Terengganu 2016
Terengganu kelantan merupakan antara negeri pilihan destinasi percutian yang selalu menjadi tumpuan pada cuti sekolah. Antara makanan yang terkenal di Terengganu adalah keropok lekor, nasi dagang, nasi kerapu dan juga ketupat Sotong (jarang nampak dijual). Mungkin juga terkenal dengan kain dan tudung serta batik. Terengganu juga terdapat Pulau yang cantik dan sungai serta air terjun yang menarik untuk dikunjungi.
Mungkin sekiranya ada rakan-rakan yang mengenali berada sekitar Kuala Terengganu boleh maklumkan mungkin dapat berjumpa sambil makan keropok lekor Hehe.
![]() |
Titiwangsa-Jeli |
Bagaimana Ke Kelantan Terengganu dari Penang?
Perjalananan dari Penang ke Kuala Terengganu kebiasaan melalui Kulim-Baling-Gerik-Kelantan-Terengganu. Perjalanan melalui Gerik (Grik) pada waktu malam. Yang pertamanya banyak Lori besar dan bas melalui laluan ini. Kedua pada waktu malam memang terdapat banyak haiwan liar berkeliaran pada waktu malam seperti gajah dan babi hutan.
Melalui pengalaman sendiri sekiranya melalui kawasan ini antara perkara yang biasa di amalkan adalah membaca doa, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, sekiranya mengantuk atau keadaan berkabus tebal berhenti rehat dan tidak memotong ketika selekoh.
![]() |
Sungai Kelantan |
Ketika sampai di Jeli diperlihatkan pemandangan cantik berkabus dan kemudiannya terlibat sungai sekitar tanah merah agak kering dari biasa. Mungkin akibat kesan dari El-Nino baru baru ini.
Syukur dipermudahkan perjalanan selama lebih dari 8jam. Perjalanan di Kelantan pun lancar tanpa kesesakan.
Sampai saja di Kuala Terengganu sat. Kemudian keluar mencuba Cendol Champion yang dihidang bersama buah pisang. Terdapat juga dihidangkan bersama durian, Mangga dan Macam-macam lagi.
Ada masa aRz kongsi menu yang ada di Cendol Champion ini.
Insyaallah boleh baca disini >> Chendol Champion <<<<
Kalau ada yang berada sekitar Kuala Terengganu jangan lupa hubungi aRz mungkin boleh jumpa sembang-sembang :)
Macam biasa bila sampai ke sini nak juga cuba makanan yang menarik di sekitar Kuala Terengganu. Kalau rajin dan berkesempatan aRz kongsikan di Blog.
Jumpa Lagi.
Insyaallah boleh baca disini >> Chendol Champion <<<<
![]() |
Cendol Champion Pisang |
Kalau ada yang berada sekitar Kuala Terengganu jangan lupa hubungi aRz mungkin boleh jumpa sembang-sembang :)
Macam biasa bila sampai ke sini nak juga cuba makanan yang menarik di sekitar Kuala Terengganu. Kalau rajin dan berkesempatan aRz kongsikan di Blog.
Jumpa Lagi.