAHAN 2019? Mujur ada kawan yang ingatkan sebab anak kami sama umur. Isteri pun ingatkan supaya periksa penempatan tahun 1 sesi 2019. Kenapa rasa macam kurang teruja macam orang lain?

Rasa macam baru semalam Cik Puteri dilahirkan, belajar berjalan, makan, mandi, ke sekolah. Tahun depan bakal bermula fasa baru dalam hidup Cik Puteri. Huhuhu...rasa macam tulis diari pulak.


Cara periksa penempatan ke Tahun 1 2019
Kenapa rasa macam berdebar saja. Fikir positif semoga Allah permudahkan segala urusan Cik Puteri ke fasa baru. Dia tak ada masalah nak ke sekolah, memang sangat teruja terutama bila jumpa kawan. Harap dia pandai cari kawan. Cerita abah ke sekolah dah habis, kini cerita dia dalam menempuhi dunia baru. 

Macam mana nak periksa penempatan ke Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2019?

Keputusan Penempatan Kanak-kanak ke Tahun 1 Sesi Persekolahan 2019 dah pun keluar 1 Ogos 2018. Keputusan boleh diperiksa disini >> Periksa Tawaran Penempatan ke Tahun 1 Sesi Persekolahan 2019

Sekarang semuanya online, suka atau tidak kita kena mengikut perubahan semasa. Periksa untuk pastikan nama anak kita tersenarai dalam penempatan. Ada juga yang tiada rekod dan kalau nak buat rayuan masih boleh sehingga bulan September kalau tak silap.

Alhamdulillah Cik Puteri dapat sekolah yang dipohon cuma sekarang terasa nak tukarkan sekolah. Tapi fikir balik sekolah sekarang pun tiada masalah. Fikir dulu masak-masak sebelum buat keputusan.



Comments

  1. all the best buat cik Puteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan buatnya dan anak-anak sebaya dengannya

      Delete
  2. Wah Cik Puteri dah nak masuk sekolah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Tahniah puteri..anak saya pun masuk darjah 1 tahun depan..��

    Pengedar Youth Shaklee Seluruh Malaysia,Sabah & Sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah juga buat anak puan selamat maju jaya

      Delete
  4. cik puteri dah nk msk darjah 1 thn dpn? alahaiii cpt nya dah besar anak dara niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat orang lain merasakan, cepat lagi ibubapa disisinya mearasakannya hehe

      Delete
  5. Selamat datang ke dunia ibu bapa anak2 bersekolah :D InsyaAllah semoga segalanya berjalan dgn lancar utk Cik Puteri dan ibu ayahnya.

    Jom baca entri terkini Idziani Cara Kawal Tekanan Darah dengan Berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama amin. insyallah saya singgah nanti

      Delete
  6. Canggih zaman sekarang daftar sekolah anak dengan online. Tapi sungguh ia sangat2 memudahkan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah kemudahan teknologi yang kita tidak boleh sangkal, sebaliknya gunakan secara bijak

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...