WARUNG NASI KERABU POK DIN SARAPAN PAGI BEST DI TERENGGANU

WARUNG NASI KERABU POK DIN | SARAPAN PAGI BEST DI KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu memang satu lokasi yang tidak asing dengan saya. Sebab inilah kampung kedua selepas berkahwin. Setiap kali balik kampung, dah macam orang pergi bercuti juga sebab nak kena cuba makanan yang sedap dan terbaik di sekitar Kuala Terengganu. Kali ini saya nak kongsikan sikit tempat sarapan pagi yang best pernah dicuba iaitu Warung Nasi Kerabu Pok Din.

nasi kerabu kuala terengganu, nasi kerabu sedap, sarapan [pagi best di kuala terengganu, sarapan pagi nasi kerabu, makan tengahari di kuala terengganu, warung nasi kerabu pok din, nasi kerabu ayam bakar dandaging bakar,
Nasi Kerabu Pok Din

Inilah rupa Nasi Kerabu yang disediakan di Warung Pok Din Kampung Gong Datuk. Orang penang yang selalu makan nasi kandar makan nasi kerabu? Sebenarnya memang menjadi kebiasaannya bila berada di tempat orang kita memang nak rasa sendiri menu makanan tempatan. Bila balik ke Kuala Terengganu, rasanya tak pernah lagi saya cari nasi kandar. Walaupun tahu beberapa tempat yang sediakan nasi kandar. Kalau nak cuba nasi kandar lebih baik di Penang saja.

WARUNG NASI KERABU POK DIN


Warung Nasi Kerabu Pok Din ini dibuka seawal pagi kalau tak silap jam 6.30 pagi sehingga 2 petang. Betulkan jika saya tersilap. Kebiasaannya saya ke kedai ini antara jam 10 pagi - 12 tengahari. Sebab ini adalah waktu saya akan balik ke Penang. Makan dulu sebelum bertolak balik.

warung nasi kerabu pok din, nasi kerabu kuala terengganu, sarapan pagi best nasi kerabu, nasi kerabum, warung nasi kerabu kuala terengganu,
Warung Nasi Kerabu Pok Din

Warung nasi kerabu pok din ini terletak di jalan utama laluan dari Kuala Terengganu-Kelantan/Utara. Terletak di Kampung Gong Datuk. Lebih senang diantara UNISZA dan Padang Nenas. Boleh juga melihat lokasi secara jelas di dalam peta Google yang akan saya kongsikan di bawah.

Menu istimewa semestinya Nasi kerabu. Ada juga nasi lain seperti nasi minyak. Lauk kebiasaan yang saya akan ambil telur masin, ayam bakar, daging bakar. Cuma baru-baru ini saya mencuba kambing bakar madu. Sedap rupanya rugi sebelum ni tak pernah cuba, tapi yang sebenarnya langsung tak tahu ada kambing bakar.


kambing bakar warung nasi kerabu pok din, kambing bakar, kambing bakar kuala terengganu, makanan best di terengganu, sarapan pagi di kuala terengganu, makan tengahari best di kuala terengganu,
Kambing Bakar MaduWarung Nasi Kerabu Pok Din Kuala Terengganu

Kalau ikutkan ada sebuah lagi kedai di Gong Kapas iaitu berdekatan area bandar, tak pernah sampai pun lagi. Secara umumnya kedai selesa dan bersih. Cuma ramai orang kena bersabar, tapi tak perlu beratur terlalu lama.

Saya tak tahu bagaimana nak ceritakan tahap kesedapan sesuatu menu. Tapi dari segi rasa memang saya makan sampai habis. Orang tempatan pun ramai yang ke sini. Jadi saya yakin ianya menepati citarasa orang-orang tempatan.

Sebab lain saya ke sini, kerana tahap keselesaan kedai dan kebersihan. Sejak berkeluarga, paling tepat sejak ada anak memang saya memilih tempat makan yang selesa untuk makan. Kalau warung terlalu kecil pun agak kurang selesa.

