Pertemuan dan Perpisahan Dalam Kehidupan

Perpisahan (Kematian) Pasti Terjadi Dalam Kehidupan

Setiap pertemuan pasti ada persipasahan. Perpisahan pula boleh terjadi dalam pelbagai suasana dan cara. Dalam kehidupan perpisahan itu pasti terjadi, perpisahan yang paling menyukarkan ialah perpisahan yang melibatkan kematian. Tetapi kita perlu terima dengan hati yang sabar dan terbuka. Ianya salah satu ujian dan dugaan yang perlu kita hadapi dalam kehidupan ini apatah lagi jika kehilangan insan yang tersayang dan paling dekat dengan kita. Setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

perpisahan terakhir, pertemuan dan perpisahan dalam hidup, setiap yang hidup pasti merasai mati, al-fatihah, alfatihah,
Al-Fatihah | Perpisahan Terakhir


Innalillahiwainnailaihirajiun...

Pagi 20 April, lebih kurang jam 7:50 pagi terima panggilan dari nombor yang tidak bernama. Amat jarang terima panggilan di awal pagi melainkan sesuatu yang amat penting. Tak menjangkakan ianya panggilan dari biras aRz. Selepas bersiap nak ke tempat kerja baru aRz hubungi semula.. Memang mengejutkan bila dapat khabar Emak Mertua kembali ke Rahmatullah.

Susahnya....

Susahnya nak sampaikan khabar yang sedih dan teramat berat pada isteri. Baru dua hari sebelumnya sempat berbual di telefon. Bertanyakan khabar. Tapi...sebenarnya isteri aRz sudah merasakan kelainan. Sudah menjadi kebiasaan Emak Mertua aRz bertanya mengenai cucunya tapi kali ini tidak bertanya langsung. Mungkin setiap orang tidak memiliki perasaan yang sama. Tetapi bagi aRz secara peribadi kematian emak lebih susah untuk diterima lebih susah untuk dilupakan.

Perkara kedua yang bermain di kepala bagaimana cara dan jalan paling cepat untuk sampai ke Kuala Terengganu untuk melihat dan solat jenazah buat kali terakhir. Kebiasaannya menggunakan jalan darat memakan masa 8 jam. Paling cepat pun hanya 6 jam. Itupun kalau keadaan kereta dalam keadaan baik. Sepanjang rekod sebelum ini selepas kehadiran Cik Puteri, boleh dikatakan perjalanan memakan masa 10 hingga 12 jam melalui jalan Gerik.

Saat ini terasa betapa susahnya bila tiada lagi penerbangan Firefly dari Penang ke Kuala Terengganu. Walaupun sebelum ini cuma ada hari-hari tertentu saja. Terfikir juga untuk transit saja dari Penang ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Mungkin kita hanya boleh merancang tetapi tak semua yang kita inginkan semudah yang disangka. Waktu kami bersiap dah pun melepasi waktu penerbangan dari Penang ke Kuala Lumpur untuk Firefly mahupun Air Asia. Rancangan kedua beli terus tiket dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Waktu ini berapa harga tiket bukan lagi perkara utama. Apa yang penting seberapa cepat untuk sampai ke destinasi. Akhirnya kami memilih untuk menaiki Firefly berbanding Air Asia kerana waktu penerbangan dan harga tiket yang lebih murah.

Jam 11 pagi.
Tepat jam ini kami keluar meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan perlu ke Lapangan Sultan Abdul Aziz Shah Subang selewat-lewatnya jam 2.30 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Nasib baik juga hanya perlu ke Subang, kalau perlu ke KLIA2 entah sempat atau tidak.

4.30 petang
Kami sekeluarga tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Kali pertama juga tiba dan memasuki lapangan terbang ini. Walaupun dulu pernah kesini suatu ketika dahulu untuk lawatan teknikal Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini.

Lebih kurang 4.45 petang tiba di rumah Emak Mertua siapkan dimandikan dan dikafankan. Suasana sayu memenuhi ruang rumah. Anak mana yang mampu menahan sedih ketika melihat tubuh emak sendiri yang tidak lagi bernyawa. Tubuh emak yang dikafankan. Teringat pula saat arwah emak aRz dikafankan. Sedih yang teramat sangat. aRz dukung Cik Puteri untuk cium dahi Toknya buat kali terakhir. Si Kecil ini langsung tak mengerti apa-apa.

Tenang wajah arwah. Disolat jenazah di rumah dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan. Syukur semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah. Walaupun kekalutan pada awal perjalanan kami tetapi syukur sangat sepanjang perjalanan berjalan dengan baik.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sepanjang mengenali arwah mendengar kisah-kisahnya yang lalu banyak ujian dan dugaan dilalui sepanjang hidup. Masyaallah tetapi tidak pernah mendengar rungutan di mulutnya. Ia hadapi setiap ujian dan dugaan dengan tenang. Senyuman sentiasa di bibir. Mudah-mudahan keperibadiannya menjadi teladan.

Sampai sini dahulu. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kesekalian arwah terutama buat ibubapa kita. Kepada yang masih ada ibubapa, hargai mereka. Kasih dan sayanglah mereka sepenuhnya. Berbaktilah selagi mampu. Bukan wang yang mereka perlukan di usia tua tetapi anak-anak untuk berada disisi mereka. 

Comments

  1. Salam takziah buat kelaurga isteri aRz dan juga aRz.

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah..salam takziah untuk keluarga Arzmoha terutama untuk isteri..Al Fatihah moga tenang dia di sana...

    ReplyDelete
  3. Salam Takziah... Al Fatihah.. moga roh tenang di sana

    ReplyDelete
  4. Salam takziah, al fatihah..

    ReplyDelete
  5. Ya Rabbi..Ya Tuhan...ampunilah dia..permudahkanlah urusannya disana..alfatihah..

    ReplyDelete
  6. salam takziah...al fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  7. Salam Takziah Al Fatihah moga roh tenang di sana

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah, takziah untuk arz&isteri sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Salam takziah untuk abang aRz dan keluarga menrtua. Semoga arwah tenang di sana

    ReplyDelete
  10. kak ana doakan semoga akma akan terus tabah dalam ujian yang menimpa, mati itu oasti, hidup perlu di teruskan seadanya, Al FATIHAH sekali lagi buat arwah mak mertua dan ibu arz juga .

    ReplyDelete
  11. alfatihah...salam takziah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih