Salam......
Pengenalan
Pernahkah anda ke Pantai Timur dari Utara? atau ke Utara dari Pantai Timur? melalui jalan Gerik/grik?
Kalau biasa inilah permandangan yang akan anda tatapi, begitu cantik seakan diluar negara. Saya pun pada mulanya langsung tak perasan akan kecantikan permandangan ini mana tidaknya selalu bertolak pada waktu malam.
Kalau biasa inilah permandangan yang akan anda tatapi, begitu cantik seakan diluar negara. Saya pun pada mulanya langsung tak perasan akan kecantikan permandangan ini mana tidaknya selalu bertolak pada waktu malam.
Sejarah Pembinaan Jalan Gerik - Kelantan
Pernahkah anda membaca sejarah pembinaan jalan ini? Saya bukan nak cerita akan asal usul pembinaan jalan ini jadi anda boleh membacanya diSINI atau diSINI. Setiap orang ada cerita masing-masing. Walaubagaimanapun ketika pembinaan jalan ini memang melibatkan kehilangan nyawa dan juga jentera.![]() |
| aRzMohdHaniffa Photography | Baling (belum memasuki daerah Gerik) |
Permandangan Gerik
Bila waktu yang cantik untuk melalui kawasan Gerik -Kelantan untuk merakamkan gambar seperti ini?Cadangan saya waktu paling baik adalah bertolak seawal 4 pagi dari Pulau Pinang. atau dari Kuala Terengganu. Sekiranya dari Kelantan mungkin boleh lewatkan sekitar 4 atau 3 jam...
![]() |
| aRzMohdHaniffa Photography | Pertama kali berhenti untuk menikmati kecantikan alam |
Memandu Pada Waktu Malam
Pengalaman saya memandu ketika waktu malam membuatkan saya membuat kesimpulan bahawa agak bahaya. Kenapa?- Lori, trailer dan bas banyak pada waktu ini.
- Binatang buas - 1.pernah sekali ketika selekoh berhadapan dgn kaki gajah di atas jalan. Sangat terkejut alhamdulillah masih dapat mengawal kereta dengan baik. 2. Babi hutan melintas dihadapan hampir terlanggar seekor anak babi hutan tapi sempat mengelak.
- Mengantuk - Bab mengantuk minum sedozen nescafe pon tetap ngantuk....berhenti dan tido saja..itu langkah terbaik.
Don't Sleep and Drive
![]() |
| aRzMohdHaniffa Photography | alhamdulillah wlaupun kereta kecik :) |
![]() |
| aRzMohdHaniffa Photography | indahnya ciptaan tuhan |
![]() |
| aRzMohdHaniffa Photography | Keadaan ketika melalui Kelantan-Gerik |
Kesimpulan
Dimana saja destinasi kita pastikan kenderaan dalam keadaan baik, kesihatan kita juga dalam keadaan baik dan kalau boleh waktu juga pastikan dalam keadaan baik. Macam mana nak tentukan waktu? :) Tengok ramalan kaji cuaca.
cantik-cantik gambar.. :)