5 Tanda Akil Baligh Bagi Anak Perempuan

5 Tanda Akil Baligh Bagi Anak Perempuan


Assalamualaikum. 5 Tanda Akil Baligh Bagi Anak Perempuan. Semoga kita semua berbahagia di samping keluarga. Seronok apabila menimang cahaya mata. Akan tetapi mereka akan membesar dan terus membesar. Tanggungjawab ibubapa tidak pernah habis untuk terus mendidik sehingga mereka menjadi manusia yang bertakwa.

Untuk menjadikan anak kita sebagai manusia bertakwa perkara paling penting seperti saya kongsikan sebelum ini adalah solat. Solat itu Tiang Agama. Anak-anak terutama berkenaan artikel kali ini anak perempuan wajib solat apabila sudah Akil Baligh. Apakah tanda Akil Baligh bagi anak perempuan?

5 tanda akil baligh anak perempuan, perempuan baligh, tanda akil baligh wanita, anak perempuan baligh,
tanda akil baligh wanita

5 TANDA AKIL BALIGH ANAK PEREMPUAN

Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui tanda akil baligh bagi anak perempuan. Macam saya sendiri mempunyai anak perempuan memang perlu tahu. Ini sangat penting kerana melibatkan solat mereka nanti. Bila sudah sampai wajib solat maka perlulah kita pastikan mereka sentiasa melaksanakan solat 5 waktu.

Walaubagaimanapun melentur buluh biarlah dari rebungnya iaitu didiklah ketika mereka masih kecil iaitu sejak dari umur 7 tahun. Kalau sebelum 7 nak biasakan pun tiada masalah, ajar secara santai.

Tanda akil baligh bagi anak perempuan adalah :

1. Haid
- Ini antara tanda yang kebiasaannya berlaku pada anak perempuan.

2. Mimpi Basah
- Wanita juga boleh mengalami mimpi basah dan antara tanda akil baligh.

3. Berlaku Perubahan Pada Anggota Badan
- Berlaku perubahan pada anggota badan.

4. Umur 15 Tahun
- Sekiranya 3 tanda diatas tidak pernah dialami maka apabila sampai umur 15 tahun dianggap akil baligh. Jadi wajib solat.

5. Berzina
- Walaupun perkara ini agak sensitif, maaf untuk saya terpaksa tulis ini kerana ianya melibatkan ilmu. Sekiranya terjadi perbuatan diatas sebelum datangnya 3 tanda diatas ia juga bermakna telah akil baligh dan wajib solat.

3 TANDA AKIL BALIGH BAGI LELAKI

Perkongsian ini tidak lain untuk memberikan perkongsian dan pemahaman mengenai tanda akil baligh. Untuk melahirkan keluarga yang bahagia hendaklah kita melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Seandainya ada kesilapan dalam artikel ini mohon untuk menegur agar dapat dilakukan perubahan.

Jumpa Lagi

4 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta 22 Jan 2020, 09:41:00
Baik anak lelaki mahupun anak perempuan..bila sudah akil baligh mesti perlu LEBIH berjaga-jaga dan diberi perhatian kerana rasa mahu mencuba sesuatu yang baru sangat tinggi.
Umi Nazrah Umi Nazrah 22 Jan 2020, 11:23:00
waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian :)

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih