10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Jadikan Percutian Lebih Bermakna

10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI SEKITAR KUALA TERENGGANU PERCUTIAN LEBIH BERMAKNA DAN WAJIB CUBA

Bila sebut mengenai bercuti atau berjalan ke suatu tempat menarik pastinya kita inginkan tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap dan permandangan yang cantik. Jadi saya ingin membantu agar percutian anda sekiranya ke Kuala Terengganu dengan mencuba 10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu dan boleh dikategorikan sebagai tempat wajib cuba. Kalau tidak jumpa tempat tinggal yang selesa dan permandangan yang indah jangan tinggalkan makanan yang sedap untuk dicuba.

10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Wajib CUBA !!!


Semestinya apa yang akan saya kongsikan ini merupakan tempat wajib sekiranya ke Kuala Terengganu dan boleh dikatakan setahun dalam 3-4 kali ke sini. Wajib tau... mana tidaknya disinilah kampung isteri saya. Mestilah jadi destinasi wajib Pantai Timur.

Setiap kali balik mesti cari tempat makan terbaik sekitar Kuala Terengganu. Kalau bukan kami sekeluarga adakalanya dengan biras saya. Geng Jalan-Jalan Cari Makan Kuala Terengganu. Sudah pastilah saya sudah arif dengan tempat-tempat makan menarik terbaik dan sedap wajib cuba di Kuala Terengganu.

10 tempat makan sedap dan menarik ini telah dicuba sebelum saya menulis artikel ini. Sudah pasti kedai makan, warung, mahupun gerai yang saya singgah ini boleh dikategorikan selesa, bersih dan sesuai untuk yang bekeluarga. Saya sendiri pun akan elakkan tempat makan yang kurang selesa. Itu semestinya.

Mungkin ada yang tidak sempat saya letakkan gambar memandang hari saya menaip artikel ini adalah hari saya akan ke Putrajaya dan Kuala Terengganu tapi demi kebaikan pembaca blog arzmoha.com saya akan cuba untuk 'update' secepat mungkin.

Supaya korang percaya dengan artikel ini dan kongsikan di group whatsapp tempat kerja keluarga agar semua orang tahu dan tak perlu tercari-cari tempat makan atau warung sedap di sekitar Kuala Terengganu.

Tambahan pula cuti sekolah, jalan pasti sesak, perancangan perlu rapi dengan adanya artikel ini lebih mudah untuk merancang perjalanan. Mana nak makan waktu pagi makan nak makan waktu petang dan malam.

Baik jom kita lihat 10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu. Janji kongsi dengan kawan-kawan dan keluarga ok.


10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu


Susunan 10 tempat makan menarik dan terbaik di Kuala Terengganu ini tidaklah mengikut ranking. Tempat makan ini boleh dikatakan menjadi pilihan penduduk tempatan. Mereka sendiri pun akan ke sini untuk menikmati makanan/hidangan yang disediakan. Rugilah jika sudah bercuti ke Kuala Terengganu tetapi tidak merasai makanan sedap yang ada di sini. Gunakan google maps untuk memudahkan anda sampai ke 10 tempat makan ini.

Nasi Dagang Atas Tol

Nasi Dagang Atas Tol memang tidak syak lagi dari segi rasa. Servis juga baik dan menjadi pilihan penduduk tempatan serta luar. Rugi sekiranya tidak mengambil peluang untuk merasainya. Kini terdapat 4 cawangan yang dibuka seawal 6.30 pagi. Secara jujurnya datanglah awal dan sekiranya anda sampai pada jam 8.30 pagi boleh jadi pulang dengan tangan kosong. 

Memang tidak dinafikan Nasi Dagang Atas Tol mempunyai rasa yang sedap. Sampaikan orang luar pun boleh cakap " Sedap nanti nak kena cuba lagi". Keempat- empat cawangannya secara peribadi saya lebih suka ke Cawangan 2 di Padang Negara.

Waktu Operasi 6.30 pagi- 9pagi
Tutup Hari Selasa

Warung Pok Nong - Sotong Celup Telup

Warung Pok Nong ini yang terletak di Kampung Teliput Kuala Terengganu juga antara tempat makan yang tidak sepi dari pengunjung. Setakat ini cuma 2 kali saya ke sini itupun secara tidak dirancang.

Sotong Celup Telup antara menu "killer" disini yang membuatkan ramai pengunjung dan juga kerana sotong disini dijual seekor-seekor berlainanan dengan warung lain yang menjual sotong yang telah dipotong. Beza memang berbeza.

Bermula jam 3 petang anda sudah boleh mengambil nombor giliran agar lebih cepat dan tak perlu beratur panjang.

Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput,
21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi 3pm-8pm
Tutup Selasa (google maps)


Nasi Air Batu 6 - Warung Pok Yah


Tempat makan kali ini mungkin lain dari yang lain. Isteri saya suka Nasi Air disini. Kalau tempat lain mungkin dipanggil moi sup, cuma berbeza nasi air tidaklah selembut moi. Terletak di deretan Gerai Makanan Batu 6 bersebelahan Pasar Batu 6.

Mungkin anda rasa apalah sangat menu ini tapi cubalah dulu pasti ingin merasai lagi. Selain menu nasi air terdapat juga menu lain seperti Mee Sup, Nasi Berlauk, Nasi Ayam, Nasi Kukus dan lain-lain.

Warung Pok Yah
Kampung Batu Enam, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Pok Din Nasi Kerabu

Pok Din Nasi Kerabu memang antara senarai tempat makan wajib bila balik sebab ada hidangan kambing bakar yang sememangnya tak boleh dilupakan. Kalau dulu saya sendiri susah nak makan nasi kerabu tetapi lain jadinya bila dah mencuba disini. 

Selain nasi kerabu ada juga nasi lain seperti nasi minyak. Alang-alang dah sampai cubalah aroma dan rasa nasi kerabu itu sendiri. Bila lagi nak mencuba bila dah berada di negeri orang 


Waktu Operasi 6 pagi - 12.30 tgh

Nasi Kerabu Pok Din
Kampung Gong Datuk, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

AdilsRoti

Adils Roti itulah nama diberi dimana terdapat pelbagai hidangan berasaskan roti. Antara menu yang disediakan adalah Kambing bakar, Ayam bakar, Goyang gedik, Kebab Syawarma, Roti Gulung,  Nasi dan Mee. 

Minuman yang disediakan juga tidak kurang hebatnya.

AdilsRoti
Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, 
Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 
21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi 7.30 pagi - 12.30 tgh
Tutup Hari Rabu

AdilsRoti tempat makan menarik di Kuala terengganu, menu adilsroti, makan sedap di kuala terengganu,
Antara Menu di AdilsRoti


Apit Buke Pintu

Apit Buke Pintu terkenal dengan air buahnya yang sangat sedap dan kaw. Boleh diklasifikasikan sebagai air buah gelas besar, Memang puas jika dapat menikmati segelas air disini. Tetapi bukan hanya air Apit Buke Pintu juga mempunyai pelbagai makanan yang boleh dicuba antaranya char koey teow udang galah, char koey teow kambing dan macam-macam lagi. 


Apit Buke Pintu
T9, Kampung Padang Macang, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi
8 pm - 2am
Tutup Hari Ahad


Akok Kampung Padang Nenas

Untuk hidangan kali ini tak perlu risau untuk beratur. Cuma berkemungkinan habis atau tutup sahaja. Akok Padang Nenas hanya boleh dibeli bungkus sahaja. Kesedapan akok ini membuatkan saya sendiri tak mampu tunggu lama sekiranya sudah pun menjejakkan kaki di Kuala Terengganu.

Kadang beli untuk makan dirumah mahupun untuk makan dalam perjalanan pulang. Memang boleh diklasifikasikan sangat sedap berbanding akok lain kerana akok ini juga dipanggil akok telur.

Baca lebih lanjut disini >> Akok Sedap Kuala Terengganu <<

sekiranya tidak silap ditutup pada hari ahad ( nanti saya update lain)


Warung Samsu - Maggi Kuah

Warung Samsu ini boleh dikatakan masih tidak ramai yang tahu disebabkan oleh warung yang kecil dan hanya menjadi tumpuan penduduk setempat. Walaupun nampak kecil tempahannya agak banyak. Ambil masa sedikit lama untuk menu untuk dihidangkan.

Menu paling 'killer disini adalah maggi kuah yang mendapat tumpuan penduduk disini.

Warung Samsu 
Kampung Banggol Tok Lib

Waktu Operasi (Malam) akan di 'update'

Ditutup - akan di 'update'


Nasi Dagang Batu Burok

Nasi Dagang Batu Burok yang terletak di Medan Selera telah pun dicuba oleh biras saya dan dikatakan agak sedap dan menjadi tumpuan orang ramai. Katanya lagi pernah jumpa Mustafa Kamal (pelakon) menikmati hidangan disini. Menarik. Insyaallah saya sendiri akan ke sini, walaubagaimanapun saya kongsikan dulu mudah-mudahan membantu anda semua.

Nasi Dagang Medan Selera Batu Burok
20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Beriyani Mumbai

Beriyani mumbai terletak di dalam Danga Cafe menjadi tarikan mata saya tetapi tidak sempat mencuba. Insyallah dalam minggu ini saya sendiri akan mencuba bagi memenuhi 10 makan menarik di kuala terengganu. Kedai yang agak selesa di tambah dengan adanya nasi berlauk lebih memenuhi selera seisi keluarga.

Di dalam Danga Cafe
Kampung Padang Nenas, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

maklumat lanjut menyusul




Setakat ini dahulu 10 tempat makan menarik di Kuala Terengganu. Insyaallah jika berkesempatan akan ada versi nombor 2. Semoga artikel ini dapat membantu dan memenuhi selera anda semua yang cuti-cuti ke Kuala Terengganu.

Sekiranya ada lagi tempat makan menarik yang pernah anda cuba kongsikan di ruangan komen dibawah. Pastinya anda juga mempunyai tempat makan menarik yang tersendiri. 

Sekiranya anda adalah pengusaha makanan yang ingin di review oleh saya boleh hubungi saya dengan klik Hubungi arzmoha.com.

Setakat ini dahulu, selamat bercuti pandu selamat jiwa cermat. Letih mengantuk berhenti dahulu. Kita semua pergi bercuti bukannya berlumba.

Comments

  1. Waaaaa seronoknya..terima kasih perkongsian..boleh senaraikan terus ni..bila-bila ke Terengganu boleh terus tuju.Tak perlu nak tercari-cari.

    ReplyDelete
  2. bestnya.Hari tu datang Terengganu musim raya..Jadi tak banyak kedai buka..Nak makan nasi dagang atas tol pun tak dapat..harap tahun depan datang ke Terengganu dapatlah makan kat tempat² ni...

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak berkunjung ke terengganu. huhuhu Tenguk menu di adilsroti pun dah ngecur. huhuhu

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan orang terengganu sekarang musim banjir. aamiin

    ReplyDelete
  5. Tempat tu semua menarik tapi sayangnya hujung tahun mmg x leh pi la..banyak kawasan banjir kan

    ReplyDelete
  6. ermm kalau pii Ganu ni memang makanang dia sedap2 kan Arz kak ana suka sangat bercuti ke trengganu ni :)

    ReplyDelete
  7. rujukkan bila balik terengganu nanti ni...

    ReplyDelete
  8. insya allah thn dpn kazen sy kawen dgn org terengganu so sy akn cuba terjah tmpt2 yg disenaraikn ni nnt ;-)

    ReplyDelete
  9. semua tk pernah pergi..boleh buat rujukan kalau ke KT..

    ReplyDelete
  10. Kalau ke teganu...apalagi, cari keropok la hehe

    ReplyDelete
  11. Dah beberapa kali datang Terengganu, tapi 10 kedai ni tak pernah jejak lagi. Nampaknya kena datang lagi lah nampaknya..

    ReplyDelete
  12. Wahh.. Banyaknya tempat makan menarik. Mmg kreatif...

    ReplyDelete
  13. ade banyak lagi tu tak sebut...

    ReplyDelete
  14. Sangat menarik, Terima Kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  15. Rasanya kc tak pernah jejak ke ganu kite hahaha. Teringin gak nak pergi sana. Nak foodhunting hikhik

    ReplyDelete
  16. Hampir setiap kali ke Kuala Terengganu saya akan singgah makan di Syrup vs Soda, kedai western di pusat bandar. Agak mahal sikit tapi berbaloi, sedap!

    ReplyDelete
  17. Pernah cuba makanan di Nasi Dagang Atas Tol, Celup Tepung Pok Nong dan sarapan pagi di AdilsRoti. Semuanya sedap belaka!

    ReplyDelete
  18. Ishhh plan nk p ganu xsampai lagi ni.. Kena save ni tempat2 mkn ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih