Skip to main content

Pengalaman | Jauh Perjalanan - Grik

Salam......

Pengenalan

Pernahkah anda ke Pantai Timur dari Utara? atau ke Utara dari Pantai Timur? melalui jalan Gerik/grik?
Kalau biasa inilah permandangan yang akan anda tatapi, begitu cantik seakan diluar negara. Saya pun pada mulanya langsung tak perasan akan kecantikan permandangan ini mana tidaknya selalu bertolak pada waktu malam.

Sejarah Pembinaan  Jalan Gerik - Kelantan

Pernahkah anda membaca sejarah pembinaan jalan ini? Saya bukan nak cerita akan asal usul pembinaan jalan ini jadi anda boleh membacanya diSINI atau diSINI. Setiap orang ada cerita masing-masing. Walaubagaimanapun ketika pembinaan jalan ini memang melibatkan kehilangan nyawa dan juga jentera.

| aRzMohdHaniffa Photography | Baling (belum memasuki daerah Gerik)

Permandangan Gerik

Bila waktu yang cantik untuk melalui kawasan Gerik -Kelantan untuk merakamkan gambar seperti ini?

Cadangan saya waktu paling baik adalah bertolak seawal 4 pagi dari Pulau Pinang. atau dari Kuala Terengganu. Sekiranya dari Kelantan mungkin boleh lewatkan sekitar 4 atau 3 jam...

| aRzMohdHaniffa Photography | Pertama kali berhenti untuk menikmati kecantikan alam
Kenapa jam 4 pagi? sebab ketika ini jalan sangat lengang dari Lori yang sarat dengan Balak, Ayam, dan lain-lain. Percayalah ia waktu yang terbaik dimana anda hanya perlu melalui satu waktu solat sahaja. Kenapa bukan malam?

Memandu Pada Waktu Malam

Pengalaman saya memandu ketika waktu malam membuatkan saya membuat kesimpulan bahawa agak bahaya. Kenapa?

  • Lori, trailer dan bas banyak pada waktu ini.
  • Binatang buas - 1.pernah sekali ketika selekoh berhadapan dgn kaki gajah di atas jalan. Sangat terkejut alhamdulillah masih dapat mengawal kereta dengan baik. 2. Babi hutan melintas dihadapan hampir terlanggar seekor anak babi hutan tapi sempat mengelak.
  • Mengantuk - Bab mengantuk minum sedozen nescafe pon tetap ngantuk....berhenti dan tido saja..itu langkah terbaik. 
Don't Sleep and Drive

| aRzMohdHaniffa Photography |  alhamdulillah wlaupun kereta kecik :)


| aRzMohdHaniffa Photography | indahnya ciptaan tuhan

| aRzMohdHaniffa Photography |  Keadaan ketika melalui Kelantan-Gerik

Kesimpulan

Dimana saja destinasi kita pastikan kenderaan dalam keadaan baik, kesihatan kita juga dalam keadaan baik dan kalau boleh waktu juga pastikan dalam keadaan baik. Macam mana nak tentukan waktu? :) Tengok ramalan kaji cuaca.

Comments

  1. singgah kembali tambah kenalan,,

    cantik-cantik gambar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq husna...saya budak baru belajar...nanti apa2 tolong ajarkan ya :)

      Delete
  2. SubhanAllah.. memang indah pemandangan di situ.

    Gambar keempat tu memang nampak macam di luar negara aje. Serius. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjalanan siang berbeza dengan malam.....itu pon sebab bertolak sorang2 baru ad masa berhenti

      Delete
  3. laluan Fiza balik ke Kelantan nie.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu...tapi saya lalu untuk balik ke terengganu

      Delete
  4. mencabar gila drive lalu kot ni,wuwuwuwuw...pening pun pening...tapi seriously...pemandangan yang lawaaaaaaaaa! biasa balik kelantan lalu raub-gua musang,heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. raub -gua musang belum pernah lalu..insyaallah ada masa nak juga pengalaman baru....

      Delete
  5. semuaa ambik gmbr sendiri ekk?? boleh la blajar photogrphy dr arz...bheee

    ReplyDelete
  6. yup aisyah...melainkan gambar sendiri....mintak org len tolong ambilkan...boleh ja aisyah...tp saya bukanlah pandai sgt

    ReplyDelete
  7. Menarik. Tapi laluannya belum cukup mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul chegu zam...belum cukup mencabar seperti lebuhraya karak...tapi agak mencabar bila jalan nya rosak

      Delete
  8. Salam Bro, aku tak pernah drive ke sana waktu malam sbb mmg aku tau bahaya sket klu time malam ni... biasa klu ke arah sana awal pagi dah bertolak... bro nyer gambar2 ni cantik2 belaka...kena lak dgn tone nya.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau bertolak malam...atas perhentian tu boleh la cuba milky way dan star trail...sgt clear

      Delete
  9. cantiknye gambar-gambar ni....rajin edit :)

    ReplyDelete
  10. ok..tengok ramalan kaji cuaca :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. waktu hujan kerap berlaku kemalangan atas grik ni

      Delete
  11. Biasa lalu tp xpernah singgah sini......;-)

    ReplyDelete
  12. Kami balik kedah selalu lalu kot grik. Gerak siang. Gomes besa sekali jumpa gajah. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Betullah...cantiikkk..
    Subhanallah.
    Tak pernah lalu jalanni...
    Opsss pernah...pernah..
    Sekali dulu..
    Dari pantai timur lalu sini untuk ke Bukit Merah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su