Ini kerana orang Malaysia masih lagi kurang menghormati hak orang lain atau adab bila dikhalayak ramai terutama perokok. Main sedap mulut ja hisap di mana-mana saja, tanpa toleh kiri kanan untuk pastikan ada tak kanak-kanak sekeliling mereka. Tapi kadang anak sendiri di sebelah pun diorang tak kisah, apatah lagi anak orang kan? Tiba-tiba 'emo' bab merokok di kedai makan,

Sekiranya anda bercuti ke Kuala Terengganu jangan lupa untuk mencuba hidangan yang disediakan di sini. Jadikan Warung Nasi Kerabu Pok Din di Gong Datuk, Kuala Terengganu sebagai salah satu tempat sarapan pagi dan makan tengahari.

Maaf sebab tak dapat nak kongsikan harga makanan disini sebab setiap kali ke sini kakak ipar saya selalu belanja, tetapi harga adalah standard.


UPDATED peta lokasi ke Nasi Kerabu Sedap Di Kuala Terengganu


Baca lagi tempat makan menarik di Kuala Terengganu

Akok Sedap Di Kuala Terengganu



Jumpa Lagi.

Comments

  1. alahai..sdapnya nasi kerabu..:)

    ReplyDelete
  2. Uii kambing bakaq tu menggoda sungguh, kak ana kalau pi Ganu ni, best part selain dari keindahan pantainya ialah makanan.. sedap dan murah Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak ana...banyak juga makanan sedap disini

      Delete
  3. teringat dengan Pakcik warung bagi kami minum cendol di Terengganu masa ke sana hari tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai ke Terengganu ya cikgu etuza

      Delete
  4. Nasi kerabu salah satu menu kegemaran kami..macam menu lengkap...ada protein dr ikan atau ayam..ada vitamin dari ulamam yang diracik halus...biasanya kakau beli kami minta ulaman lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la kan. sedar tak sedar kita makan yang baik baik

      Delete
  5. Gong Datuk? Hihi, akk tak pernah dgr ni, malu gak ni. Yelah.. Dah jarang2 balik, kalo blk pun tak habis jalan, tak sempat jalan, nntlah nak cuba cari kt mana plak gong datuk ni, gong kapas, gong tok nasek tu taulah

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi kerabu tu aRz

    ReplyDelete
  7. KALau kat kelantan ada beberapa jugak. Kat kb ada kat tm pun ada. Masing masing ada speciality masing masing.

    ReplyDelete
  8. Cikla tak pernah mkn nasi kerabu. Tp bila tgk gmbr ni mcm teringin pulak. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu pun teruk, tak makan nasi lain selain mak masak, nasi ayam, dan nasi kandar ja...tapi bila sekali saya cuba tukar selera mencuba makanan luar alhamdulillah sedap pula

      Delete
  9. Tengok pun dah tau kata sedap... Rindu nasi kerabu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pernah makan, tapi bila nak berkeluarga dengan orang pantai timur belajar makan dan tersuka

      Delete
  10. Wahhh mai ganung makang nasik khabu pokdin.. tak mengajakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. abuya nizam mana sudi nak makan dengan saya. siapalah saya ini.

      Delete
  11. Sedapnyaa nasi kerabu. Nak cari lah petant ni dekat pasar malam. Heheh.

    ReplyDelete
  12. Nasi kerabu, makan sedap pandang pun cantik, biru nasi nya sangat menarik.

    ReplyDelete
  13. sedapnyaaaa. lama dah x makan nasi kerabu ni.

    ReplyDelete
  14. Nmpk mcm sedap.... Bila la dpt p terengganu ni..

    ReplyDelete
  15. saya ke terengganu x cari nasi kerabu tapi cari nasi dagang.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nasi dagang biasa sangat makan di rumah isteri

      Delete
  16. Saya dan orang rumah suka makan nasi kerabu walaupun kitorang bukan orang Kelantan atau Terengganu.

    ReplyDelete
  17. salam singgah. awal bulan ritu saya ada ke terengganu sebab adik ipar kawin. mashaAllah memang sedap2 makanan kat sana. memang terasa nak pi lagi. hehe

    ReplyDelete
  18. Take note lah kita next time balik Ganu. selalu lalu LPT tu

    ReplyDelete
  19. nampak sedaap sekali makanannya

    ReplyDelete
  20. Nak ke gi sekali ni mkan nasi kabu dia dap napok.balik ganu ni singgoh arr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. reply guna nak unknown macam mana nak gi sekali

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih